Lisa Surihani Merajuk Dengan Yusry KRU

Lisa Surihani Merajuk Dengan Yusry KRU




Semalam, Lisa Surihani telah merajuk dengan suaminya dalam satu majlis yang berlangsung semalam. Majlis itu adalah sidang media untuk satu rancangan TV.

Lisa Surihani akui merajuk sehingga menangis kerana sepatutnya dia dan suami, Yusry KRU hadir ke majlis itu bersama-sama namun Yusry memberitahu dia sedikit lewat.

Lisa Surihani dilihat kurang senang dan agak marah kerana mereka sepatutnya hadir bersama-sama, sesuai dengan rancangan eBu: Babypedia yang akan mereka kendalikan nanti.

Namun kemarahan itu bertukar menjadi kejutan buat Lisa apabila 'kelewatan' berkenaan rupa-rupanya disengajakan oleh Yusry.

Penantian Lisa berakhir ketika Yusry melangkah masuk ke dewan majlis dengan membawa sebeji kek ditangan, manakala hadirin menyanyikan lagu selamat hari jadi.

Biasanya sambutan mengenang hari kelahiran disambut pada tarikh yang sama dengan detik bersejarah itu, namun untuk meraikan isteri, Yusry Abdul Halim memilih berbeza.

Dia mengawalkan dua hari sambutan untuk Lisa Surihani. Alasannya: Untuk mendapatkan faktor "kejutan" si isteri.

Majlis itu pula dilangsungkan dengan disaksikan petugas media yang hadir majlis pelancaran program eBu: Babypedia terbitan Astro Kuala Lumpur petang tadi.

Ini komen Lisa Surihani:

“Saya menangis tadi. Tak sangka, sebab Yusri beritahu dia ada mesyuarat di Putrajaya.

“Pada saya, kenapa pula dia perlu menghadiri mesyuarat pada waktu sama majlis ini berlangsung di sini. Rancangan ini juga penting kerana kami menjadi hos bersama,”


“Dia pernah bagi kejutan sebegini tetapi hari ini saya terharu sebab tidak menyangka akan ‘ditipu’ begini.

“Tapi kejutan begini tidaklah boleh dibuat setiap tahun sebab nanti boleh dihidu,


Turut hadir di majlis adalah kedua ibu bapa Yusry dan ibu Lisa.

Lisa Surihani dan Yusry KRU mengikat tali perkahwinan pada 23 Februari 2012. Hasil perkongsian hidup selama lima tahun mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Yahaira Leanne yang kini berusia enam bulan empat hari.

Sumber: MalaysiaKini

0 comments:

Post a Comment