Friday, May 19, 2017

Selepas Dapat Pangkat Datuk, Nassier Wahab Dapat Rumah Banglo Dari Dato Dr Boy Iman

Selepas Dapat Pangkat Datuk, Nassier Wahab Dapat Rumah Banglo Dari Dato Dr Boy Iman



Datuk Nassier Wahab memang murah rezeki pada tahun ini.

Umum mengetahui, Nassier baru saja dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) di Istana Abu Bakar, 15 Mei lalu.

Yang terbaru, selepas dapat pangkat Datuk, Nassier Wahab kini dapat hadiah mewah iaitu sebuah rumah banglo.

Datuk Nassier Wahab dilantik menjadi duta syarikat hartanah DBI Technology dan dia telah diberi sebuah rumah banglo.

Syarikat hartanah itu diterajui oleh pelakon dan ahli perniagaan, Dato Dr Boy Iman.

Boy Iman dengan bermurah hati menghadiahkan banglo berharga RM150,000 terletak di Kapar, Klang, Selangor, sebagai penghargaan kepada Nassier Wahab.

Datuk Nassier Wahab akan terikat selama dua tahun sebagai duta syarikat itu dan tugasnya adalah mempromosi pakej perumahan kepada pelanggan.

Ini komen Nassier Wahab:

HADIAH RUMAH

"Semua kurniaan yang diterima ini bagai nikmat berganda buat saya. Ia juga umpama hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahiran saya yang ke-55, pada 18 April lalu. 

"Bukan saja diumumkan sebagai duta syarikat berkenaan, saya juga dihadiahkan sebuah banglo. Kediaman yang saya terima ini juga tak jauh daripada tempat tinggal saya sekarang di Bukit Raja,"

"Saya sendiri sudah lebih 20 tahun mengenali Boy Iman. Sambil membantu perniagaannya, dapat juga saya menolong beliau mempromosi apa yang diusahakannya itu. 

"Dalam hal ini, kita berusaha mendidik masyarakat untuk membeli rumah pada usia muda. Jangan tunggu hingga usia sudah lewat baru nak memiliki rumah sendiri. Rumah ialah aset dan keperluan, jadi jangan kita ambil mudah soal berkenaan,"

TENTANG GELARAN DATUK

"Jika hendak diikutkan, saya mendapat tawaran bagi penganugerahan ini sejak Oktober tahun lalu. Namun atas beberapa sebab, ia ditunda. Selepas itu, saya pun tidak berfikir apa-apa mengenainya. 

"Tak sangka pula seminggu sebelum menerima gelaran terbabit, saya dimaklumkan mengenai majlis penganugerahan berkenaan. Pada hari penganugerahan itu juga saya terbabit dengan projek amal, Kembara Amal Kasih di Jerantut Pahang. 

"Jujurnya, saya tidak pernah mengharapkan gelaran itu. Cuma, selalu saya berdoa supaya sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik," 


Tahniah diucapkan kepada Datuk Nassier Wahab. Semoga terus cemerlang di masa depan.

0 comments:

Post a Comment