Wednesday, June 7, 2017

Wow Tahniah!! Boy Iman Dapat Satu Lagi Anugerah Dato, Kini Dari Pahang Pula

 Wow Tahniah!! Boy Iman Dapat Satu Lagi Anugerah Dato, Kini Dari Pahang Pula



Boy Iman merupakan pelakon yang kini sudah menceburi bidang perniagaan dan hartanah.

Memang hebat perniagaan dari Boy Iman ini. Antaranya ialah syarikatnya memberi tajaan sebuah rumah banglo kepada Nassier Wahab baru-baru ini.

~Baca tajaan rumah banglo kepada Nassier Wahab DI SINI.

Boy Iman pernah menjadi popular apabila mendapat anugerah membawa pangkat Dato dari kerajaan Naning.

Kemudian, Boy Iman bergelar Doktor pula apabila mendapat ijazah kodoktoran PhD yang menjadi viral tahun lepas. (BACA SINI)

Yang terbaru, pada 24 mei yang lalu, Dato Dr Boy Iman sekali lagi menerima anugerah pingat yang membawa gelaran Dato, kali ini dari Pahang pula.

Ini komen dari Boy Iman

"Alhamdulilah, selesai sudah majlis penerimaan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang dari DYMM Sultan Pahang.

"Ianya berlangsung pagi hingga tengahari tadi (24 Mei) secara rasmi yg membawa gelaran Dato' di Istana Pahang, Kuala Lumpur. 

"Ia adalah hadiah yang amat bermakna pada hari lahir saya yg ke 37 tahun.

Boy Iman kemudian berkongsi beberapa keping gambarnya di sekitar istana.

Ini gambarnya:






Tahniah kepada Dato Dr Boy Iman. Semoga sukses selalu.

0 comments:

Post a Comment