Tuesday, June 6, 2017

Selamat Terima Cahaya Mata, Ini Ucapan Saharul Ridzwan Buat Isteri Membuatkan Ramai Tersentuh Hati

Ini Ucapan Saharul Ridzwan Buat Isteri Membuatkan Ramai Tersentuh Hati


Semalam pelakon popular Saharul Ridzwan telah menerima kehadiran cahaya mata sulung setelah isteri tersayang Deena Emir selamat melahirkan baby boy.

Anak lelakinya itu dilahirkan pada jam 3.49 petang dengan berat 2.8kg pada 11 Ramadhan 1438 (6/6/2017).

Dalam pada itu, Saharul Ridzwan telah membuat satu ucapan istimewa buat isteri setelah berjuang melahirkan zuriat buat Saharul Ridzwan.

Ternyata Saharul sentiasa berada disisi isterinya ketika proses kelahiran dan menghargai isterinya.

Ini ucapannya:

Alhamdulillah. Terima kasih @deenaemir wahai Isteriku. Sy ada bersama awak dlm berjihad mengarung nyawa demi satu nyawa yang amat penting dalam keluarga kita. Tak terbalas pengorbanan awak. Terima kasih kerana menjadi seorang yang faham diri saya. I love you so much sayang @deenaemir and welcome baby kesayangan semoga menjadi anak yang soleh yang tidak akan tinggalkan kami sewaktu hari tua kami. Aaminn.

Ucapan ini membuatkan ramai followernya tersentuh hati. Di ruang komen para follower memebri ucapan tahniah kepada pasangan ini.

0 comments:

Post a Comment