(TERKINI) Mahkamah Sahkan Pernikahan Joy Revfa Dengan Datuk Ray Imran

Mahkamah Sahkan Pernikahan Joy Revfa Dengan Datuk Ray Imran


Mah­kamah Tinggi Syariah mengesahkan pernikahan usahawan produk kecantikan, Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Amin, dengan suami terdahulu, Datuk Ray Imran di Thailand, empat tahun lalu sah mengikut hukum syarak.

Hakim membuat keputusan tersebut setalah berpuas hati dengan semua dokumen, keterangan lisan dan hujahan bertulis yang telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

Ini kata Hakim:

"Mahkamah de­ngan ini mensabitkan bahawa pernikahan kamu berdua pada 10 Januari 2013 di Majlis Agama Islam Wilayah Songkla, Thailand adalah sah mengikut hukum syarak,”

Joy Revfa diwakili peguam syarie, Aznor, manakala Ray Imran hadir tanpa peguam.

Sementara itu, Aznor Suhaida ketika ditemui pemberita memberitahu, pihaknya akan memfailkan permohonan pengesahan penceraian antara Joy dengan Ray Imran dalam masa terdekat.

“Hari ini mahkamah telah mengesahkan pernikahan anak guam saya dengan Ray Imran adalah sah dan langkah seterusnya adalah untuk memfailkan pengesahan penceraian mereka dalam masa terdekat,”

Pasangan ini bernikah di Thailand pada 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.

0 comments:

Post a Comment