Friday, April 21, 2017

"Reputasi Tercalar..Saya Terkilan, Kecewa Dengan Dato Seri Vida.." - Pendedahan Roslan Shah

"Reputasi Tercalar..Saya Terkilan, Kecewa Dengan Dato Seri Vida.." - Pendedahan Roslan Shah





Roslan Shah telah meluahkan rasa kecewa dengan Datuk Seri Hasmiza Othman atau nama glamornya Dato Seri Vida.

Perkara ini berlaku apabila pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu tidak datang ke satu majlis yang Roslan Shah anjurkan.

Dato Seri Vida telah membatalkan kehadirannya di saat-saat akhir pada majlis yang bakal berlangsung di Singapura akhir bulan ini.

Perkara berkenaan telah menjejaskan reputasi dan nama baik Roslan Shah kepada pihak penganjur dari Singapore.

Sepatutnya, Datuk Vida akan  hadir ke majlis 'The Grand Wedding Expo' di Singapore untuk memberi ceramah pada hujung bulan April ini.

Ini komen Roslan Shah yang terkilan:

"Saya terkilan kerana iklan dan poster yang menguar-uarkan tentang kehadiran Datuk Vida pada majlis itu sudah pun dinaikkan.

"Malah, saya sudah pun mengatur sesi promosi dan temuramah dengan sebuah radio di sana pada 29 April ini. Apa yang saya kecewa dia tidak menjawab mesej dan telefon saya untuk menjelaskan situasi berkenaan untuk saya terangkan kepada penganjur,"


"Kami tiada perjanjian hitam dan putih tapi saya ada mesej-mesej dia sebagai bukti yang dia sudah berjanji untuk datang. Saya tiada niat memburukkan dia tapi sebagai kawan lama yang mengenalinya sejak lebih lapan tahun, saya rasa sungguh sedih.

"Pihak penganjur pastinya memberi tanggapan buruk kepada saya selepas ini,"


Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment