Friday, June 9, 2017

Julia Perez Disahkan Meninggal Dunia Sebentar Tadi

Julia Perez Akhirnya Disahkan Meninggal Dunia


Selebriti popular Indonesia Julia Perez ataupun Jupe akhirnya disahkan meninggal dunia menurut laporan Kompas.com.

Menurut laporan itu, berita ini diperoleh dan disahkan sendiri oleh managernya iaitu Mario Markoneng.

Mario saat dihubungi oleh wartawan berkata: "Ia benar meninggal,"

Sementara itu adik kepada Julia Perez turut menulis ucapan selamat tinggal kepada Julia Perez di laman sosial.

Ini tulis adik tentang berita pemergian Jupe:

"Innalilahiwainailahirojiun 

"Telah berpulang kakak kami tercinta Julia Perez Minta doanya ya semua, terima kasih semua atas supportnya selama ini. I LOVE YOU YULI 

Di laman sosial, ramai artis mula mengucapkan takziah dan ucapan sedih apabila Julia Perez meninggal dunia.

Jupe bertarung dengan penyakit cancer cervix tahap empat sejak 2 tahun yang lalu.

Khamis yang lalu, Julia Perez menjalani pembedahan terakhirnya.

Julia Perez meninggal dunia pada umur 36 tahun (10 Jun 2017)di Rumah Sakit Cipto Mangunkusum.

Salam takziah buat keluarga Julia Perez.

0 comments:

Post a Comment