Fazura Akhirnya Akui Sebenarnya Merupakan Seorang Artis Sendu

Fazura Akui Salah Seorang Artis Sendu



Walaupun baru memenangi pelakon filem paling popular baru-baru ini, Fazura akui tidak pernah menganggap dirinya popular.

Fazura sednri mengaku sendu dan masih mempunyai banyak kekurangan pada dirinya.

Ini komen pelakon berumur 33 tahun ini:

"Sejujurnya saya tidak pernah meletakkan diri saya sebagai seorang selebriti popular.

"Saya mengakui masih banyak kekurangan dan perkara yang perlu saya pelajari untuk memperbaiki kelemahan diri dalam bidang lakonan dan nyanyian.

"Saya juga merupakan seorang artis yang sendu-sendu saja kerana selepas selesai kerja saya akan habiskan banyak masa di rumah.

"Apa yang penting saya akan melakukan yang terbaik dalam apa jua perkara yang dilakukan dan bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berlakon," 


Selepas ini, Fazura bakal tampil besama Fattah Amin dalam drama Hero Seorang Cinderalla yang sedang disiarkan di Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.

Selain Fazura, pelakon lain yang turut membintangi drama bersiri ini ialah Fattah Amin, Uqasha Senrose dan Zizie Izette.

0 comments:

Post a Comment