Thursday, May 18, 2017

"Saya Dah Tak Boleh Mengandung.." - Penyanyi Elyana Akui Kini Tidak Boleh Hamil Lagi

"Saya Dah Tak Boleh Mengandung.." - Penyanyi Elyana Akui Kini Tidak Boleh Hamil Lagi


Penyanyi Elyana kini mengesahkan dia sudah tidak boleh hamil lagi.

Ini adalah berpunca dari komplikasi yang dialami semasa mengandung sebelum ini.

Ketiak hamil, Elyana telah mengalami keguguran.

Kini penyanyi Elyana telah membuat keputusan untuk mencari anak angkat kerana dia sememangnya ingin mempunyai anak yang ramai.

Ini komen Elyana: (Rotikaya)

“Saya nak mengandung tapi tak boleh dah. Saya sekarang nak cari anak angkat, sebab saya dah buang sebelah. Baru-baru ini saya gugur, bayi tersekat dalam tiub. Jadi Doktor buang tahun lepas,” 

“Tapi memang dari zaman sekolah nak ambil anak angkat. Saya cuba untuk ambil anak angkat untuk tolong orang susah. Mungkin Tuhan nak tunjuk dekat saya yang saya dah tak dapat anak, jadi ambillah anak angkat”

“Seorang atau dua anak angkat, lelaki atau perempuan, dan rupa semua itu saya tak kisah. Tapi saya nak dia semasa bayi lagi. Suami saya tidak ada masalah,” 

Memang baik niat Elyana ini untuk ambil anak angkat dari golongan orang yang susah. Semoga berjaya mendapat anak angkat dan dipermudahkan urusan.

Untuk pengetahuan, Elyana telah berkahwin pada 2010 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Cinta Sumayyah.

0 comments:

Post a Comment