Bocor Maklumat Ujian Darah, Siti Nurhaliza Kini Hamil?

Bocor Maklumat, Siti Nurhaliza Hamil?


Selepas 11 tahun berkahwin dengan Dato K, penyanyi Dato Siti Nurhaliza sering dikaitkan dengan berita kehamilan.

Sebelum ini Siti Nurhaliza pernah mengandung namun telah mengalami keguguran.

Baru-baru ini sekali lagi berita tentang kehamilan Dato Siti Nurhaliza menjadi buah mulut orang ramai.

Ada pihak menyebarkan berita ini dengan mengatakan ada sample darah milik "Siti Nurhaliza Taruddin: yang disahkan sedang hamil.

Ujian darah itu dibuat di sebuah pusat perubatan.

Setealh tersebar, pihak makmal pusat perubatan akan menyiasat bagaimana maklumat berhubung kehamilan itu bocor.

Pihak berkenaan dikatakan tekejut apabila berita kehamilan tersebut mula dibincangkan di media sosial selain peminat turut mengucapkan tahniah kepada penyanyi Siti Nurhaliza.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada nama pada sample berkenaan memang milik penyanyi Siti Nurhaliza atau pun individu lain yang mempunyai nama serupa.

Berdasarkan ujian makmal itu, pemilik darah itu sedang hamil antara empat dan lima minggu.

Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa dalam satu kenyataan kepada akhbar Kosmo pada Rabu, telah meminta spekulasi berhubung berita itu dihentikan.


Sebagai peminat sama sama kita doakan yang terbaik buat Siti Nurhaliza dan suaminya.

0 comments:

Post a Comment