Tuesday, May 9, 2017

(9 FOTO) Setelah Setahun Menghilang Diri, Ini Wajah Terkini Intan Ladyana "Pipi Macam Pau"

(9 FOTO) Setelah Setahun Menghilang Diri, Ini Wajah Terkini Intan Ladyana


Pelakon Intan Ladyana telah setahun menghilang diri dari dunia seni.

Mengulas mengenai perkembangan kerjaya lakonannya, Intan Ladyana kini akan kembali aktif setelah lebih setahun berehat panjang.

TERIMA TAWARAN BERLAKON


Langkah awal, Intan Ladyana memberitahu dia telah menerima tawaran berlakon dan sedang menjalani penggambaran untuk sebuah drama Astro Prima berjudul Semusim Rindu.

Ini komennya:

"Saya sedang menjalani penggambaran dengan beberapa pelakon termasuk Ben Amir dan Haliza Misbun.

"Saya kembali ke set setelah lebih setahun berehat dari lakonan.

"Saya terima tawaran drama siri 40 episod ini kerana jalan ceritanya yang menarik kerana ia merupakan adaptasi novel.

"Saya baca dan fahamkan novelnya sebelum saya memasuki set.

"Watak saya mengisahkan seorang anak yang sering didera dan murung sewaktu kecil dan mencari punca mengapa dia diperlaku begitu apabila dewasa,"

Semusim Rindu bakal ditayangkan muali 29 Mei ini setiap hari Isnin hingga Jumaat di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

TENTANG KISAH CINTANYA


Apabila ditanya tentang kisah cinta, pelakon jelita ini akui serik untuk berkongsi mengenai kisah cintanya kepada umum.

Intan Ladyana yang sudah berumur 35 tahun berkata pengalaman lalu mengajarnya untuk lebih berhati-hati apabila berbicara soal cinta.

Sebelum ini Intan pernah menjalin cinta dengan Kamal Adli, namun hubungan tersebut gagal.

Ini ulasannya tentang kisah cinta:

"Saya memilih untuk tidak bercakap mengenai hubungan cinta saya kepada umum kerana sebelum ini saya terlalu terbuka tapi ia tak menjadi, buat saya serik.

"Jadi mengenai hubungan cinta saya dengan sesiapa pun sekarang ini, biarlah rahsia.

"Bila jodoh saya sudah sampai nanti, saya akan buka mulut juga.

"Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk saya,"

PIPI MACAM PAU


Menerusi satu perkongsian di laman media Instagram, Ladyana memang ada memuatnaik gambar terkininya.

Dalam satu gambar dia ada berkata pipinya embam macam pau.

Ini komennya: "kenapa pipi tu makin pau?"

Memang cantik Intan ladyana ni. Takde nampak tembam pun. Cantik molek je tengok.

Jom layan beberapa gambar terkini Intan Ladyana:











0 comments:

Post a Comment