Thursday, June 1, 2017

Akaun Mface Bernilai RM177 Juta Dibekukan, Disiasat Polis, Datuk AC Mizal Tampil Beri Kenyataan

Akaun Mface Dibekukan, Kini Disiasat Polis, Dato AC Mizal Tampil Beri Kenyataan  


Dulu Datuk AC Mizal dilihat antara orang kuat yang mempromosikan akaun laman sosial Mface.

Baru-baru ini skim piramid Mface Club telah dilumpuhkan dan akaun syarikat berkenaan dibekukan  oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNNKK) dan pihak polis.

AC Mizal tampil memebri kenyataan apabila namany dikaitkan tentang hal berkenaan.

Pengacara Maharaja Lawak Mega ini mendedahakan beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi  Mface dua tahun lalu dan sudah tiada kaitan lagi dengan syarikat itu.

AC Mizal letak jawatan selepas menyedari ada perkara yang tidak kena di sebalik penubuhan laman sosial itu.

Ini komennya:

"Saya hanya dilantik sebagai pengerusi kepada jaringan sosial, yang ketika itu namanya Mface. Pada awal pelantikan, semuanya berjalan lancar. Lama-kelamaan saya dapati ada perkara tak kena terutama dari segi pengurusan dan soal wang.

"Enggan terbabit, saya pun meletakkan jawatan dua tahun lalu dan Februari lalu saya ada muat naik sebuah video di laman Instagram menyatakan yang saya tidak lagi terbabit dengan Mface dan memberi amaran supaya mereka tidak lagi menggunakan nama saya dalam apa juga urusan perniagaan mereka, "


AC turut menghantar video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada 6 Februari itu sebagai bukti.

Suami kepada Emylia Rosmila ini langsung tidak terkejut syarikat Mface disiasat polis kerana sudah dapat mengagak perkara berkenaan pasti berlaku.

Untuk pengetahuan KPDNKK dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah membekukan 91 akaun bank Mface.

Akaun berkenaan dikatakan bernilai RM177 juta hasil dari skim piramid.

0 comments:

Post a Comment