Monday, April 10, 2017

Misteri Selesai!! Ini Perkara Sebenarnya Yang Berlaku Kepada Dua Sahabat Yang Hilang Secara Di Indonesia

Misteri Selesai!! Ini Perkara Sebenarnya Yang Berlaku Kepada Dua Sahabat Yang Hilang Secara Di Indonesia



Sebelum ini kecoh tentang misteri kehilangan dua sahabat karib dari Selangor yang berkunjung ke Jakarta sejak 30 Mac lepas.

Misteri tersebut  akhirnya terjawab apabila kedua-dua mereka akhirnya ditemui.

Rakan karib ini rupanya telah ditahan di dalam lokap balai polis di sini.

Mohamad Shafa Ahmad, 29, dan Kamarol Arifin Mohamad Darus, 27, kini ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penggunaan bahan terlarang.

Kedua-dua mereka sebenarnya ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini pada 30 Mac setelah polis menemui beberapa biji pil dipercayai bahan terlarang sintetik melalui pemeriksaan badan mereka berdua.

Menerusi komen dari seorang ahli perniagaan Malaysia di Jakarta iaitu Datuk Dr Fauzi Mohamad, dia memberitahu Bernama beliau kini cuba memberi bantuan untuk melantik peguam bagi membantu kedua-dua rakyat Malaysia itu.

Dia dan isteri ada bertemu dengan kedua-dua pemuda itu di dalam tahan pihak polis.

Ini katanya:

"Saya dimaklumkan bahawa mereka didapati membawa dadah dan dipercayai untuk kegunaan sendiri tetapi ia tetap menyalahi undang-undang negara ini dan kita sedang berusaha untuk membantu mereka dengan melantik peguam sementara menunggu tindakan selanjutnya,"

"Mereka dalam keadaan baik, malah isteri saya juga membawa makanan kepada mereka di lokap polis,"


Mohamad Shafa dan Kamarol Arifin yang merupakan rakan baik dilaporkan hilang selepas tiba di Jakarta dengan menaiki pesawat AirAsia pada jam 2 petang 29 Mac lepas dari KLIA2.

Mereka berdua melawat Jakarta untuk menonton konsert Dj Armin Van Buuren.

Waris kedua-dua lelaki berkenaan membuat laporan mengenai kehilangan setelah mereka tidak menghubungi keluarga sejak tiba di Jakarta dan dilaporkan tidak mendaftar masuk ke hotel yang ditempah.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment