Tuesday, May 2, 2017

Wow! Romantiknya, Zizan Razak Ucap Luahan Cinta Kepada Mira Filzah Secara Live

Wow! Romantiknya, Zizan Razak Ucap Luahan Cinta Kepada Mira Filzah Secara Live


Pelawak popular Zizan Razak sering dikaitkan dengan gadis jelita dan cantik.

Selepas Juliana Evans dan juga Emma Maembong, yang terbaru Zizan Razak dikaitkan dengan pelakon comel Mira Filzah.

Sudah beberapa kali gosip mengatakan mereka berdua ini sedang dilamun cinta namun tiada komen lanjut dari kedua-dua pihak.

Memang ada beberapa video dan gambar yang menunjukkan Zizan Razak sering menemani Mira keluar seperti makan bersama.

Mira juga ada beberapa kali tampil live di Instagram bersama Zizan Razak.

Namun yang terbaru, Zizan telah meluahkan ayat cinta kepada Mira Filzah secara live.

Kisahnya bermula pabila Mira Filzah telah tampil live di laman media Instagram.

Zizan yang turut menonton video Mira itu telah menulis ayat jiwang iaitu "Sekuat wifi awak, kuat lagi sayang saya pada awak"


Memang terkejut para follower dengan komen Zizan itu. Ternyata ramai mengatakan luahan itu amat romantik. 

Kalau mereka berdua ini bepasangan pun okey juga. Kedua-duanya popular dan masih single.

0 comments:

Post a Comment