Friday, July 14, 2017

Goda Isteri Orang Di Kedai Makan, Ini Respon Balas Sofi Jikan


Goda Isteri Orang Di Kedai Makan, Ini Respon Balas Sofi Jikan


Pelakon hebat Sofi Jikan menjadi tumpuan semalam apabila dituduh cuba menggoda seorang wanita berstatus isteri orang.

Tuduhan itu dilemparkan oleh lelaki yang juga suami kepada wanita berkenaan.

Sofi Jikan kemudian memuatnaik komen yang diberikan oleh lelaki berkenaan di laamn sosial miliknya.

Baca pendedahan dan dakwaan Sofi Jikan goda isteri orang (DISINI).

Pelakon KL Gangster ini menceritakan bahawa kejadian  berlaku pada malam Khamis lalu di sebuah kedai makan di Pulau Pinang.

Kata Sofi, dia hanya melayan peminatnya dan bukan bertujuan untuk mengoda sebaliknya dia sekadar membalas senyuman kepada seorang peminat.

Ini komen Sofi:

"Bila pula saya ingin mengurat isteri dia? Apa yang saya sedar, saya ada memandang semula seorang wanita dan membalas senyumannya.

"Biasalah sebagai lelaki mungkin saya ada terpandang wanita dan membalas senyumannya tapi bukan dengan niat jahat pun. Jika tidak senyum nanti kata artis sombong,"

"Kalau dia rasa saya cuba mengoda isterinya kenapa tidak tegur ketika di situ. Dia sengaja mencari publisiti dengan menyebarkan fitnah itu di laman sosial.

"Apa yang cuba dilakukan itu tidak betul dan hanya bertujuan menjejaskan reputasi saya sebagai pelakon. Malah, statusnya juga seolah-olah cuba mengugut saya,"


Sofi memebritahu dia tidak teragak-agak untuk membuat reprt polis jika lelaki berkenaan sekali lagi cuba membuat tuduhan palsu dan fitnah terhadapnya.

Sementara itu di laman IG milik Sofi Jikan, beberapa jam yang lalu, dia sudah bertemu dengan lelaki berkenaan.

Ini gambarnya:

0 comments:

Post a Comment