Thursday, May 11, 2017

Respon Nora Danish Apabila Dihina Dan Dituduh Oleh Fasha Sandha Cuba Menghalaunya

Respon Nora Danish Apabila Dituduh Fasha Sandha Cuba Menghalaunya


Pelakon Nora Danish dan Fasha Sandha menjadi tumpuan semalam ekoran pendedahan mengejutkan dari Fasha Sandha.

Fasha menjelaskan dia telah dihalau dari satu event, dan ramai mengatakan itu adalah dari brand Owl By ND milik Nora Danish.

Ketika meluahkan perasaan, Fasha ada menyebut "burung hantu" yang sekaligus seperti menujukan pihak terbabit sebagai Owl By ND.

Sememangnya pihak Owl By ND turut serta bersama-sama menjayakannya event tersebut.

-Baca luahan hati Fasha Sandha (DISINI)
-Baca komen dari Nedim (DISINI)

Kemudian, Nora Danish juga ada memberi komen sedikit tentang hal ini apabila ditanya oleh para followernya di laman media sosial.

Bagi Nora Danish, luahan hati dari Fasha Sandha itu langusng tidak bermakna buatnya, namun begitu dia amat kecewa kerana ada peminatnya yang mula pecaya.

Ini komennya:

"Kesabaran dah sampai limit, bila dihina dicaci, Nora tak kisah. Si dia mencaci Nora tak kisah, she is nothing to me. Namun rasa sedih apabila ada follower yang percaya. Besok semuanya akan terbukti. Thank you"


Kini kes ini menjadi semakin hangat dan para peminat kedua-dua pelakon bertelagah di media sosial.

Para peminat masing-masing mempertahankan artis kesayangan mereka.

Selain itu, ada juga pihak yang mahu penganjur memberi kenyataan menerangkan perkara sebenar, sama ada betulkah pihak Owl cuba halau Fasha.

Kita tunggu sahaja perkembangan kes ini.

0 comments:

Post a Comment