“Saya mahukan keluarga bahagia, tetapi apakan daya” - Joy Revfa, Kemudian Hafiz Kata "Satu kenyataan rasmi akan saya buat"

“Saya mahukan keluarga bahagia, tetapi apakan daya” - Joy Revfa


Pasangan ini baru sahaja diijabkabul pada 1 Mei yang lalu.

Namun kini ramai yang mula memperkatakan badai yang melanda rumahtangga Hafiz Hamidun dan isterinya, Joy Revfa.

Berita Harian, mStar dan Rotikaya sudah mula mengeluarkan beberapa kenyataan dari kedua dua pihak.

Isteri Hafi Hamidun, Joy Revfa ada membuat kenyataan kepada BH Online dan telah memberi gambaran apa yang sedang dilalui mereka ketika ini.

Ini komen Joy Revfa:

"Saya tidak mahu komen panjang. Ramai yang sudah tanya (berkenaan masalah rumah tangga). Kalau nak cakap mengenai bahagia, semua orang inginkan kebahagiaan. 

"Cuma kerjaya masing-masing membuatkan kami terlalu sibuk.

"Saya mahukan keluarga bahagia, tetapi apakan daya,”

Ada beberapa caption dari Instagram milik Joy Rebfa yang membuatkan media menghidu seperti ada masalah dalam rumah tangga mereka.

Sementara itu, Hafiz Hamidun melalui Harian Metro enggan memberikan komen lebih lanjut.

Ini komennya:

“Kalau nak komen lebih lanjut, nanti dulu. Buat masa sekarang jangan terlalu cepat buat andaian,”

Melalui mStar pula, hafiz mengatakan dia akan membuat satu kenytaan rasmi tentang hal ini tidak lama lagi.

Ini komen Hafiz:

“Saya minta semua pihak bersabar kerana satu kenyataan rasmi akan saya buat mengenai hal ini,”

Untuk pengetahuan, Hafiz Hamidun dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam dekat sini pada 1 Mei lalu dengan sekali lafaz.

Joy Revfa merupakan pengusaha kosmetik yang berjaya dan pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun.


0 comments:

Post a Comment