"Halena Thank You So Much, I Love You" - Ucapan Hael, Siapakah Halena? Ini Pendedahannya


Semalam, komposer dan penyanyi lagu Jampi iaitu Hael Husaini telah berjaya meraih kejayaan yang amat besar buat dirinya.

Hael Husaini telah dinobatkan sebagai juara dan meraih trofi Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32.

Jutaan tahniah diucapkan buat Hael Husaini yang sememangnya berjaya 'menjampi' pentas Anugerah Juara Lagu semalam, memang padu!

Ketika ucapan Hael Husaini, ada momen yang mana beliau menyebut nama Halena. Ada yang tidak tahu siapakah Halena itu? Ini jawapannya.

Ini antara ucapannya: "Halena Thank You So Much, I Love You"

Kata Hael Husaini, Halena merupakan anak angkatnya.

Penyanyi ini menyifatkan kemenangannya sebagai menumpang rezeki anak angkat, Nur Helena.

Hael atau nama penuhnya, Hal Husaini Razmi, 29, berkata, sejak kehadiran Helena yang dipelihara sejak Mei tahun lalu, rezekinya dalam bidang seni mencurah-curah.

Ini komen Hael Husaini selepas bergelar juara:

"Helena adalah rezeki terbesar saya. Diakui sejak dia hadir dalam hidup saya., rezeki semakin murah. Kemenangan saya pada AJL 32 saya tujukan kepadanya.

"Walaupun pada awalnya saya agak bimbang untuk memikul tanggungjawab ini, tapi saya tetap mencuba memberikan yang terbaik. Sekarang saya tak boleh bayangkan hidup ini tanpa dirinya,"

Pada malam kemuncak AJL32, lagu "Jampi" ciptaan bersama Hael dan Ezra Kong, telah menewaskan 11 lagu lain.

Mereka berdua membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, sebuah trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM10,000.

Diusik dengan pertanyaan apakah dia akan menaikkan kadar bayaran selepas diangkat sebagai juara, Hael berkata, ada perkara lain yang harus diberi fokus selain bersikap demanding seperti itu.

Ini komennya:

"Tak terfikir pun nak naikkan harga kerana fokus saya selepas ini adalah untuk mengembangkan lagi nama saya,"

Itu antara kata Hael yang juga merupakan komposer lagu popular, Pematah Hati nyanyian Nabila Razali.

Mengakui tak menang tangan kerana sibuk menerbitkan lagu penyanyi lain, bekas peserta Akademi Fantasia (AF) 2013 ini memberitahu, dia bakal bekerjasama dengan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Ini pendedahannya lagi:

"Insya-Allah, akan ada satu projek khas bersama penyanyi popular itu. Perancangannya dalam tahun ini juga cuma saya tak boleh nak cerita dengan lebih lanjut…Kena tunggu"

Memang seorang yang hebat hael Husaini ni. Semoga terus sukses di masa depan. Tak sabar nak tunggu karya Hael yang seterusnya.

Sumber: Berita Harian

0 comments:

Post a Comment