Friday, July 21, 2017

"Saya Dalam Dilema" - Lisa Surihani Patah Hati Melihat Perubahan Sikap Yahaira Leanne

"Saya Dalam Dilema" - Lisa Surihani Patah Hati Melihat Perubahan Sikap Yahaira Leanne



Apa-apa yang berlaku kepada anak-anak, sudah pasti ibunya akan berasa sedih.

Itulah sebenarnya yang berlaku kepada pelakon popular Lisa Surihani sejak melahirkan bayi keduanya iaitu Yusof Leonne pada 23 April lalu.

Sejak kelahiran Yusof, dikatakan anak pertamanya, Yahaira Leanne menunjukkan perubahan sikap ketara dan sering meragam apabila dia menyusukan Yusof.

Yahaira yang kini berumur hampir 2 tahun, tidak boleh melihat ibunya memangku adiknya, Yusof.

Ini pendedahan Lisa:

"Masa mula-mula dahulu dia memang sayangkan dan rapat dengan Yusof tetapi selepas dia melihat saya menyusukan adiknya, Yahaira mula berubah sikap.

"Dia sering menangis apabila nampak saya menyusukan Yusof dan meragam untuk mendapatkan perhatian saya dan suami.

"Saya tidak mahu Yahaira berasa sedih begitu kerana dia rasa seperti diketepikan.


"Situasi itu benar-benar buat saya patah hati kerana saya dalam dilema kerana perlu memastikan Yusof mendapat perhatian dan diberikan susu badan,"


"Secara perlahan-lahan saya mula belajar untuk membahagikan masa agar tiada di antara mereka merasakan seperti tidak penting dan mendapat kasih sayang sama rata.


"Walaupun sudah mempunyai cahaya mata tetapi dengan kehadiran Yusof saya sedar kaedah penjagaan dan mendidik anak itu tidak lagi sama dan perlu mengikut situasi mereka,"


"Alhamdulillah walaupun masih kecil tetapi nampaknya dia sudah mula memahami bahawa Yusof adalah adiknya.


"Sekarang Yahaira lebih rileks dan mula menerima Yusof dan tidak mahu lepas pula," 




Bagi Lisa Surihani, ini semua merupakan satu proses pembelajaran untuknya dalam memastikan kedua-dua anaknya mendapat perhatian sama rata.


Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment