Masalah Rumah Tangga, Ini Kenyataan Rasmi Serina Redzwan Dan Juga Penjelasan Elyana

Masalah Rumah Tangga, Ini Komen Serina Redzwan Dan Juga Penjelasan Penyanyi Elyana


Kini semakin banyak masalah rumah tangga yang sedang melanda artis Malaysia.

Memang banyak kes cerai yang berlaku.

Kini ada ura-ura mengatakan dua orang selebriti sedang mengalami nasib yang sama iaitu perkahwinan di katakan sedang goyah.

Mereka berdua ialah pelakon yang juga anak Chef Wan iaitu Serina dan juga penyanyi popular Elyana.

Jom ikuti kisah mereka:

SERINA REDZWAN

Pada awal tahun ini, rumah tangga Serina Redzuawan menjadi bualan ramai apabila dikatakan sedang goyah.

Serina telah bernikah dengan Gavin Edward atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada 2010 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua orang anak bernama Tristan Tareef dan juga Isabella Saffiya.

Serina akhirnya menjawab persoalan masalah perkahwinannya.

Katanya masih dalam proses dan menafikan muncul pihak ketiga dalam krisis rumahtangganya.

Jom baca komennya:

“Dalam proses maknanya belum lagi bercerai. Kami masih lagi dalam proses perbincangan dan belum naik mahkamah sebab kita nak berkahwin satu perkara yang baik mendirikan masjid, jadi bila kita nak berpisah tu apa pun kena berfikir dan berbincang betul-betul.

“Dalam perkahwinan ini juga tidak ada yang nak bersatu kemudiannya bercerai. Justeru doakanlah yang terbaik agar masalah ini dapat diselesaikan, insya-Allah. Pastinya tiada kena mengena dengan orang ketiga,”


Tambah Serina, dia dan suami, Gavin Edward masih dapat mengawal keadaan rumah tangga mereka.

ELYANA

Penyanyi ini tiba tiba dikaitkan dengan masalah rumah tangga apabila sering meluahkan perasaan di laman media sejak akhir-akhir ini.

Kini Elyana tampil membuatkenyataan rasmi tentang hal ini.

Penyanyi ini menafikan perkara berkenaan dan memberitahu setiap luahannya itu hanya sekadar perkongsian rasa  serta emosi beliau pada sesuatu masa.

Ini komennya:

"Saya berbintang Cancer dan boleh berubah emosi dalam sekelip mata walaupun ada kala isunya tidaklah sebesar mana. Oleh itu, janganlah ada yang salah faham dan mengaitkan perkara itu dengan perihal rumah tangga pula. Jika diikutkan, sejak dulu lagi saya jarang memuat naik gambar bersama keluarga, terutamanya suami.

"Perkongsian saya di laman sosial kebanyakannya membabitkan perkembangan diri saya saja, cuma sesekali ada diselitkan keluarga. Tidak kisah apa yang ingin diperkatakan oleh orang ramai kerana saya tidak ambil pusing mengenainya. Apa yang penting, saya sentiasa menjadi diri sendiri.



Itulah penjelasan dari pihak Elyana sendiri. Mungkin hanya salah faham sahaja.

0 comments:

Post a Comment