Wednesday, July 19, 2017

Saya Harap Lelaki Jangan Takut Dengan Saya - Dayang Nurfaizah Komen Masih Single Pada Umur 36 Tahun

Saya Harap Lelaki Jangan Takut Dengan Saya - Dayang Nurfaizah Komen Masih Single Pada Umur 36 Tahun



Dayang Nurfaizah kini sudah berumur 36 tahun. Penyanyi hebat ini kini sudah bersedia untuk mempunyai teman hidup.

Apabila berbicara tentang teman lelaki, sebenarnya Dayang Nurfaizah bukannya tidak mahu mempunyai kekasih tetapi katanya lelaki yang tidak mahu mendekatinya dan cuba berkenalan dengannya.

Ini komen Nurfaizah: (Sumber: AstroGempak)

MEMANG MAHU TEMAN LELAKI

"Bila orang tanya bila nak kahwin, baru saya sedar dan terfikir mengenainya.

"Saya kalau boleh nak ada teman lelaki tahun ini.

"Yelah siapa yang tak mahu kahwin? Umur pun dah 36 tahun ini.

"Sebagai wanita, kadang-kadang tu seronok juga bila lihat orang sekeliling semua dah kahwin dan berteman, terfikir pula bila lah saya nak macam tu.


TIADA LELAKI MAHU DEKAT

"Terus-terang setakat ni tiada siapa atau mana-mana lelaki yang cuba dekati saya. Saya pun pelik.

"Saya pinta lelaki jangan lah takut dekati saya, saya tak makan orang lah!"


ORANG BERTANYA "BILA NAK KAHWIN"

"Bila setiap kali balik Raya tu tipulah kalau tiada yang bertanya bila saya hendak kahwin, namun saya anggap itu biasa sahaja dan cuba jawab dengan beradab.

"Manakala keluarga saya pula terutama ibu bapa saya tidak pernah tanya bila mengenainya malah mereka masih anggap saya muda lagi untuk berumahtangga.

"Mereka kata tak perlu tertekan dan suruh saya cari duit sahaja dulu kerana jodoh itu datang juga suatu hari nanti, insyaAllah,"


Memang jarang mendengar kisah atau gosip tentang Dayang Nurfaizah.

InsyaAllah nanti ada jodoh yang datang.

0 comments:

Post a Comment