"Aku Pakai Cincin Berlian, Pakai Jam Rolex..Yang Kutuk Aku Tu Ada Jam Rolex?" - Aliff Syukri

"Aku Pakai Cincin Berlian, Pakai Jam Rolex..Yang Kutuk Aku Tu Ada Jam Rolex?" - Aliff Syukri


Sebelum ini jutawan kosmetik, Aliff Syukri pernah mencuri tumpuan apabila makan bersila di lapangan terbang.

Kali ini Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi video sedang makan di atas jalan raya ketika dia bercuti di Switzerland.

Aliff Syukri membawa bekalan makanan yang dimasak oleh isterinya sendiri untuk dimakan bersama keluarga ketika bercuti di negara eropah itu.

Ini caption Aliff Syukri:

"Sekali makan kat sini kalau kat luar RM5k..so kena lah berjimat sebab pergi dengan big family dan my pari2..sambil melihat keindahan negara orang.. just nak share je yang tak suka tak payah komen lah ye kalau suka baru komen"

Dalam video itu, Alif Syukri berseloroh kepada orang terutama haters yang mengutuknya.

Ini kata-kata dari Aliff Syukri:

“Takpelah, korang nak kutuk aku, kutuklah aku nak makan kat mana pun. Yang penting aku pakai cincin berlian 4 karat, aku pakai jam Rolex, baru beli ni. 

Kutuk kutuk, takpe. Kutuk lagi selagi mampu”

“Korang yang kutuk kutuk tu ada tak jam Rolex-nya? Takde, kan? Jahatlah, gurau je,” 

Aliff Syukri hanya begurau tentang hal itu kerana ramai yang mengutuknya

Ada pihak yang boleh menerima gurauan tersebut namun ada juga yang mempertikaikan kata kata Aliff.

Selamat bercuti buat ALiff Syukri sekeluarga.

0 comments:

Post a Comment