Pelakon Benjy Ditahan Sekali Lagi, Kali Ini Di Indonesia

Pelakon Benjy Ditahan Sekali Lagi, Kali Ini Di Indonesia



Apa nak jadi... Anak kepada Allahyarham Azean Irdawaty iaitu  Benjy telah ditahan pihak berkuasa Indonesia.

Tak lain ini ada kaitan dengan kes barang terlarang selepas didapati dia membawa "barang" tersebut yang disorok di duburnya.

Pelakon ini ditahan di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan, selepas pasukan keselamatan berjaya mengeluarkan dua paket bahan terlarang "syabu" dari duburnya itu.


Ini kenyataan dari ketua pengawasan dan pelayanan kastam lapangan terbang Kualanamu, Zaky Firmansayah.

"Setelah pemeriksaan dilakukan, dua bungkus 'syabu' seberat 14 gram yang disorok di dalam duburnya ditemui,"

Menurut Zaky, Benjy tiba di lapangan terbang itu menggunakan pesawat Malindo Air dari Kuala Lumpur untuk bertemu dengan rakannya.

Sebenarnya sudah banyak kali Benjy ditahan kerana kes seperti ini melibatkan barang terlarang.

Namun beberapa kali juga Benjy dibebaskan dan dilepaskan oleh mahkamah.

0 comments:

Post a Comment