Thursday, July 20, 2017

"Di samping mereka, saya lebih selesa buka tudung" - Kantoi Tak Pakai Tudung, Ini Penjelasan Fathia Latiff

"Di samping mereka, saya lebih selesa buka tudung" - Kantoi Tak Pakai Tudung, Ini Penjelasan Fathia Latiff



Baru-baru ini telah tersebar foto menunjukkan pelakon popular Fathia Latiff tidak memakai tudung bersebelahan seorang lelaki.

Lelaki berkenaan dikatakan sebagai kekasihnya.

Pelakon ini telah temapil memberi respon. Fathia degan rendah diri telah memohon maaf jika ada pihak berasa kurang senang apabila melihat gambar tersebut.

Tetapi Fathia telah membuat penafian bahawa lelaki di sebelahnya itu adalah kekasihnya.

Foto itu diambil ketika dia beraya di rumah saudaranya.

Ini penjelasan dari Fathia: (Sumber: HarianMetro/MalaysianDigest)

"Lelaki yang berada di sebelah saya itu bukanlah kekasih saya seperti didakwa netizen dalam satu portal hiburan yang memuat naik gambar terbabit. Dia adalah salah-seorang saudara saya.

"Waktu itu saya berada di majlis rumah terbuka ahli keluarga dan ramai saudara-mara turut hadir. Apabila berada di samping mereka, saya lebih selesa untuk membuka tudung,"

"Ia (Penyebaran foto) tidak sepatutnya berlaku kerana saya dikelilingi keluarga, saudara dan teman rapat ketika itu,"

"Percayalah gambar itu tidak menggambarkan diri saya sebenarnya. Ia juga tidak bermakna saya tidak mahu lagi memakai tudung.

"Daripada mengecam saya, lebih elok mendoakan saya supaya terus kuat dan istiqomah apabila berdepan dengan pelbagai dugaan"


Fathia Latiff akui dia tidak tahu bagaimana gambar itu boleh tersebar kerana kesemua di situ adalah ahli keluarganya.

Semoga Fathia terus istiqamah dan berusaha menjadi individu lebih baik. Sebagai peminat marilah doa yang baik-baik sahaja.

0 comments:

Post a Comment