Nasirah Dedah Kisah Sebenar Disebalik Perkahwinannya Dengan Suaminya


Nasirah Dedah Kisah Sebenar Disebalik Perkahwinannya Dengan Suaminya


Nama Nur Nasirah kini menjadi viral apabila wanita 18 tahun ini yang memilih Ismail Lombok yang berumur 66 tahun sebagai suaminya.

KISAH PERCINTAAN MEREKA

Perkenalan Nasirah dan juga Ismail bermula kira-kira dua tahun lalu apabila Ismail, seorang pesara Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang juga pekebun sering minum di restoran ibunya, Salma Abdullah, 42 tahun, di Paka, Terengganu.

Ketika itu, Nasirah selalu berada di restoran untuk melakukan kerja-kerja dapur selain mengambil pesanan daripada pe­langgan. Menurut Nur Nasirah, dia mula tertarik dengan perwatakan Ismail yang merupakan duda lapan anak itu kerana bertanya khabar keadaannya dan keluarga.

Pada masa itu, dia tidak tahu bahawa Ismail turut menaruh hati padanya dan dia melayan lelaki itu seperti pelanggan lain yang berkunjung ke restoran milik ibunya.

Ismail yang telah berterus terang kepada ibu bapanya untuk mengahwininya berjaya membuka pintu hati gadis ramaja itu yang ketika itu baru sahaja menamatkan persekolahan tingkatan lima.

Koleksi Gambar Nasirah (LIHAT SINI)

Selepas mendapat persetujuan daripada keluarga kedua-dua pihak, akhirnya Nur Nasirah yang juga anak ketiga daripada lima beradik pasangan Salma dan Mohd. Nazri Mat Kidi, 54, selamat diijabkabulkan dengan Isma­il dengan hantaran kahwin sebanyak RM7,000.

Majlis akad nikah berlangsung di rumah pengantin lelaki di Jalan Santong, Paka kira-kira jam 10.30 malam, 18 Mac lalu namun gambar-gambar perkahwinan mereka mulai menjadi viral di media sosial dengan ulasan-ulasan yang mempersendakan pasangan itu.

Ini komen Nasirah:


“Walaupun usia jauh berbeza namun saya kahwin dengan dia sebab saya sukakannya, bukan kerana duit atau terhutang budi.”


“Biar apa orang hendak kata kepada saya namun saya terimanya seadanya, dia begitu mengambil berat dan menyayangi saya sepenuh hati.

“Lagipun perkahwinan kami direstui keluarga, kami berkahwin dengan cara yang sah, ikut adat, cuma jarak usia sahaja berbeza, ia bukan penghalang cinta kami,” 


Sementara itu, ibu Nur Nasirah, Salma yang juga rakan baik Ismail yang kini menjadi menantunya berkata, dia telah lama mengenali lelaki yang dikenali panggilan Pok Wil kerana mereka tinggal sekampung.

Ini komen ibu Nasirah:

“Selepas anak saya tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia berkali-kali meluahkan hasratnya itu, namun saya tidak memberikan keputusan kerana perlu berbincang dengan Nur Nasirah dahulu.

“Akhirnya Nur Nasirah memberikan jawapan, barulah kami buat perbincangan lanjut lalu menetapkan tarikh perkahwinan mereka,” 

Salma tanpa berselindung telah merestui perkahwinan pasangan itu.

Sumber: Utusan

0 comments:

Post a Comment