Monday, June 5, 2017

Pelakon Popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella Kini Dikatakan Kekasih Kepada Engku Emran

Laudya Cynthia Bella Kini Dikatakan Kekasih Kepada Engku Emran


Ini satu berita yang amat mengejutkan ramai buat peminat industri hiburan tanah air dan juga negara seberang, Indonesia.

Pelakon popular  Laudya Cynthia Bella kini dikatakan sedang rapat dengan bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran.

Perkara ini mula menular setelah penyanyi dan pelakon popular ini memuatnaik satu foto yang menunjukkan dirinya sedang bahagia.

Melalui caption, Laudya Cynthia Bella yang lebih mesra disapa Bella mendedahkan ada individu bernama E yang amat bermakna buatnya.

Ini komennya:

"Aku diberkati dan terima kasih Allah untuk setiap hari, segalanya, dan E," 
"alhamdulillah"
"bismillah ya Allah"
"berkah Ramadhan"

Ramai tertanya-tanya siapakah individu bernama E itu. Segalanya terjawab apabila Laudya Cynthia Bella ada menulis komen "Abang E" di gambar milik Engku Emran.

Di Indonesia, portal hiburan di sana turut mengkaitkan Engku Emran sebagai kekasih baru Laudya Cynthia Bella.

Jom lihat gambar:

Pendedahan "E" Oleh Bella

Komen Dari Bella Kepada Engku Emran Sebagai Abang E

Engku Emran Dan Bella Di Satu Event Bersama
Peminat Bella Komen Gambar Engku Emran

Untuk pengetahuan, Engku pernah berkahwin dengan aktres Erra Fazira Erra pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari 2014.

Ketika berkahwin, mereka berdua dikurniakan seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya yang kini berusia lapan tahun.

Sehingga kini tiada kenyataan rasmi dari pihak Engku Emran dan juga Bella. Kita tunggu nanti.

0 comments:

Post a Comment