Penyanyi Baru, Wany Hasrita Akui Kini Semakin Takut..Kenapa Takut?? Apa Yang Berlaku??

Penyanyi Baru, Wany Hasrita Akui Kini Semakin Takut



Setelah tercalon sebagai artis baru dan penyanyi wanta popualr di ABPBH, nama Wany Hasrita semakin melonjak naik.

Lagu dendangannya berjudul Menahan Rindu memang menjadi kegilaan ramai dan di laman Youtube sudah mencecah 14 juta kali dimainkan.


Memang amat hebat penangan lagu itu.

Kerana lagu tersebut, Wany Hasrita atau nama penuhnya Nursyazwany Hasrita kini semakin glamour dan popular.

Apabila semakin popular Wany akui memang gembira tetapi takut dengan keadaan yang sedang berlaku.


KENAPA TAKUT?

Penyanyi ini sebenarnya amat risau jika skala populariti itu hanya akan memakan diri sendiri.


Ini komennya:

“Alhamdulillah, lagu Menahan Rindu memberi langkah kanan buat saya masuk industri seni. Terima kasih buat semua yang memberikan sokongan. Apa pun, saya agak terkejut dengan perkembangan ini. Sekelip mata peminat sudah kenal.

“Bagaimanapun saya sedar, sebagai orang baru saya masih lagi kena belajar untuk memberikan yang terbaik buat peminat pada masa depan.

“Tidak boleh mengharapkan magis single sulung semata-mata,”

“Saya pernah cakap padanya, saya takut kerana cepat sangat naik. Bila ingatkan balik, tiba-tiba rasa down. Tapi ibu naikkan semangat saya kembali. Katanya, saya kena percaya pada rezeki.

“Setiap individu itu sudah ditentukan rezekinya. Kalau saya tiada lagi rezeki dalam seni, mungkin ada tuah di tempat lain.

“Jadi saya pegang kata-kata itu dan hanya fokus untuk terus konsisten dan berikan yang terbaik untuk semua,”


DATO SITI NYANYI LAGUNYA

Wany hasrita akui amat gembira apabila lagu "Menahan Rindu" telah dinyanyikan oleh  Datuk Siti Nurhaliza.

Penyanyi bertaraf legenda itu menyanyikan lagu Wany Hasrita di majlis album terbarunya, SimetriSiti seterusnya menjadi viral di laman media sosial.

Ini komen Wany hasrita:

"Mula-mula saya dapat tahu Datuk Siti nyanyi lagu Menahan Rindu bila ramai kawan dan wartawan yang mesej. Malah, saya ada juga menonton video tersebut menerusi Instagram pengurusnya.
 

"Saya sangat berbesar hati sebab she is one of my idol.
 

"Memang saya kena akui, dia nyanyi lagu tersebut sangat sedap. Rasa bangga pun ada dan sebab itulah saya repost video tersebut di Instagram.

"Baru-baru ini kami ada bersua di sebuah majlis dan saya ucapkan terima kasih padanya. Pesan Datuk Siti, all the best dan good luck dalam kerjaya seni"


Oleh kerana sudah popular, Wany kini berusaha untuk menaik taraf mutu vokalnya dan sedang belajar vokal dengan Ernie Zakri.

Dalam perkembangan lain, Wany juga teruja untuk menantikan single kedua solonya  yang bakal dilancarkan dalam tempoh terdekat.

0 comments:

Post a Comment