"Saya boleh tarik nafas lega.." - Rita Rudaini


Pelakon popular tanah air, Rita Rudaini sememangnya sering dikaitkan dengan kes perbalahan dengan bekas suaminya iaitu Aidil Zafuan.

Sejak bercerai, mereka berdua sering berbalas kenyataan di laman sosial dan melalui pihak media terutama melibatkan kes nafkah.

Setelah hampir 5 tahun, Rita Rudaini yang kini berumur 41 tahun meluahkan rasa lega kerana semua kes mahkamah selesai.

Kes yang membabitkan tuntutan nafkah anak, mutaah dan edah dari bekas suami, pemain bola sepak Malaysia dan juga Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Aidil Zafuan telahpun selesai.

Bagi Rita Rudaini, perjuangan turun naik mahkamah sepanjang lima tahun dalam menuntut hak dirinya dan dua anak akhirnya berbaloi.


Ini komen Rita Rudaini:

"Alhamdulillah, syukur semua selesai. Sekarang saya boleh menarik nafas lega tanpa perlu memikirkan semua masalah ini.

"Saya kini boleh fokus perkara lain dan tidak perlu lagi memikirkan tarikh perbicaraan kerana kes ini berjalan dalam tempoh agak panjang,"

Rita memfailkan tuntutan nafkah dua anaknya RM5,392 sebulan pada 8 November 2012.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan Aidil membayar RM3,000 sebulan pada Januari 2015.

Untuk tuntutan mutaah pula, Aidil diperintah membayar RM30,000 pada Oktober 2015 meski Rita membuat tuntutan RM300,000.

Pada September lalu, mahkamah memerintahkan Aidil membayar tuntutan edah RM10,000.

Rita dan Aidil bernikah secara rahsia pada Februari 2008 di Songkhla, Thailand dan sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan, September 2013.

Sepanjang perkahwinan, pasangan ini mempunyai dua anak lelaki yang kini dijaga oleh Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin, 8 tahun, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berumur 6 tahun.

Aidil Zafuan telah bernikah dengan rakan baik Nora Danish iaitu Zarema Zainal dan mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Ayden.

Sumber: HarianMetro

0 comments:

Post a Comment