"Matanglah Sikit Jep..." Rahim Harap Jep Berubah

"Matanglah Sikit Jep..." Rahim




Pelawak popular Malaysia, Jep Sepahtu kini sah bergelar suami kepada pelakon jelita Sari Yanti.

Rahim yang merupakan rakan baik Jep dan pernah menjadi juara MLM bersama Sepahtu berharap Jep akan menjadi lebih matang setelah berkahwin.

Kini, Rahim telah berkerjasama dengan Jep dan Shuib dalam segmen Sepahtu Sinar setiap pagi Isnin sehingga Jumaat.

Rahim akui pernah berselisih faham namun ianya semata-maat kerana kerja.

Ini komen Rahim:

“Kerja dengan siapa pun ada masalah. Saya tidak nafikan di radio pun kami pernah berselisih pendapat tetapi saya percaya pada rezeki.

“Setiap manusia ada kerenahnya. Kami nak buat di radio ini lama. Susah bekerja jika tiada persefahaman kerana setiap hari mengadap muka.  

“Ada benda yang perlu, saya nasihat. Dia pun sudah bergelar suami, tanggungjawabnya pun akan lebih.

“Saya harapkan dia menjadi lebih matang. Itu harapan dan doa saya,” .


Jep sebelum ini dikritik kerana dilihat kurang mesra dengan pihak media semasa majlis perkahwinannya.

Ini komen Rahim tentang hal berkenaan:

“Saya tidak boleh mewakili dia sebab dia ada sebabnya yang tersendiri. Secara peribadi, saya rasa hubungan baik artis dengan media itu perlu.

“Kurang adil dan tidak berapa elok jika saya komen bagi pihak dia. Kita harapkan benda yang baik selepas ini,”


Jep bernikah dengan Sari Yanti pada 25 Februari lepas dan telah mengadakan majlis pernikahan tanpa undangan media di Dewan Mercu Mustapha Kamal di Petaling Jaya.

0 comments:

Post a Comment