"Suami Paling Sibuk...." - Dedah Adira

"Suami Paling Sibuk...." - Dedah Adira


Adira dijangka bakal bersalin anak pertama bersama Dato Red pada Mac depan.

Dia mengatakan suaminya amat sibuk melakukan persiapan menyambut kelahiran bayi sulungnya itu.

Dato Red amat teruja bakal menerima kehadiran cahaya mata dalam keluarga mereka sehingga persiapan yang dilakukan juga berlebih-lebihan.

Ini komen dari Adira:

"Jujurnya pada usia kandungan saya yang masuk lapan bulan ni memang tak larat hendak bergerak atau buat apa-apa pun.

"Mujur suami saya paling teruja untuk siapkan semua kelengkapan dan sebab itu saya serahkan semua kepadanya.

"Tambahan pula suami sudah ada pengalaman sebelum ini jadi lebih mudah dan Alhamdulillah semua keperluan telah pun lengkap dan hanya menanti waktu bersalin sahaja,"


Adira kini masih menerima beberapa undangan persembahan kerana tidak mahu memanjakan diri selain mengelak berasa bosan.

Ini jelasnya:

"Suami tak halang saya teruskan kerja cuma dia tak bagi sekiranya persembahan itu diadakan di luar Kuala Lumpur.

"Tetapi sudah sampai tahap sekarang ini tidaklah selalu saya terima undangan cuma sekali-sekala bagi mengelak daripada berasa bosan,"

Tentang berpantang, Adira akan berehat di Kuala Lumpur dan ibunya dari Sabah akan datang untuk menjaganya.

Ini komennya lagi:

"Insya-Allah bersalin dan berpantang di sini sahaja dan ibu saya akan datang dari Sabah untuk menjaga saya sepanjang tempoh itu.

"Jika tak pun suami boleh jaga saya kerana dia sudah ada pengalaman sebelum ini,"



Semoga Adira dan Dato red selamat menerima cahaya mata pertama mereka.

Bekas Suami Tiada Respon, Tak Hadir Majlis Aqiqah Anak - Elly Mazlein

Bekas Suami Tiada Respon, Tak Hadir Majlis Aqiqah Anak - Elly Mazlein


Elly Mazlein telah mengadakan majlis aqiqah untuk anak perempuannya, Putri Sara Sefhia dan ianya berlangsung dengan meriah sekali.

Namun yang mencuri perhatian adalah apabila bekas suaminya yang juga ayah kepada anak perempuan tersebut iaitu Azmi Hatta alngsung tidak kelihatan.

Elly tampil menjelaskan hasrat untuk mengadakan majlis tersebut dirancang oleh bekas suaminya namun sehingga anaknya yang kini sudah berusia 11 bulan, tiada perkembangan atau respon mengenai rancangan itu.

Dikatakan, Elly menguruskan majlis tersebut bersendirian denagn bantuan dari ramai pihak.

Penyanyi dan pelakon ini ada maklumkan kepada bekas suaminya melalui laman sosial Instagram namun tiada respon yang diterima.

Ini komennya:

“Dia sendiri tidak menghadirkan diri di majlis ini. Saya sudah memaklumkan menerusi laman sosial Instagram. Sepatutnya dia tahu mengenai perkara ini tetapi tiada sebarang respon dari bekas suami,”

Menerusi perkongsian di laman Instagram, majlis aqiqah tersebut diraikan dalam keadaan meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan beberapa rakan artis.

Inilah 5 Gambar Fesyen "Terlajak Sendat" Fathia Latiff Yang Dikecam Ramai

Inilah 5 Gambar Fesyen Terlajak Ketat Fathia Latiff Yang Dikecam Ramai


Pelakon jelita Fathia Latiff kini telah berhijrah memakai tudung.

Memang ramai memuji Fathia setelah berhijrah dan peminat memberi sokongan padu kepadanya.

Namun baru-baru ini, dilihat ramai yang mengecamnya kerana pakaiannya yang terlalu sendat.

Baju yang dikenakan di satu majlis oleh Fathia amat ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badannya.

Ramai yang mengkritik cara pemakaian pelakon jelita ini.

Turut bersama Fathia di majlis itu ialah rakannya, Uqasha Senrose.

Jom layan gambarnya tu:










Setelah Minta Cerai, Ini Keadaan Terkini Hanez Suraya Yang Ramai Tak Sangka

Setelah Minta Cerai, Ini Keadaan Terkini Hanez Suraya Yang Ramai Tak Sangka


Hanez Suraya telah mengejutkan industri hiburan apabila eminta cerai dari suaminya baru-baru ini.

Pada mulanya Hanez seperti tidak mahu mengulas kes itu, namun setelah sering ditanya wartawan, akhirnya Hanez mendedahkan keadaan terkini perhubungan keluarganya.

Hanez Suraya mengatakan kini dia dan suami sedang berusaha untuk menjernihkan perkahwinan mereka.


Di laman sosial, Hanez Suraya dililhat berbahagia dengan Romie malah memuatnaik gambar terkini sedang bermesra.

Bahkan baru-baru ini Hanez juga ada memuat naik video rakaman kejutan sempena ulang tahun hari kelahiran suaminya itu.

Kini pasangan ini sedang bercuti di Cameron highland bersama anak-anak.

Semoga segalanya baik-baik sahaja buat pasangan Hanez dan Romie.

Ini gambar terkini mereka:








Ini Punca Sebenar Nabila Huda Dikejarkan Ke Hospital

Ini Punca Nabila Huda Dikejarkan Ke Hospital


Pelakon hebat Nabila Huda telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini.

Nabila telah berkongsi sekeping gambarnya di laman sosial IG ketika dia berada di hospital.

Ini adalah kerana dia mengalami alahan teruk kerana termakan udang yang telah diawet dengan bahan kimia.

Sebelum ini dia tiada alahan kepada udang tetapi kali ini habis teruk allegic yang diterimanya, yang dikatakan akibat bahan pengawet.

Ini komennya:

“Saya cuma makan udang yang dibeli dan dimasak sendiri. Selepas mengalami alahan teruk Sabtu lalu, saya bergegas ke hospital dan doktor memaklumkan bahawa udang yang saya beli itu diawet dengan bahan kimia supaya tahan lama”

“Seluruh badan saya dipenuhi bintik-bintik merah, tetapi mujurlah bahagian muka tidak terlalu teruk. Sebelum ini, saya memang selalu makan udang kerana ia makanan laut kegemaran saya dan tak pernah pula alami perkara sebegini,”


Ketika ini, pelakon wanita berkenaan terpaksa bergantung kepada ubat yang membantu mengurangkan gatal.

Pelakon filem Munafik ini berkata keadaannya kini bertambah baik.

Bekas Juara Akademi Fantasia Sindir Nyanyian Fattah Amin, Peminat Mengamuk, Panas Hati!!

Bekas Juara Akademi Fantasia Perli Fattah Amin, Peminat Mengamuk, Panas Hati!!


Juara AF2013, Faizul membuat kenyataan panas baru-baru ini yang  membuatkan peminat Fattah Amin panas hati.

Ini apabila Faizul telah menyindir nyanyian Fattah menerusi akaun Twitternya.


Selepas menimbulkan kemarakan peminat Fattah, Faizul tampil memberi kenyataan balas.

Katanya, dia hanya membuat teguran secara terbuka kepada mereka yang mahu menceburi bidang nyanyian supaya menyiapkan diri dengan ilmu berkaitan bidang tersebut sebelum memasuki industri hiburan tempatan.

Bagi Faizul, tidak semua penggiat seni dapat mencipta nama dengan mudah.

Teguran itu juga secara tidak sengaja ditujukan kepada Fattah serta beberapa artis lain yang muncul dalam industri muzik tanpa persediaan yang cukup.

Ini komen Faizul:

Saya menghantar mesej itu kepada sesiapa sahaja dalam industri agar menyiapkan diri dahulu sebelum memasuki bidang nyanyian atau apa-apa bidang lain. 

Ramai pekerja industri yang bekerja secara profesional, mereka ambil masa lama untuk asah bakat mereka sebelum keluar dikhalayak. Jadi tolong persiapkan diri anda dahulu kemudian keluar dan menyanyilah dengan baik.

Saya gunakan hashtag #patah #amin juga sebagai cara agar mesej tersebut sampai kepada netizen, jika sekadar tweet ilmiah tiada siapa yang tertarik untuk baca. 


Saya mahu mereka berfikir kami bekerja dalam industri bukan secara cincai sahaja, ia memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.

Walaubagaimanapun, Faizul harap masyarakat tidak salah faham kerana beliau sama sekali tidak mempunyai sebarang niat untuk menjatuhkan kerjaya nyanyian Fattah.

Nad Zainal Percaya Suami Tak Songlap Duitnya

Nad Zainal Percaya Suami Tak Songlap Duitnya



Nad Zainal telah berkahwin dengan seorang jejaka bernama Faliq dan kini mempunyai seorang anak hasil perkahwinan mereka.

Sebagai suami, Faliq kini juga merupakan pengurus bagi kerjaya lakonan Nad Zainal.

Bagi Nad, ini memudahkannya dan sekaligus membuatkan kerjayanya lebih tersusun malah tidak ada rahsia yang perlu disembunyikan mereka.

Nad juga akui mempercayai suaminya itu seratus peratus tanpa perlu takut dianiaya.

Ini komen Nad:

“Lagipun, Faliq bekerja dalam indsutri yang sama. Kebanyakan penerbit dan produksi yang menghubungi adalah kawan kami. Jadi urusan lebih mudah. Bagi saya, tidak wujud isu tak percaya”

“Sampai di rumah pun kami berbincang urusan kerja. Bagi kami, soal kerja boleh dibincag di mana-mana. Saya tak perlu bimbang soal bayaran yang diminta. Takkanlah suami sendiri nak aniaya saya,”


Selain menyatakan bahawa Faliq merupakan seorang yang jujur, suaminya itu dalam masa turut menasihatkan agar Nad memilih karya yang mahu dilakonkannya dan bukanlah sekadar tangkap muat.

Lara Alana Nak Adik, Ini Respon Awal Ashaari

Lara Alana Nak Adik, Ini Respon Awal Ashaari


Awal Ashaari dan Scha Al Yahya mempunyai seorang anak yang popular di laman sosial iaitu Lara Alana.

Selebriti ini akui Lara sudah mula menunjukkan minat terhadap kanak-kanak lain membayangkan dia sepeti mahukan adik.

Awal telah tampil menjelaskan Lara Alana masih memerlukan perhatian daripada isterinya.

Pasangan ini ternyata belum bersedia untuk menimang cahaya mata kedua walaupun Lara sudah menunjukkan minat untuk menjadi kakak.


Ini komennya:

“Saya menyasarkan untuk menambah bilangan ahli keluarga apabila Lara menginjak usia tiga tahun kerana saya merasakan dia masih memerlukan perhatian dan kasih sayang khusus daripada kami”

“Tetapi sejak kebelakangan ini Lara mula menunjukkan minatnya terhadap bayi malah jika ke majlis perkahwinan dia sibuk hendak mendukung bayi yang dia nampak dan berlagak seperti seorang kakak,” 


Sementara itu, Scha Al Yahya meluahkan rasa rindu untuk hamil.

Pemuda Hilang Di Bukit Broga Dedah 'Dijaga' Seseorang Di Dalam Hutan

Pemuda Hilang Di Bukit Broga Dedah 'Dijaga' Seseorang Di Dalam Hutan



Ini satu kisah menarik untuk dibaca.

Ramai yang tertanya apa yang berlaku kepada Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, 20, yang ditemui selamat semalam.

Pemuda ini  hilang selama tujuh hari di Bukit Broga.

Dalam satu pendedahan terbaru, dia dikatakan 'dijaga' seseorang.

Bapa saudaranya, Ahmad Saad berkata, Azarul ada memberitahunya dia dijaga seseorang ketika kehilangannya di Bukit Broga.

Ini pendedahan bapa saudaranya:

"Namun dia (Azarul) tidak mendedahkan siapa dan bagaimana orang yang menjaganya itu, dia hanya memberitahu makan buah hutan dan minum air terjun untuk kelangsungan hidup.

"Keadaannya kini bertambah baik dan kami berharap dia dapat dibenarkan pulang dalam masa terdekat dan akan membawanya pulang ke Kedah,"


Mohd Azarul hilang selama 6 hari sebelum berjaya ditemui empat pendaki termasuk dua warga Britain pada jam 9.30 pagi dalam keadaan keletihan serta berkaki ayam kira-kira 250 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Pelajar Universiti Kelar Leher Pensyarah Sehingga Maut, Ini Puncanya

Pelajar Universiti Kelar Leher Pensyarah Sehingga Maut, Ini Puncanya



Assignment atau  tesis yang menjadi tugasan kepada pelajar universiti akhirnya menjadi punca pembunuhan di sebuah universiti di Indonesia.

Kejadian kejam ini berlaku di Indonesia apabila seorang pensyarah meninggal dunia setelah lehernya dikelar oleh pelajarnya yang tidak berpuashati.


Kes ini berlaku di Universiti Muhammadiyah (UMSU) di Sumatera Utara, Indonesia.

Mangsa bernama Profesor Dr Hj Nur'ain Lubis, merupakan seorang pensyarah berumur 57 tahun di Fakulti Pendidikan, dalam Jabatan Bimbingan dan Kaunseling.

Kejadian bermula apabila Prof Nur'ain dan seorang pelajarnya, Roymardo Sah Siregar, 21 tahun berbalah kerana tesis yang dibuat oleh Roymardo.

Setelah pergaduhan berakhir, Prof Nur'ain kemudiannya pergi ke tandas.

Tersinggung daripada perbincangan tersebut, Roymardo bertindak mengelar leher Prof Nur'ain sebelum dia dilaporkan menjerit dan rebah di atas lantai

Beliau telah diserang di depan bilik air kampus Bangunan B, sejurus selepas meninggalkan tandas.

Roymardo didakwa bersembunyi di dalam tandas berkenaan bagi mengelak bertemu orang ramai yang tunggu di luar. Kemudian pihak polis datang menangkapnya.

Motif pembunuhan akhirnya didedahkan oleh Roymardo sendiri. Menurutnya, Prof Nur'ain sering kali memarahinya dan mengugutnya tidak lulus dalam subjek yang dipelajari.

Sumber berkata Roymardo memang sudah bersedia dengan membawa sebatang pisau dari rumah sebelum bertemu pensyarahnya itu.

Niatnya untuk membunuh Prof Nur'ain sudah tertanam sejak sekian lama apabila kerap kali dimarahi dan dihalau keluar kelas.

Kini, Roymando serta merta dibuang dari universiti dan kes ini sedang dibicarakan.

Ini Komen Pemuda Yang Hilang Di Bukit Broga Membuatkan Ramai Garu Kepala, Pelik

Ini Komen Pemuda Yang Hilang Di Bukit Broga Membuatkan Ramai Garu Kepala, Pelik



Seorang pemuda yang dijumpai selamat memberi sedikit komen selepas enam hari hilang ketika mendaki Bukit Broga

Mohd Azarul  telah mendedahkan sediit pengalamannya ketika hilang dan tersesat.

Sepanjang tempoh dia tersesat, dia sememangnya telah berusaha untuk mencari jalan keluar namun buntu.

Katanya, semua usahanya langsung tidak berhasil.

Ini kenyataannya:

"Saya ingat baru tiga hari di sini (Bukit Broga). Puas saya pusing balik-balik jumpa tempat sama,"


Komen ini membuatkan ramai yang pelik dan tertanya-tanya.

Terdahulu, Mohd Azrul ditemui selamat kira-kira jam 11:30 pagi tadi.

Mohd Azrul dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Broga, kira-kira 6 petang, Ahad yang lalu.

AKHIRNYA, Sari Yanti Luah Rasa Cinta Terhadap Jep Sepahtu Secara Live!!

AKHIRNYA, Sari Yanti Luah Rasa Cinta Terhadap Jep Sepahtu 


Pelakon jelita akhirnya meluahkan perasaan cintanya terhadap Jep Sepahtu secara Live.

Kejadian berlaku ketika jep Sepahtu sedang live di laman sosial facebooknya.

Sari yanti yang menonton video itu kemudian memuji Jep seorang yang kacak.

Selepas beberapa minit Sari Yanti menyatakan perkataan sayang kepada Jep Sepahtu.

Komen Sari Yanti itu ternyata mengejutkan ramai dan rata rata memuji mereka berdua yang amat romantik.

Jom lihat gambar yang berjaya dirakam:




Hubungan Sari Yanti dan Jep Sepahtu mula hangat diperkatakan orang ramai apabila mereka dilihat saling memuatnaik gambar bersama di laman sosial.

Malah rakan artis turut sering mengusik bahawa mereka berdua pasangan yang sesuai.




Inilah Koleksi Gambar Terkini Anak-Anak Sari Yanti Yang Ramai Tak Pernah Lihat

Inilah Koleksi Gambar Terkini Anak-Anak Sari Yanti Yang Ramai Tak Pernah Lihat


Sari Yanti kini sedang hangat dikaitkan dengan pelakon dan pelawak popular Jep Sepahtu.

Sebelum ini, SariYanti pernah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Mohd Edi namun jodohnya tidak panjang dan telah bercerai.

Mereka akhirnya disahkan bercerai setelah 3 tahun berkahwin.

Pelakon Sari Yanti merupakan ibu kepada dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

Anak lelakinya yang sulung bernama Barr Al Aly berusia 6 tahun manakala yang kedua bernama Basit Al-Haq kini berumur 4 tahun.

Ini gambar terkini anak-anak Sari Yanti yang ramai tak pernah lihat lagi.

Memang comel anak-anaknya ni.

Jom layan:












Nyanyian Sumbang, Ini Respon Balas Fattah Amin

Nyanyian Sumbang, Ini Respon Balas Fattah Amin



Fattah Amin akui ada yang mempersoalkan kebolehannya sebagai penyanyi selepas dia menghasilkan lagu baru berjudul Wanita Terakhir.

Dia telah tampil menyanyikan lagu tersebut secara langsung di rancangan MeleTop baru-baru ini.

Memang ada yang menyatakan nyanyiannya sumbang.

Namun walaupun dikritik, dia tidak berasa kecewa kerana baginya itu adalah rencah biasa dalam dunia hiburan.

Ini responnya:

CUBA BERIKAN YANG TERBAIK

"Jika saya seorang yang jenis mudah terasa hati jika dikritik mungkin dari dahulu lagi saya sudah tinggalkan bidang seni.


"Pada saya orang boleh kata apa sahaja mereka mahukan kerana bukan semua suka dengan apa yang saya lakukan.


"Ini tentang citarasa masing-masing dan sebagai penyanyi saya akan terus cuba memberikan terbaik,"


MASUK KELAS VOKAL

"Tahun ini saya berazam untuk lebih menguatkan jenama yang ada pada diri saya kerana tidak mahu dipandang kerana populariti semata-mata.

"Atas dasar itu juga saya masuk kelas vokal dan cari peluang untuk berlatih kerana ingin memperbaiki diri.


"Peluang yang ada dihadapan mata tidak akan saya sia-siakan dan mahu buktikan diri tentang kekuatan yang ada pada saya,"


Fattah  tampil dengan single terbaharunya berjudul Wanita Terakhir yang merupakan ciptaan Aizat Amdan, Anas Amdan dan Mel Ramlan.

Sementara itu, Fattah Amin akan menjalani penggambaran muzik video bagi lagu berkenaan dalam masa terdekat ini sebagai langkah promosi Wanita Terakhir.

Ini Komen Mengejutkan Yusof Haslam Hentam Pembikin Drama, Setepek Kena

Ini Komen Mengejutkan Yusof Haslam Hentam Pembikin Drama, Setepek Kena




Yusof Haslam merupakan penerbit dan pengarah yang cukup disegani di Malaysia.

Kini, legasi pengarah ini diteruskan dua orang anaknya iaitu Shamsul Yusof dan juga Shafiq.

Memang berbakat besar kedua-dua anak Yusof Haslam ini.

Baru-baru ini Yusof telah menghentam pembuat drama di Malaysia yang sering memilih membuat drama cinta sahaja.

Selain itu, Yusof turut menegur stesen televisyen swasta yang lebih suka menyiarkan cerita yang komersialnya tinggi.


Ini komennya:

"Jangan kita asyik tumpu pada pembikinan cerita klise dan cerita cinta.

"Sekarang ini, pembikin drama boleh buat cerita berdasarkan isu semasa yang berlaku di negara ini,"

"Kadang-kadang, ini masalah stesen televisyen swasta. Kalau cerita tiada nilai komersial, mereka tidak mahu siarkan cerita tersebut.

"Kalau kita asyik nak berpaksikan nilai komersial, bila kita nak sampaikan mesej berguna kepada masyarakat?

"Jadi, saya rasa peranan stesen televisyen perlu seimbang dan sentiasa berganding bahu dengan pembikin bagi menghasilkan cerita yang bertauladan," 


Memang betul apa yang Yusof Haslam nyatakan ini.

Inilah 6 Gambar Terkini Isteri Khairul Fahmi Che Mat, Leuniey Natasha Dikecam Teruk

Inilah 6 Gambar Terkini Isteri Khairul Fahmi Che Mat, Leuniey Natasha Dikecam Teruk


Isteri kepada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat iaitu Leuniey Natasha nampaknya dikecam hebat oleh orang ramai.

Ini gara-gara beberapa keping gambar terkininya yang menampakkan rambut walaupun bertudung.

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Leuniey berturban seperti Yuna dan kelihatan rambut dan lehernya.

Para follower lantas mengkritik tindakan Leuniey tersebut.

Ini beberapa keping gambar Leuniey:







Ini pula kritikan pedas dari orang ramai.



Leuniey Natasha dan Khairul Fahmi bernikah pada tahun 2012 dan kini mempunyai 2 orang anak.

Anak perempuan bernama Kayla Elayna, manakala anak lelaki bernama Khaleel Emir