Saturday, August 12, 2017

Ini Kenyataan Rasmi LHDN Isu Isytihar Notis Muflis Shaheizy Sam.. Punca Didedahkan

Ini Kenyataan Rasmi LHDN Isu Isytihar Notis Muflis Shaheizy Sam.. Punca Didedahkan


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata tindakan mereka mengiklankan notis muflis terhadap Shaheizy Sam melalui akhbar dibuat mengikut prosedur ditetapkan.

Dari satu laporan, punca kes itu telah didedahkan.Pelakon itu telah gagal melunaskan tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM300,000 menyebabkan Shaheizy Sam dikenakan notis muflis.

Menerusi kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam Media LHDN, Masrun Maslim berkata, notis itu diterbitkan selepas LHDN mendapat kebenaran dari pihak mahkamah.

Notis dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada 26 Mei lalu.

Ini kenyataan Masrun Maslim:

“Penyampaian ganti telah dimasukkan dalam sebuah akhbar tempatan pada 7 Ogos lalu.
Penyampaian ganti bermaksud LHDN sudah mengikuti prosedur dan peroleh kelulusan mahkamah.

“Saya tiada penjelasan lain, cuma hendak maklumkan segala prosedur pemungutan LHDN telah dijalankan dengan sempurna dan teratur,”

“LHDN tidak akan mengeluarkan mana-mana notis dalam akhbar tanpa bukti asas yang kukuh.

“Dan apabila notis dikeluarkan bermakna semua tindakan pemungutan telah dilakukan dan ia dikeluarkan atas kebenaran mahkamah,”

“Kami nasihatkan mana-mana pembayar cukai selesaikan urusan percukaian mereka dan jangan sampai berlaku keadaan seperti ini.

“Bagi kes spesifik cukai seperti yang dimaksudkan, sila berhubung dengan cawangan Wangsa Maju untuk sebarang maklumat lanjut,”

Sehubungan itu, Masrun menasihatkan orang ramai agar melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat negara ini bagi mengelakkan pengisytiharan bankrap.

LHDN tidak akan sesekali menyiarkan iklan berhubung kebrankapan tanpa maklumat terperinci.



0 comments:

Post a Comment