Wednesday, June 21, 2017

Hilang Di MeleTop Ketika Fattah Amin & Fazura Jadi Undangan, Ini Penjelasan Dari Pihak Neelofa

Tak Muncul Di MeleTop Ketika "FattZura" Jadi Undangan, Ini Penjelasan Dari Pihak Neelofa


Selasa lalu, ramai tertanya di mana kah Neelofa yang tidak muncul di program MeleTop.

Artis undangan untuk rancangan tersebut ialah pelakon Hero Seorang Cinderella iaitu Fattah Amin dan juga Fazura.

TAMPIL BERI JAWAPAN

Pihak pengurusan Neelofa akhirnya tampil memberi jawapannya.

Melalui laporan portal hiburan mStar, Neelofa telah diberikan cuti oleh pihak produksi program MeleTop.

Jadi pada hari Selasa itu, Neelofa memang sudah diberi pelepasan bercuti.

CUTI UNTUK UMRAH TAPI MASIH DI MALAYSIA?

Pada mulanya, Neelofa meminta cuti untuk persiapan ke Mekah untuk mengerjakan umrah ketika bulan Ramadhan.

Namun sayangnya, terdapat masalah mahram menyebabkan hasrat Neelofa untuk menunaikan ibadah itu terpaksa ditunda buat masa ini.

Sebab itulah Neelofa masih di Malaysia pada hari Selasa yang lalu.

BUKTI DIBERI CUTI

Ini paparan mesej dari satu lagi sumber mengesahkan Neelofa diberi cuti pada hari Selasa yang lalu walaupun tidak jadi ke Mekah.


Fattah Amin dan Fazura hadir sebagai tetamu undangan program MeleTOP Selasa lalu untuk mempromosikan drama Gero Seorang Cinderella.

Pengacara pada malam itu ialah Siti Nordiana, dan Imam Muda Asyraf yang menggantikan Nabil Ahmad yang sedang menegrjakan umrah.

0 comments:

Post a Comment