Isteri Syamsul Yusof, Puteri Sarah Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya

Isteri Syamsul Yusof, Puteri Sarah Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya



Isteri kepada Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana telah berkongsi kisah mencemaskan apabila terlibat dalam satu kemalangan.

Kereta yang dipandu oleh Puteri Sarah Liyana telah dilanggar dari belakang oleh kenderaan lain.

Yang lebih menakutkan adalah ketika itu anak bayinya ada di dalam kereta.

Puteri Sarah Liyana bersyukur kerana dia dan anak terselamat dari sebarang kecederaan.

Pelakon ini turut bersyukur kerana anaknya duduk di dalam 'baby car seat' sekaligus menyelamatkan bayi itu dari terjatuh dan tercedera.

Ini tulis Puteri Sarah Liyana di IG miliknya:

"Alhamdulillah syukur Allah.

"Harini dalam sejarah Sarah & Syaikhul terlibat dalam mild accident, orang langgar belakang kereta. Alhamdulillah my car takde pape just calar tapi kereta orang tu terok.

"Nak pesan sebelum keluar rumah WAJIB baca doa dan kalau boleh pasanglah cd ayat2 dalam kereta lagi2 baby ade skali. Janganlah masuk kereta terus pasang lagu.

"Sape yang ada anak kecik tu please, please, please CAR SEAT penting.

"Jangan nak dukung baby ke ape letak dalam car seat tu je. Syaikhul tengah tido dalam car seat tapi die terkejut jugaklah mase org langgar belakang tu.

"Nasib baik die good boy tak meragam then tido balik. All is well. 

"Alhamdulillah syukur Allah jagakan Sarah & Syaikhul



Kemudian Puteri Sarah Liyana telah berkongsi cerita sekali lagi melalui laporan dari portal Utusan Malaysia.

Ini perkongsiannya:

“Sebenarnya kejadian berlaku berdekatan dengan rumah saya dalam keadaan hujan dan jalan sesak, memang saya tidak berani mahu bawa kereta laju. Tiba-tiba ketika berhenti sebuah kereta dari belakang tidak sempat brek lalu melanggar belakang kereta saya.

“Paling merisaukan adalah anak saya ketika itu di belakang. Memandangkan kami hanya berdua dalam kereta saya memang takut. Mujur selepas memeriksa keadaan Syaikul dia okey,”.

“Memandangkan kereta saya tidak teruk jadi saya tidak mahu menunggu Syamsul sebab dia pun sedang sibuk.

“Cuma pagi ini baru saya sempat buat laporan mengenai kemalangan tersebut,”

“Memang saya tidak kompromi soal kerusi kereta bayi, sebab itu setiap kali saya dan suami memandu anak akan diletakkan siap-siap di tempatnya. Sebab kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku.

“Sebab itu saya juga minta ibu bapa di luar sana ambil berat soal ini,”


Memang penting baby car seat ini namun sering di pandang ringan oleh ibu bapa.

Tetapi nak salahkan mereka tak boleh juga kerana harga baby car seat boleh dikatakan sekitar RM100 lebih untuk jenama biasa.

Namun buat yang mampu, kalian wajib beli baby car seat. Amat penting untuk bayi anda. Sayangilah anak anda.

0 comments:

Post a Comment