Sunday, May 28, 2017

Ibu Bapa Akhirnya Setuju, Restu Hubungan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Ibu Bapa Akhirnya Setuju, Restu Hubungan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi


Hubungan antara Sufian Suhaimi dan pelakon Elfira Loy bukan lagi perkara baru. Semua peminat dan penggiat tahu ada hubungan yang mesra antara mereka berdua.


Apatah lagi mereka berdua meraikan hari lahir pasangan masing-masing. Sudah tentu ramai beranggapan hubungan lebih dari sekadar rakan sahaja.

Yang terbaru, kedua dua mereka memberitahu bahawa keluarga amsing-masing merestui hubungan mereka.

Namun apabila ditanya lebih lanjut, kedua-duanya berat hendak berbicara tentang cinta, masing-masing belum declare bahwa mereka sedang di fasa percintaan, katanya sekadar teman rapat.

Sufian akui hubungan dengan Elfira Loy mendapat perhatian kerana kedua-dua adalah artis.


Ini kata Sufian:

“Bukan hanya peminat, media juga turut memperkatakan mengenai hubungan kami. Saya pula memang jenis tidak pernah hendak menunjuk atau menguar-uarkan mengenai cerita peribadi.

“Cuma kali ini hubungan kami mendapat perhatian dan saya pula tidak mahu berselindung. Andai ada yang bertanya, saya akan menjelaskan kedudukan sebenar,”


Sebelum ini timbul kontroversi mengatakan Sufian Suhaimi sanggup meninggalkan kekasih kerana mahu mengejar cinta Elfira Loy.

Memang teruk Sufan Suhaimi dikecam orang ramai. Berkata tentang hal ini, Elfira Loy mempertahankan Sufian.

Ini komen Elfira:

TENTANG SUFIAN TINGGALKAN KEKASIH

“Bagaimanapun, mereka tetap memperkatakan mengenainya. Bagi saya mereka memperkatakan mengenainya bukan kerana membenci atau mahu memburukkan Sufian mahupun saya tetapi lebih kepada mahu bercerita yang kononnya mereka juga tahu,”



Elfira Loy akui hanya mahu mengatakan hubungan mereka atas nama persahabatan dan bukan membabitkan soal cinta.

Dia tidak mahu mengtakan bahawa mereka sedang bercinta kerana ia akan meletakkan tekanan terhadap mereka berdua.


Ini komen Elfira Loy:

TENTANG HUBUNGAN DENGAN SUFIAN, TAKUT DECLARE

“Bukan saja takut tetapi saya kurang yakin. Situasi persahabatan saya dengan Sufian pula berbeza kerana keluarga kami memberi restu. Malah adik-beradik saya sendiri baik dengan Sufian.

“Sufian sendiri datang dengan cara baik untuk bertemu dengan ibu dan ayah. Melihat situasi itu, ibu sendiri berasa positif dengan sikapnya dan membenarkan kami berkawan.

“Pada saya, kalau ibu dan ayah memberi restu membuatkan saya ada keyakinan dengan hubungan kami,”

“Saya senang andai kami membiarkan hubungan ini sendiri menentukan apa yang akan berlaku selepas ini. Bayangkan kalau hari ini kami kata kami sedang bercinta, pastinya selepas ini antara kami akan cuba mendesak apakah keputusan yang mahu diambil selepas itu.

“Sebab itu saya sendiri berasakan biarlah kami terus berkawan saja kerana apabila kami berada dalam situasi begini, apa yang berlaku kita akan lebih ikhlas.

“Kalau kami akui kami sedang bercinta, bimbang kalau apa yang diharapkan tidak menjadi kelak, apa yang berlaku akan membuatkan hubungan kami berada dalam situasi yang buruk.

“Macam sekarang, kalau ia tidak menjadi seperti apa yang diharapkan kami masih lagi berkawan baik sampai bila-bila,”


Sumber: HarianMetro

0 comments:

Post a Comment