TAHNIAH! Syafinaz Terima Pangkat Datuk

 
Guru vokal yang juga penyanyi, Syafinaz Selamat, telah pun dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Pemberian anugerah dan pingat ini adalah  bersempena Hari Wilayah Persekutuan, hari ini.

Penyanyi ini yang popular dengan lagu Ingin Bersamamu itu juga antara 370 penerima penganugerahan darjah, kebesaran, bintang dan pingat, pagi tadi.

Antara pencapaian beliau dalam bidang seni suara adalah sebagai penasihat dan 'voice master' untuk Koir Kebangsaan Malaysia, Koir Permata Seni Negara, pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Akademi Seni Kebangsaan (Aswara).

Beliau juga pernah membuat persembahan di hadapan bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ketika membuat lawatan rasmi ke Malaysia beberapa tahun lalu.

Syafinaz Selamat yang kini berumur 45 tahun, pernah menghasilkan tiga buah album iaitu Syafinaz pada 1989, Ingin Bersamamu (1999) dan Syyh (2002).

Popular menerusi lagu Ingin Bersamamu, Syafinaz juga pernah bertindak sebagai juri program nyanyian seperti Malaysian Idol dan AF Megastar.


Syafinaz Selamat sering memberi komen yang agak lantang tetapi bernas kepada para peserta.

Seramai 39 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW), 71 individu menerima anugerah Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 74 individu menerima anugerah Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 94 individu menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Pengarah Muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, Mustafa Fuzer Nawi turut menerima pingat sama.

Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak 2008 adalah bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan warga Wilayah Persekutuan yang banyak berjasa membangunkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Penganugerahan ini bukan sahaja diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan namun turut mengiktiraf mereka yang tidak bermastautin tetapi menabur bakti kepada pembangunan Wilayah Persekutuan.

Tahniah diucapkan kepada Syafinaz Selamat! Semoga terus sukses dan berjaya dalam bidang seni suara. -Berita Memey


Sumber: mStar / Harian Metro

Elyana Mengamuk, Nak Ludah Orang Yang Kurang Ajar Dengannya


Kini sudah ramai yang mengetahui tentang penderitaan yang dialami oleh penyanyi Elyana yang disahkan menghidap penyakit kanser limfoma tahap 4.

Kisah penyakit kanser yang dialami ini telah diumumkan sendiri oleh Elyana ketika penyingkirannya di pentas Gegar Vaganza musm ke empat, tahun lalu.

Selepas berita itu tersebar, Elyana terus menjadi tumpuan ramai pihak yang memberi sokongan kepada nya untuk melawan penyakit kanser itu.

Tidak hanya berdepan dengan kesakitan rawatan penyakitnya itu, Elyana juga menghadapi dugaan lain apabila ada segelintir orang ramai yang dilihat sering mengecamnya dan menambah derita dialaminya.

"Kepada Binatang, Mohon Jangan Follow Aku"

Elyana meluahkan kemarahannya itu melalui Instastorynya, semalam. Antaranya adalah amaran keras dibuat kepada sesetengah pihak supaya tidak follow nya di laman sosial itu.

Ini kerana, menurutnya, ada segelintir pengikut yang ‘memijak kepalanya’ sehingga membuatkan Elyana hilang kesabaran.

Tambah ibu anak satu ini, adakalanya dia boleh bersabar dengan kerenah pengikut sebegitu, namun kadangkala kesabarannya itu boleh hilang juga.

"Ludah Muka Orang Biadap"

Kemarahan Elyana juga dilihat meluap-luap apabila mengatakan dia seperti ingin meludah mana-mana follower yang biadap terhadapnya.

Jika diikutkan, sebelum ini pun, ada netizen yang tanpa rasa bersalah mempersoal tindakan Elyana tidak bertudung walaupun sudah disahkan sakit kanser.

"Nak Tunjuk Bagus, Pergi Tunjuk Dekat Ibu Bapa"

Elyana juga sempat memberi pesanan sinis sekiranya mereka ini ingin tunjuk bagus sila berbuat demikian kepada ibu bapa mereka.

Ini luahan hati Elyana:

"Kepada binatang kurang ajar, mohon jangan follow aku. Sebab ada hari aku boleh sabar. kau pijak macam mana pun kepala aku, aku boleh sabar. Tapi ada hari aku tak boleh sabar. Masa tu kau jangan tanya aku kenapa"

"Oh yes aku sakit kanser, tapi bukan bermakna aku tak boleh ludah kat muka korang yang biadap"

"Janganlah kurang ajar sangat. Kita ni semua manusia, SAMA! Kalau rasa nak tunjuk bagus, pergi tunjuk kat mak bapak kau. Jangan tunjuk kat aku pasal aku tak heran langsung.

"Aku bukan tong gas, aku pun manusia"


Ujarnya lagi, dia juga manusia yang sudah tentu mempunyai hati dan perasaan seperti orang lain dan tak usahlah bersikap biadap terhadapnya.

Sabarlah Elyana, biasalah sebgai artis memang wajib ada yang tak suka dan haters. - Berita Memey

Sumber: IG Elyana / Oh Bulan

"Dialah yang bodoh!" - Ruhainies Bengang!


Pelakon cantik dan comel, Ruhainies telah berang apabila ada seorang wanita yang menggelar diri dia bodoh.

Bagi pelakon ini, dia menganggap tuduhan dan panggilan tersebut kepada nya amat lah melampau.

Ini semua gara-gara satu video yang menunjukkan Ruhainies tidak faham apa yang di maksudkan dengan ayat "nate beghuk".

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, dia faham maksud sebenar perkataan 'nate beghuk' namun sengaja pura-pura tidak tahu dalam video itu.

Kata adik kepada pelakon Nur Risteena ini, dia hanya bergurau dan mengenakan selebriti media sosial, Pian Kpop kerana membohonginya.

Melihat adegan itu, seorang wanita terus mengatakan Ruhainies seorang yang cantik tetapi kurang bijak.

Ini komen Ruhainies:

"Orang yang fikir saya bodoh sebenarnya dia lah yang bodoh. Bagi saya apa yang dia katakan itu sudah melampau.

"Sudah tentu saya tahu beruk itu apa dan maksud perkataan itu. Saya rasa dia yang kurang bijak sebab tak faham maksud di sebalik gurauan saya dengan Pian Kpop itu.

"Saya saja buat-buat tak tahu sebab nak kenakan balik Pian yang cuba untuk menipu,"

Ruhainies diminta mengulas apabila dikatakan tidak tahu maksud sebenar 'nate beghuk' menerusi video yang dimuat naik selebriti media sosial, Pian Kpop pada awal tahun lalu.

Bagaimanapun, Video tersebut menjadi viral di laman sosial apabila ada individu yang memuat naik semula di Twitter pada Isnin.

Nate beruk ialah salah satu loghat dalam bahasa Kelantan yang bermakna 'binatang beruk'.

Seorang pengguna laman Twitter telah memuat naik semula video yang dirakam pada awal tahun lalu.

Ini penjelasan dari Ruhainies:

"Sebenarnya video tersebut diambil pada awal tahun lalu ketika saya datang ke Kelantan untuk membuat kemunculan di sebuah spa.

"Lagipun video itu Pian yang memuat naik dalam Facebook dia tapi ada individu yang membuat video tersebut tular di laman sosial,"

Menurut pelakon Menantu Ting Tong ini, individu yang menularkan video tersebut hanya niat untuk menghiburkan pengikutnya dan dia sudah membuat permohonan maaf.

"Lelaki yang memuat naik semula video itu di Twitternya sudah pun minta maaf pada saya. Dia kata tidak ada niat nak mempersendakan saya.

"Hanya sekadar ingin menghiburkan pengikut di laman sosialnya namun tidak sangka ada yang tidak faham maksud disebalik itu," 


Itulah yang membuatkan Ruhainies benar-benar berang. Apapun mungkin itu salah faham sahaja.


Sumber: mStar

"Lelaki Haram Buat Tatu Sementara Walaupun Inai" - Respon Da'i Wan

 
Beberapa hari yang lalu, pelakon Shafie Naswip menjadi tumpuan kerana membuat tatu dari inai yang bersifat sementara sahaja.

Ada yang menegur pelakon ini di laman media sosial, mengatakan tidak baik membuat tatu seperti itu walaupun menggunakan inai.

Shafiw Naswip yang berada di Bali, Indonesia untuk bercuti berkata, dia langsung tidak ambil pusing tentang perkara berkenaan.

Ini komennya:

"Saja suka-suka sebab saya sedang bercuti di Bali, Indonesia. Lagipun itu inai sahaja. Tahan untuk seminggu. Memang tidak ada apa-apa untuk dijelaskan. Bagi saya tidak ada apa pun"

"Tiada isu. Saya tak ada sebarang kenyataan untuk itu"

Hari ini, pendakwah  Da'i Wan berkata tindakan mencacah tatu di mana-mana anggota tubuh badan adalah haram di sisi agama Islam walaupun ia hanyalah tatu sementara dan menggunakan inai.

Wan Dazrin Wan Din menjelaskan perbuatan tersebut adalah dilarang Allah SWT sebagaimana firman baginda Nabi Muhammad SAW.

"Menurut Bukhari dan Muslim, Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu dan meminta untuk ditatu.

"Manakala, Al Imam Ibnu Hajar pula berkata, hal ini sama sahaja lelaki dengan perempuan. Maksudnya, dua-dua tak boleh pakai tatu (tatu kekal) sebab perbuatan tersebut dilaknat Allah SWT.

"Kita dianggap telah mengubah ciptaan Allah kerana tatu yang original ni tak boleh ditanggalkan dan melekat selamanya di badan,"

Da'i Wan ulas mengenai pemakaian tatu bersifat sementara.

Ini penjelasan dari Da'i Wan lagi:

"Perempuan dibenarkan  mengenakan inai dengan corak bunga yang sea-akan bertatu dan hukumnya harus selagi tidak ada gambar binatang dan tanda ke arah kemaksiatan atau lucah.

"Tetapi lelaki pula, ulama terdahulu hingga kini cenderung mengharamkan lelaki untuk mengenakan sebarang corak lukisan pada badan.

"Ada pendapat daripada Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di dalam Bayyan Linnas: Irsyad Fatwa ke 157- ‘Hukum lelaki memakai inai’, beliau berpendapat seperti semua ulama yang terdahulu juga iaitu ia tidak dibenarkan,"

Dalam hal ini, Da'i Wan berkata tiada kesalahan untuk wanita kerana ia dianggap sebagai hiasan, namun menjadi satu kesalahan untuk lelaki.

Sumber: mStar

Rupa-Rupanya Anuar Zain Ada Masalah Sejak Tahun Lalu, Katanya Kini Sudah Pulih

 
Nama penyanyi Anuar Zain memang dikenali dengan kelunakkan suara nya yang mampu membuat bulu roma berdiri.

Rupa-rupanya ramai yang tahu tahu bahawa penyanyi ini mempunyai masalah kehilangan suara yang dihadapi sejak tahun lalu.


Masalah kehilangan vokal ini berlaku ketika Anuar sedang membuat persiapan untuk Konsert Yonder Music Live yang sepatutnya berlangsung pada 21 Januari, tahun lalu.

Situasi itu membuatkan Anuar Zain dikatakan mengalami tekanan teruk.

Bagaimanapun, menerusi satu sidang media, adik kepada Ziana Zain ini telah mampu menarik nafas lega apabila, apabila dika kini telahpun pulih sepenuhnya.


Sehubungan itu, Anuar Zain berharap para peminat nya tidak perlu bimbang dengan keadaan kesihatannya lagi.

Malah, Anuar kini sudah bersedia untuk kembali beraksi dan membawakan lagu bernada tinggi.

Ini komen Anuar Zain:

"Saya mengaku sebelum ini saya trauma untuk menyanyi dalam konsert besar. Ini berpunca masalah kehilangan suara sehingga saya menolak menjayakan tiga acara termasuk di Singapura.

"Selepas mendapatkan rawatan, suara saya sudah pulih sepenuhnya dan mampu membawa lagu mengikut kemampuan sendiri.

"Doktor pun tidak melarang saya menyanyi dengan nada tinggi,"

Anuar Zain menerangkan perkara berkenaan di sidang media Konsert Bunga Citra Lestari, Anuar Zain dan Yuka Kharisma Live In Concert di ibu negara, petang tadi.

Konsert anjuran Kharisma Entertainment itu akan diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 24 April depan.

Ini adalah konsert berskala besar Anuar Zain untuk tahun baru ini dan penyanyi berumur 48 tahun ini menjanjikan beberapa konsert lain bakal menyusul.

Anuar Zain merupakan penyanyi yang hebat di Malaysia dan pernah memenangi anugera AIM dan juga Anugerah Bintang Popular kategori Penyanyi Lelaki Popular pada tahun 2003.

Sumber: Berita Harian

Hairul Azreen Dedah Kisah Sebenar Tentang Aksi Bahaya Atas Eskalator

 
Pelakon popular yang juga bekas juara Fear Factor iaitu Hairul Azreen menjadi viral semalam setelah satu videonya menjadi viral di laman media sosial yang menampilkan dirinya membuat aksi tidak berpatutan di atas eskalator di sebuah kompleks beli belah.


Ramai mengecam tindakan Hairul Azreen itu yang dikatakan amat bahaya dan tidak baik berbuat demikian di khalayak ramai.


Ada juga mengatakan sebagai selebriti, tindakan bahaya Hairul Azreen itu, akan dilihat orang ramai dan seterusnya boleh menjadi ikutan para followernya untuk meniru aksi berkenaan.

HAIRUL AZREEN MOHON MAAF

Hari ini, pelakon yang juga suami kepada Hanis Zalikha ini telah memohon maaf kerana membuat aksi berkenaan. 

Hairul Azreen yang kini berumur 30 tahun, berkata, dia tidak sedar apa yang dilakukan itu merupakan aksi yang tidak bagus.

Kelakuannya itu berlaku secara spontan sahaja dan tidak terfikir boleh melakukan aksi sedemikian.

Ini kenyataan Hairul Azreen:

"Apa saya lakukan adalah secara spontan kerana merasa saya seorang pelakon lagak ngeri, saya terlupa dan galak melakukan aksi seperti itu.

"Apa yang berlaku adalah kesilapan dan mematangkan diri namun tidak sangka ia tular,"

PENDEDAHAN TENTANG VIDEO BERKENAAN

Satu lagi pendedahan dari Hairul Azreen, menurutnya lagi, video itu sudah lama di rakam.

Katanya, dia membuat aksi berkenaan  pada tahun lalu namun tidak faham mengapa baru sekarang video itu disebarkan dan menjadi viral.

Ini komen Hairul Azreen lagi:

"Saya tidak faham kenapa baru sekarang video tular. Mungkin saya sudah dikenali orang mulalah mencari video-video saya dalam keadaan tidak sepatutnya,"

Diimbas kembali, pada 25 Januari lalu, Hairul Azreen dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah untuk memberi keterangan berhubung kes melepaskan tembakan ke udara tanpa memiliki lesen di Kampung Parit Jerman, Sitiawan pada 2016.

Hairul Azreen akui kesilapannya menembak senapang tanpa lesen. -BeritaMemey

Sumber: Harian Metro

Aliff Syukri Meraung Anak Hilang Di Lombok


Ahli perniagaan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, telah menempuh detik yang amat mencemaskan apabila anak bongsunya, Ibraheem Adham, 4 tahun, telah hilang tatkala mereka sekeluarga dan kakitangan D’Herbs sedang seronok bercuti di pusat percutian Gili Terawangan, Lombok, Indonesia.

Melalui laporan portal Utusan Online, Datuk Aliff Syukri terkejut dan risau setelah mendapati Ibraheem yang dipanggil Baim telah hilang dari pandangan sejurus mereka sekeluarga selesai melakukan aktiviti sukaneka di tepi pantai.

Ketika di Lombok, Datuk Aliff Syukri turut ditemani isterinya, Datin Seri Norshahida Mohd. Rashid serta dua lagi anak mereka, Ahmad Rayyan, 11 tahun, dan Qadejah El Zahra, 6 tahun,  dia turut membawa kira-kira 40 kakitangan dan stokis D’Herbs dari seluruh Malaysia bercuti ke pulau itu sebagai tanda penghargaan di samping mengeratkan silaturahim.

Kata Aliff Syukri, ketika kejadian mereka sedang bermain sukaneka dan anak-anak kecil bermain di tepi pantai dengan pengawasan pengasuh.

Namun Baim telah terlepas dari pandangan.

Ini komen Aliff Syukri:

"Alang-alang itu, dianjurkan juga beberapa aktiviti sampingan agar percutian ini tidak membosankan dan lebih bermakna.

"Pun begitu, sukaneka hanya melibatkan orang dewasa sahaja manakala anak-anak dibiarkan bermain di pantai sambil diawasi pengasuh.

"Tak sangka pula, Baim (panggilan bagi Ibraheem) tiba-tiba boleh hilang daripada pandangan pengasuhnya yang leka menyaksikan keriuhan sukaneka tersebut"

Sebaik sedar akan kehilangan anak mereka itu, Aliff Syukri dan Norshahida mula menjerit dan kelam-kabut meminta tolong orang ramai yang berada di pulau itu untuk mencari Ibraheem.

Hampir 10 minit tenaga dikerah menyusur pantai dan mencari di setiap pelosok premis, akhirnya Aliff Syukri menghela nafas lega apabila mendengar tangisan si bongsu sambil kelihatan berpimpinan tangan dengan seorang pekerja resort warga tempatan.

Menyaksikan anaknya itu, Datuk Aliff Syukri terus meluru ke arah Ibraheem lalu memeluk erat kanak-kanak itu tanpa mulutnya tidak henti-henti meminta maaf.

Ujar pekerja tersebut, dia bertemu Ibraheem seorang diri di hadapan sebuah kedai aiskrim, tidak jauh dari kawasan berlangsungnya sukaneka.

Sementara itu, Norshahida yang hamil enam bulan bersyukur kerana tiada sebarang insiden buruk berlaku dan harap akan lebih berwaspada di lain waktu tentang anak-anak mereka.

Syukur semuanya selamat. Tak dapat dibayangkan perasaan Alifff Syukri dan Shahida ketika itu. Ini satu pengajaran buat ibu bapa semua. Sekejap sahaja terleka, anak boleh hilang sekelip mata.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Nama Anak Kembar Zizie Izette Jadi Tumpuan.. Unik Ejaannya


Pelakon popular yang juga kakak kepada pelakon Shaheizy Sam iaitu  Zizie Izette telahpun selamat menimang pasangan kembar bulan lepas.

Selepas sebulan menimang cahaya mata, pelakon Zizie Ezette akhirnya mendedahkan wajah anak kembar lelakinya menerusi laman media sosial Instagram miliknya.

Zizie Izette juga turut berkongsi nama kedua dua anak kembarnya itu yang terus menjadi tumpuan ramai.

Datuk Bung Mukhtar dan Zizie Izette  mendedahkan kepada peminat nama yang dipilih untuk anak kembarnya ialah Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette.

Ini caption Zizie Izette:

"Salam and hello everyone. Meet my two precious heroes, AADAM ZAC IZETTE and his younger brother AALEPH ZEKE IZETTE. (Pronounced Alif not Alip eh) 

"They were only 20 days old when this picture was taken. Alhamdulillah, hari ni dah sebulan 1 hari. Terima kasih diatas doa-doa anda dalam comment sebelum ini. May Allah bless all of you. Amen

Menurut Zizie Izette lagi, gambar berkenaan dirakam sewaktu bayi kembarnya berusia 20 hari.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai dan sehingga kini sudah menerima  lebih 60 ribu tanda suka.

ramai yang memuji kecomelan anak kembar Zizie Izette ini. Ini antara komen para follower:

"MashaAllah comelnya. Semoga membesar dengan sihat dan kuat serta jadi anak yang membanggakan mama, papa dan negara," tulis @zazazaharullai.

"Alhamdulillah. Sihat dan comel. Tahniah Zizie dan keluarga," tulis @juwita72.

"So cuteee..." tulis @farhana_umami

"Comel nya" tulis @suzieannasue

Sementara itu ada juga mengatakan lebih baik mengeja nama anak dengan ejaan arab, namun Zizie mengatakan maksudnya sama sahaja.

"Kalau ejaannya ikut ejaan arab kan ke baguss.. maknapun ikut makna AlQuran... semga anakanda bedua sihat selalu.. amin" tulis @ct_cindrella

Ini respon Zizie Izette:  "Ejaan lain tapi sebutan dan maksudnya tetap sama. Thank you for your doa."

Zizie Izette selamat melahirkan bayi kembar lelaki tersebut pada 29 Disember lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Lebih mengujakan, bayi kembar ini dilahirkan sehari sebelum hari ulang tahun kelahiran pelakon itu.

Zizie berkahwin pada tahun 2009 dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58 tahun.

Pasangan ini mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, 7 bulan.

Sumber: mStar

5 Ciri Lelaki Idaman Nelydia Senrose, Tag Kawan Korang Yang Ada Ciri Ini..

 
Adik beradik Senrose merupakan nama yang amat popular di Malaysia. Untuk pengetahuan, Mereka ini juga merupakan sepupu kepada adik beradik Maembong.

Salah seorang di antara adik beradik Senrose ialah Nelydia Senrose. Nelydia Senrose mula popular menerusi dramanya berjudul Setia Hujung Nyawa sebagai Ersalina.

Namanya terus menjadi sebutan ramai dan kini antara pelakon yang popular di Malaysia.

Nelydia Senrose juga seorang artis yang kurang terpalit dengan kontroversi, tidak seperti kakaknya Uqasha Senrose.

Sebelum ini, Nelydia Senrose hanya mempunyai seorang kekasih yang di ketahui umum iaitu Qi Razali namun hubungan mereka terputus di tengah jalan.

Apabila ditanya tentang jodoh, Nelydia yang baru berumur 23 tahun hanya berserah kepada takdir.

Ini komennya:

"Nely tidak pernah meletakkan sebarang jangkaan umur untuk berkahwin. Ini kerana Nely percaya berkahwin dan jodoh itu adalah rahsia Allah SWT.

"Nely berserah kepada takdir dan dalam masa yang sama Nely tidak pernah sesekali menutup hati untuk mana-mana lelaki yang mengetuk pintu hati Nely. Bila sudah sampai masanya, insya-Allah ia akan berlaku."

"Nely tidak menetapkan untuk bercinta dengan artis atau sesiapa pun. Serik itu tidak tapi Nely lebih berjaga-jaga untuk mempunyai hubungan dengan artis lelaki agar tidak dilukai lagi. Hati saya masih terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja"

Sementara itu, Nelydia Senrose ada berkongsi ciri ciri lelaki idamannya.

Mestri ramai yang nak tahu tentang ciri-ciri atau kriteria lelaki yang menjadi pilihan Nelly.

Ini komen Nelydia Senrose:

"Kriteria lelaki yang menjadi pilihan Nely pula mestilah menghormati keluarga Nely, matang, berjaya dalam hidup agar dia dapat membimbing Nely ke arah kejayaan. Lebih penting dia seorang yang merendah diri dan ada kekuatan agama"

Okey ini ciri lelaki idaman Nelydia Senrose:
1) Hormat keluarga Nelydia
2) Matang
3) Berjaya Dalam Hidup
4) Rendah Diri
5) Ada Kekuatan Agama

Itulah ciri ciri yang Nelydia Senrose cari. Siapalah yang bertuah tu nanti ye.

Sumber: RotiKaya

(FOTO) Farid Kamil Dan Diana Danielle Keluar Makan Bersama-Sama, Buat Ramai Gembira



Pasangan suami isteri Datuk Farid Kamil dan juga Datin Diana Danielle menjadi sebutan ramai ekoran kes yang melanda pelakon ini.

Kes Farid Kamil mengamuk di balai polis dan mengambil bahan terlarang kini sedang disiasat dan bakal dibicarakan tidak lama lagi.

Melalui kenyataan adiknya, Fadzil Zahari, Farid Kamil telah menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya setelah dibebaskan dari tahanan reman.

Fadzil Zahari yang juga suami kepada Yana Samsuddin merupakan individu yang paling sibuk dalam menguruskan kes abangnya itu.

Ramai yang respect dan memuji dengan tindakan Fadzil Zahari yang amat menjaga ahli keluarganya.

Dalam perkembangan terkini, melalui laman media sosial, Fadzil Zahari ada memuatnaik satu foto terbaru tentang Farid Kamil.

Fadzil Zahari memuatnaik foto abangnya itu sedang keluar makan tengah hari bersama isterinya Diana Danielle.

Turut berada di dalam foto itu ialah keluarga Farid Kamil termasuk bapanya Dato Dr Zahari Che Dan, ibu mereka iaitu Datin Sharifah Bardah, isteri Fadzil Zahari iaitu Yana Samsuddin dan anaknya Aisy Mateen.

Ini fotonya:


Di ruang komen, ramai follower gembira dengan perkembangan ini. Ada juga yang sayu melihat foto ini. Nampaknya hubungan Farid Kamil dan Diana Danielle baik baik sahaja.

Farid juga sebelum ini ada mengatakan dia sudahpun berjumpa dengan anak-anaknya. Syukur!

Semoga segala urusan keluarga ini berjalan dengan baik dan lancar.

Terdahulu, Farid Kamil menggemparkan dunia hiburan apabila dia menampar seorang anggota polis di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Selangor pada 11 Januari lalu, selain disahkan positif bahan terlarang.

Farid yang sebelum itu ditahan reman selama lima hari bagaimanapun mengaku tidak bersalah di mahkamah atas empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis dan menendang dua orang awam.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Mac hadapan untuk sebutan semula kes. -Berita Memey

Sumber: IG Fadzil Zahari

"Ketika Kemalangan, Darah Keluar Tak Henti" - Chacha Maembong Kemalangan Jalan Raya


Penyanyi Didi Astillah dan pelakon popular Chacha Maembong terlibat dalam kemalangan kereta semalam.

Kejadian kemalangan ini berlaku kira-kira jam 2 pagi, pada hari Isnin.

Kedua dua selebriti ini masih lagi trauma dengan kejadian yang menimpa mereka berdua awal pagi semalam.

Didi Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah tampil menjelaskan bagaimana kemalangan itu boleh berlaku.

Menerusi kenyataan penyanyi ini, rakannya yang juga pelakon Chacha Maembong memandu kereta Honda miliknya nya dan tiba tiba cuba mengelak kereta Proton Wira yang laju sehingga hilang kawalan sebelum terlanggar pembahagi jalan dalam kejadian di Jalan Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menurutnya lagi, mereka hanya dibantu oleh orang awam yang berada di situ dan kereta Proton Wira yang dipandu seorang lelaki memecut tanpa dapat dikesan.

Ini pendedahan Didi Astillah:

"Sampai sekarang masih lagi trauma. Kejadian itu berlaku ketika kami nak keluar dari simpang Jalan Alor tiba-tiba ada kereta Wira muncul dengan lajunya.

"Chacha nak elak tapi tak dapat nak kawal kereta sebab terlalu panik dan terlanggar pembahagi jalan.

"Lelaki yang pandu kereta tersebut terus pecut kereta dia tanpa bantu kami. Nasib baik ada ramai orang awam yang ada dekat situ tolong,"

Didi Astillah ada kongsi wajahnya yang sedang bengkak selepas kemalangan itu.

Kejadian berlaku ketika mereka berdua dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan malam di Jalan Alor.

Didi memuat naik foto wajahnya selepas mengalami kemalangan di laman Instagram dan ia mendapat perhatian pengikutnya.

Kereta Honda milik Chacha Maembong juga dilihat rosak teruk akibat kemalangan terbabit.

Tambah Didi lagi, dia hanya mengalami bengkak di muka manakala Chacha mengalami kecederaan di bahagian hidung disebabkan tersembam ke hadapan beg udara.

Ini jelas Didi lagi:

"Muka saya saja yang bengkak manakala Chacha cedera di bahagian hidung. Tapi yang teruknya kereta Chacha saja. Nasib baik kami tidak mengalami kecederaan serius,"

Dalam pada itu, Chacha Maembong yang kini tercedera di bahagian hidung, ketika dihubungi memberitahu keadaannya kini semakin pulih dan hanya memerlukan rehat.

Ini komen Chacha Maembong:

"Alhamdulillah, saya okey dan tidak mengalami kecederaan yang teruk. Masa kemalangan itu sahaja darah keluar tidak henti,"


Syukur kedua dua selebriti ini selamat dari kemalangan terbabit. Semoga cepat sembuh ye.


Sumber: mStar

"Kurang Adab! Memalukan!" - Buat Aksi Bahaya Di Escalator, Hairul Azreen Teruk Dikecam

 
Nama pelakon Hairul Azreen boleh dikatakan amat popular di Malaysia ini.

Suami kepada Hanis Zalikha ini telah menjadi tumpuan apabila satu video menembaknya menjadi siasatan pihak Polis.

Hairul Azreen diminta hadir ke balai polis untuk memberi kenyataan berhubung isu videonya menggunakan senapang patah.

Baru sahaja reda isu tersebut, kini telah viral pula satu lagi video baru yang menunjukkan aksi bahaya Hairul Azreen di tempat awam.

kali ini, Hairul buat aksi terbang di eskalator pula.

Ini videonya:


Selain aksi ini, ada juga satu lagi video menunjukkan Hairul Azreen masuk ke dalam troli dan menaiki travelator.

Ternyata, aksi lasak Hairul Azreen itu mengundang rasa kurang senang segelintir pihak serta menganggap tindakannya itu bukan sahaja mengganggu keselamatan orang awam, malah turut membahayakan dirinya sendiri.

Orang ramai juga berpendapat Hairul Azreen sebagai seorang selebriti yang popular tidak patut membuat perkara sedemikian kerana bimbang aksi tersebut akan ditiru mana-mana pihak terutama sekali peminat nya yang amat ramai.

Selain itu, ramai juga yang mempersoalkan kenapa dan apakah motif Hairul Azreen melakukan tindakan seperti itu.

Ternyata video tersebut mengundang kecaman daripada orang ramai kerana rata-rata mereka tidak bersetuju dengan aksi-aksi berani tetapi amat bahaya yang ditunjukkan oleh pelakon Polis Evo 2 ini.

Ini antara komen dari orang ramai:

"Memang pe'el macam rempit, tak ada adab, memalukan!"

"Kalau aku jadi HZ, malu dapat suami macam ni oi!"

"Orang tua masuk troli aku ok lagi, tapi orang tua ni dah vandalisme"

"Bapa orang buatlah cara bapa orang, tak fikir ke, kalau jatuh escalator tu, mati katak kau situ"

Diharap selepas ini Hairul Azreen akan lebih berhati-hati dan lebih peka dengan keadaan sekeliling sekiranya ingin melakukan aksi berani di tempat awam. Lebih eloj tak perlu buat aksi seperti itu.

Orang ramai menegurnya mungkin kerana bimbang akan keselamatan pelakon ini dan tidak mahu aksi bahaya tersebut menjadi ikutan orang lain.

Hairul Azreen merupakan pelakon yang telah memenangi rancangan aksi Fear Factor dan memang amat menyukai aksi lasak.

Sumber: Media Hiburan

Yuna Dedah Sikap Suaminya Yang Ramai Tak Tahu..

 
Penyanyi antarabangsa, Yunalis Zarai buat pendedahan tentang suaminya iaitu Adam Sinclair.

Kata penyanyi ini, dia akui sudah mula menyukai Adam Sinclair ketika kali pertama berjumpa dan bekerjasama dalam sebuah projek iklan televisyen pada tahun 2013.

Malah Yuna mendedahkan bahawa dia telah 'cair' dan jatuh hati denagn adik Ashraf Sinclair itu apabila melihat sikap Adam yang penyayang dan mengambil berat.

Ini komen Yuna:

"Saya dan Adam sebenarnya banyak persamaan dari segi minat dan sebagainya. Dari situ mungkin saya selesa setiap kali bersama.

"Tapi saya ingat lagi, kali pertama kami jumpa masa projek iklan itu dia seorang lelaki yang sangat baik.

"Dia seorang yang mengambil berat dan dia akan pastikan saya 'okay', cukup makan serta selesa ketika penggambaran itu.

"Cara layanannya itu bagi saya dia seorang yang baik, dalam hati saya ada juga lelaki yang baik macam ni,"

Pasangan ini selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Puncak Rimba, Bentong Pahang pada 26 Januari lalu.

Mempelai kemudian diraikan dalam satu majlis resepsi pada hari Ahad (28 Januari) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya PICC.

Sementara itu, Adam pula memberitahu Yuna adalah satu-satunya wanita yang istiemewa baginya.

Ini pula komen dari Adam:

"Bagi saya Yuna wanita yang istimewa kerana saya bagai tak percaya apabila dapat meluangkan masa bersama hampir 12 jam ketika penggambaran tersebut.

"Semasa penggambaran kami duduk bersama dan boleh berbual dengan selesa dan secara 'natural' tanpa rasa bosan.

"Dia juga mempunyai hati yang sangat baik dan itu membuatkan saya menyukai tentangnya walaupun dia adalah selebriti terkenal,"
.
Sejak berkenalan pada tahun 2013, akhirnya pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 5 Ogos tahun lalu. Minggu lalu mereka berdua menamatkan zaman solo.

Tahniah buat Yuna dan juga Adam Sinclair.

Sumber: Astro Gempak

Sikap Sambil Lewa Pelakon Baru Buatkan Penggambaran Lambat - Nabila Huda Bengang


Pelakon popular Nabila Huda sering kali menegur pelakon baru yang dikatakan ada antaranya kurang berkualiti.

Sesetengah pelakon ini dikatakan tidak bersedia menjadi pelakon utama sehingga kadang kala ada yang mengganggu penggambaran.

Namun Nabila Huda nafi selalu menegur dan meluahkan perasaan kerana cemburu dengan pelakon baru ini yang secara tiba-tiba menjadi pelakon utama.

Ketika Nabila Huda baru menceburi bidang lakonan, ketika itu banyak laluan berliku perlu diharungi sebelum penerbit memberi lampu hijau untuk memberi seseorang pelakon sebagai pelakon utama.

Dikatakan ketika ini, situasi berlainan apabila ada pihak penerbit yang hanya menilai pelakon dari rupa paras yang cantik dan ada juga yang memilih pelakon menerusi jumlah follower di media sosial.

Bagi Nabila Huda, sebagai pelakon yang berpengalaman, dia melihay situasi ini amat membimbangkan terutama untuk jangka masa yang panjang.

Ini komen dari Nabila Huda tentang hal ini:

"Apa yang saya luahkan ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman pelakon lain"

"Saya lihat terlalu mudah menjadi pelakon sekarang sehingga kita sanggup membelakangkan kualiti kerja. 

"Saya tidak iri hati atau cemburu, malah tidak kisah. Tetapi, sampai bila industri mahu mempertaruhkan pelakon cantik atau kacak semata-mata. 

"Kita kena didik penonton supaya faham apa itu bakat. Seseorang pelakon perlu ukur keupayaan diri.

"Apa arah pelakon baharu ini dalam industri? Sikap sambil lewa mereka membuatkan penggambaran jadi lambat. 

"Ada pelakon berpengalaman terpaksa mengawal lakonan kerana tidak mahu membayangi pelakon baru. 

"Bagaimana kami ingin membawa sesuatu watak dengan baik jika lawan tidak memberi?


Itulah komen dari Nabila Huda yang diketahui merupakan seorang pelakon yang amat hebat dan sering dapat menghayati watak dengan padu!


Nabil Huda yang merupakan anak perempuan kepada penyanyi bertaraf legenda iaitu Amy Search memang bukan calang-calang orangnya.


Kehebatannya dalam bidang lakonan telahterbukti dengan kejayaannya membawa pulang trofi Pelakon Filem Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-28 menerusi filem Munafik.

Sumber: Berita Harian

"Macamlah Saya Dera Budak" - Nad Zainal Bengang Caranya Jaga Anak Dikecam



Nad Zainal kini telahpun bergelar ibu setelah melahirkan anak pertamanya pada hujung tahun 2016.

Walaupun sudah setahun lebih menjaga anaknya, Nad Zainal tetap dikritik para netizen.

Yang terbaru pelakon cantik ini berang apabila dituduh sengaja mencari jalan tidak mahu menyusukan anaknya Fahad Ibrahim yang kini berusia setahun selepas dia meminta tips tersebut di laman sosial.

Nad Zainal yang kini berumur 28 tahun, berkata, dia berbuat demikian atas sebab tertentu.

Terutamanya, kini Nad Zainal telah kembali aktif berlakon dan kerjaya sebagai pelakon kadang-kala memerlukan dia berjauhan daripada anak sulungnya itu.

Ini penjelasan dari Nad Zainal:

"Terima kasih kepada yang beri cadangan, setiap ibu ada masalah berbeza, Yem (Fahad Ibrahim) ok dengan susu formula, cuma dia masih nak melekat dengan mak dia dan kerja saya kena travel, tak semua tempat ada peti ais (untuk menyimpan susu badan).

"I marah gila bila orang mula marah mak-mak tak mahu breastfeeding. I kalau ada 24 jam I susukan OK? Serius menyampah baca komen. come on la, mana ada mak sanggup buat anak terseksa. Dah tulis pun kapsyen untuk outstation," 

Pelakon itu berkata lagi, tujuan dia mahu memisahkan susu badan adalah bagi memudahkan jika kanak-kanak itu berada bawah jagaan suaminya.

Bagaimanapun, Nad Zainal berkata, tindakan itu dibuat bukanlah secara drastik sebaliknya perlahan-lahan.

Ini jelasnya lagi:

"Saya bagi dia let go (tak menyusu badan) secara perlahan, sebab bila malam dia akan cari mak dia, kesian suami, nenek dan atuk yang menjaganya. Cara korang komen macam I ni pendera budak,"

Untuk pengetahuan, Nad Zainal atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Fahad Ibrahim Muhammad Faliq pada 14 Oktober 2016.


Sumber: mStar

Penerima Datuk Akan Disaring: "Jangan Tunjuk Kuasa" - Titah Tengku Abdullah

 
Pihak Istana Pahang akan menyaring dahulu semua nama yang dicadangkan untuk menerima darjah dan pingat kebesaran Pahang.

Ini untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar ‘bersih’ boleh menerima pengiktirafan berkenaan.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bertitah kesemua nama itu pula perlu menjalani saringan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, itu adaah prosedur operasi standard (SOP) baru penganugerahan yang perlu dipatuhi sebelum baginda berkenan nama individu terbabit selaku penerima.

Menurutnya, baginda juga akan memperkenalkan kod etika yang mana setiap penerima perlu mematuhinya.

Ini titah Tengku Abdullah:

"Saya juga akan membuat kod etika yang perlu dipatuhi oleh mereka (penerima darjah dan pingat) dan tak perlu untuk saya sentiasa mengingatkan penerima supaya menjaga kelakukan mereka.

"Malah, kajian juga akan dilakukan supaya penganugerahan ini akan gugur secara automatik jika mereka didapati bersalah melanggar undang-undang"

Tengku Abdullah bertitah baginda juga berlapang dada jika ada mana-mana penerima berhasrat memulangkan pengiktirafan yang diterima jika merasakan darjah dan pingat itu terlalu berat untuk dijaga.

Namun, titahnya, sehingga ini, tiada seorang pun penerima yang memulangkan pingat dan darjah kebesaran yang dikurniakan.

Ini kenyataan baginda lagi:

"Saya juga tidak suka untuk tarik (pengiktirafan yang diberi) tetapi jika terpaksa, saya akan buat... jangan cuba tunjuk kuasa

Tengku Abdullah bertitah demikian kepada selepas menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Baginda juga mengingatkan semua penerima darjah dan pingat Pahang untuk menjaga kelakuan dan kemuliaan pengiktirafan itu dan tidak mahu berlaku seperti pepatah ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’.

Titahnya, baginda mungkin tidak ada kuasa untuk mencegah penerima daripada melakukan perkara menyalahi undang-undang secara terus, namun penerima perlu menganggap ia sebagai peringatan.

Ini titah Tengku Abdullah:

"Anggap ini (darjah dan pingat) sebagai satu pengiktirafan kepada mereka kerana sudah berjasa dan memberi sokongan di Pahang.

"Institusi Diraja Pahang mahu mendampingi rakyat dan menghargai apa juga sumbangan yang telah diberikan.

"Kita bukan kedekut. Jika kita kedekut, kita tidak beri pengiktirafan, kita simpan saja semua darjah dan pingat kebesaran.


Itulah titah baginda tentang darjah kebesaran dari Istana Pahang.


Sumber: Harian Metro

Jihan Sembunyi Dari Nabil, Ramli MS

 
Nampkanya selebriti serba boleh iaitu  Jihan Muse telah berjaya menceburi satu lagi cabang dunai seni apabila mencuba nasib sebagai penyanyi.

Terjunan Jihan Muse yang merupakan pelawak,pelakon dan pengacara ke dunia nyanyian nampaknya membuahkan hasil positif.

Lagu nyanyiannya berjudul "Adiwarna" yang dilancarkan di YouTube sejak tiga hari lalu mendapat pujian peminat yang tidak menyangka mutu vokalnya amat baik dan sedap didengari.

Rata-rata menyifatkan Jihan mempunyai suara yang merdu selain berpotensi untuk perji jauh dalam bidang nyanyian sekiranya dia benar-benar serius ke arah itu.


Sementara itu lagu ini sememangnya simple, catchy dan sedap di dengar membuatkan ramai yang suka.

Ini antara komen netizen yag memuji lagu ini:

"Jihan sangat berbakat. Mengacara, berlakon, berlawak dan sekarang menyanyi. Dari orang hina dia, sampai sekarang saya masih setia menjadi peminatnya.

"Lagu yang sangat sedap dan suara Jihan pun merdu. Seronok kalau dengar dalam kereta lagu ni.

"Pertama kali dengar sampai sekarang terniang-niang lagu ini dalam kepala,"

Lagu tersebut digubah oleh Aiyad Sakti dan Ijoo Omar dan sudah pun mendapat lebih 150,000 tontonan.

Adiwarna ditujukan khas kepada anak lelakinya yang dilahirkan pada 25 Januari lalu selain digunakan sebagai lagu tema program Hi Mommy Jihan.

Sementara itu, Jihan mendedahkan dia merahsiakan mengenai lagu itu daripada pengetahuan dua sahabat baiknya iaitu Nabil Ahmad dan Datuk Ramli MS kerana bimbang dikecam mereka.

Kata Jihan, projek lagu itu adalah sekadar suka-suka dan berharap peminat tidak mengharapkan dia menyanyi seperti mana versi rakaman.

Ini penjelasan Jihan:

"Janganlah harapkan saya menyanyi macam dalam video itu sebab itu rakaman, sah-sah ada banyak tapisannya.

"Nyanyian 'live' saya masih seperti di Gegar Vaganza. Saya bukan penyanyi dan ini pun projek suka-suka dan hadiah untuk baby,"

Jihan memberitahu dia merakamkan lagu tersebut ketika kandungannya memasuki usia lima bulan.

Kata Jihan, dia mengambil masa selama empat jam di studio untuk menyiapkan lagu tersebut dengan bantuan penyanyi Ronnie Hussein sebagai pelatih vokalnya.

"Dari pukul 10 malam hingga dua pagi di studio. Tukang jaga vokal adalah Ronnie Hussien dan terima kasih kepadanya kerana tidak berputus asa!,"


Untuk pengetahuan, Jihan Muse dan suaminya Ungku Hariz baru sahaja menimang cahaya mata lelaki pada 25 Januari lalu. Berita Memey

Sumber: mStar

"Tak Payah Panggil Datin" - Almy Nadia



Tahniah diucapkan kepada Fizz Fairuz di atas penganugerahan yang diterima dari pihak Istana Pahang yang membawa gelaran Datuk.

Isteri kepada Fizz Fairuz iaitu pelakon Almy Nadia mengakui masih berasa terkejut dengan pengiktirafan diterima suaminya iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Almy Nadia memberitahu, dia dan suami betul betul tidak menyangka perkara berkenaan dan hanya mengetahui perkara tersebut dua hari sebelum majlis istiadat berlangsung.

Ini pendedahan dari Almy Nadia:

"Saya masih terkejut sebenarnya dan seperti tidak percaya kerana perkara ini juga kami baru sahaja dapat tahu pada Rabu lalu.

"Saya sendiri simpan rahsia itu dan kalau boleh tidak mahu kecoh-kecoh, tidak sangka pula ada laporan berita berkenaan pengiktirafan itu,"

Untuk pengetahuan, Fizz Fairuz menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada hari Sabtu yang lalu.

Pelakon yang popular menerusi drama Nur Kasih ini merupakan antara 197 penerima darjah kebesaran dan pingat tersebut.

Sementara itu, Almy Nadia berkata lagi, dia bersyukur penat lelah suaminya selama tiga tahun mempromosikan pelancongan negeri itu akhirnya usaha telah dihargai.

Katanya, dia antara individu paling rapat yang mengetahui susah payang Fizz dalam mengusahakan syarikat mereka Rain Maker Creation Sdn Bhd.

Ini penjelasan Almy Nadia:

"Alhamulillah, ini rezeki Allah yang kita tidak sangka dan sebagai orang kanan dan pembantu dia saya menyaksikan sendiri usaha dan penat lelah dia membahagikan masa.

"Jika dia sibuk dengan lakonan saya dan beberapa pekerja yang akan turun padang menguruskan majlis-majlis yang syarikat kami anjurkan,"

Ditanya tentang gelaran Datin, Almy berkata, dia lebih selesa dipanggil seperti biasa tanpa gelaran tersebut.

Katanya, bukan niat menolak, sebaliknya, memerlukan masa untuk memikul gelaran itu.

"Saya hormati pangkat yang diberi ini tapi buat masa ini panggil saya Almy sahaja, tak perlu panggil Datin,"

Jutaan tahniah kepada pasangan suami isteri ini, Semoga labih sukses dan terus maju lagi selepas ini. -BeritaMemey

Sumber: mStar

"Terpaksa Dedah" - Penjelasan Intan Najuwa, Pelakon ‘Kekasih Paksa Rela’


Pelakon baru Intan Najuwa sedang menempa nama sebagai pelakon yang sedang meningkat naik apabila lakonannya dalam drama "Kekasih Paksa Rela" menjadi hit.

Ramai mula mencari nama dan siapakah gerangan pelakon baru ini dan seterusnya laman media sosialnya mula menjadi tumpuan.

Kini follower pelakon jelita ini telah naik secara mendadak dan mula menerima ramai peminat baru.

Setelah menjadi popular, secara tiba-tiba pelakon ini memuatnaik foto seorang jejaka yang dikatakan kekasih hatinya.

Intan Najuwa menjelaskan tujuan dia memuat naik foto bersama kekasih bernama Anwar Izzuddin di laman Instagram agar dapat meleraikan salah faham antara followernya.

Pelakon ini tidak menyangka foto tersebut menjadi topik utama penulis blog sehingga menjadi viral di laman sosial.

Ini penjelasan Intan yang dikatakan terpaksa mendedahkan kekasihnya supaya tidak timbul salah faham:

"Tujuan saya muat naik gambar dengan kekasih sebab tak nak ada salah faham atau pergaduhan antara pengikut di laman Instagram.

"Tapi tak sangka pula gambar tersebut menjadi tajuk blog yang mengatakan peminat kecewa apabila saya kongsi foto bersama kekasih sehingga tular di laman sosial,"

Intan diminta mengulas artikel di sebuah blog yang mengatakan ramai peminat kecewa selepas mengetahui pelakon drama Kekasih Paksa Rela ini sudah berpunya menjadi tular di laman sosial.

Biarpun Intan tidak suka untuk terlalu kongsi banyak mengenai peribadi namun dia mengakui setiap apa sahaja yang dilakukan kini menjadi perhatian semenjak popular menerusi drama berkenaan bergandingan bersama Remy Ishak di TV3.

"Kalau ikutkan saya memang tak berapa suka kongsi terlalu banyak mengenai kisah peribadi. Tapi bukan bermaksud nak sorok.

"Kalau lihat di Instagram saya pun hanya ada beberapa keping sahaja gambar dengan kekasih.Namun saya faham apabila menjadi artis yang dikenali, memang apa yang kita buat orang akan perhati.

"Bagi saya, kalau perkara itu positif, saya terima sahaja. Yang negatif, kita biarkan sahaja,"


Intan memberitahu kekasihnya sangat memahami dengan kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Berkongsi mengenai pengalaman pertama kali bergandingan dengan Remy, pelakon yang berasal Johor Bahru ini menggigil setiap kali perlu melakonkan babak romantik.

"Saya pertama kali bergandingan dengan Remy dalam drama tersebut. Aura dia membuatkan setiap kali nak berlakon babak romantik mesti saya menggigil.

"Bukan sebab takut tapi jadi panik. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab lakonan dia sangat hebat dan saya pula biasa-biasa sahaja,"

Menerusi drama terbabit, Intan Najuwa memegang watak sebagai Hanan Khaira.


Sumber: mStar

Akhirnya Fizz Fairuz Tampil Jelaskan Kenapa Beliau Layak Dikurniakan Gelaran Datuk

 
Pelakon popular Fizz Fairuz kini telahpun bergelar Datuk selepas dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang hari ini.

Suami kepada pelakon Almy Nadia itu telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Fizz Fairus yang berumur 38 tahun merupakan antara 197 penerima darjah kebesaran dan pingat dari pihak Istana Pahang.

Dalam satu kenyataan, Datuk Fizz Fairuz atau nama penuhnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, berharap orang ramai memahami mengapa beliau dikurniakan penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Fizz menjelaskan, penghargaan itu diterimanya kerana beliau banyak terlibat dalam pelbagai aktiviti pelancongan di negeri kelahirannya itu menerusi syarikatnya Rain Maker Creation Sdn Bhd.

Ini penjelasan dari pelakon ini:

"Saya anak jati Raub. Mungkin orang tidak tahu tetapi saya banyak buat kerja untuk promosi pelancongan dan budaya Pahang selain menjadi ikon JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Pahang.

"Saya harap mereka faham mengapa saya diberikan pengiktirafan ini,"

Datuk Fizz Fairuz menyedari kini beliau akan memikul tanggungjawab yang berat selepas membawa gelaran tersebut.

Isterinya Almy Nadia telah mengucapkan tahniah kepada suaminya menerusi laman media sosial pada hari Jumaat.

Ini tulis Almy Nadia semalam:

"Syukur Alhamdulillah penghulu segala hari. Amin. Proud of you Fizz Fairuz,"  

Rata-rata pengikut laman sosial selebriti itu mengucapkan tahniah kepada Datuk Fizz Fairuz dan juga Datin Almy Nadia.

Almy Nadia dan juga Fizz Fairuz telah berkahwin pada April 2014. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Nur Afrina Arianna, 3 tahun  Aurora, 1 tahun lebih dan seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya, 8 tahun.

Tahniah diucapkan kepada Datuk Fizz Fairuz. - BeritaMemey

Sumber: mStar

Yuna Sah Bergelar Isteri Kepada Adam Sinclair.. TAHNIAH !!


Penyanyi bertaraf antarabangsa Yuna akhirnya kini telah pun menamatkan zaman solonya sebentar tadi.

Yunalis Mat Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna yang kini berumur 32 tahun telah selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, Adam Yuosof Mohamed Sinclair yang berumur 34 tahun.

Pernikahan berlangsung tepat 7 petang tadi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Pasangan sama cantik sama padan ini dinikahkan oleh Jurunikah Majlis Agama Bentong, Ustaz Azmi.

Adam Sinclair amat dilihat amat tenang dan hanya memerlukan  sekali lafaz ketika upacara akad nikah.

Yuna yang manis dalam persalinan rekaan Hatta Dolmat menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 11 dulang.

Sementara itu, jumlah mas kahwin dan wang hantaran telah dirahsiakan.

Majlis pernikahan ini diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri kira-kira  300 tetamu terdiri dari ahli keluarga dan rakan terdekat dari Malaysia serta Amerika Syarikat.

Ini sedikit komen dari Yuna apabila sah bergelar isteri:

"Terima kasih atas doa dan sokongan daripada semua pihak,"

Yuna dan Adam Sinclair akan mengadakan sidang media khas esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bagi berkongsi lanjut tentang pernikahan mereka.

Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi pada Ahad ini di hotel ternama di kota raya, Kuala Lumpur.

Diimbas kembali, Yuna dan Adam bertunang pada 5 Ogos lalu di kediaman ibu bapa Yuna yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Untuk yang tidak mengenali Adam, jejaka ini merupakan adik kepada pelakon popular Ashraf Sinclair.

Adam yang berumur 33 tahun merupakan seorang pengarah dan pernah memenangi trofi Festival Filem Malaysia menerusi kategori Filem Pendek Terbaik iaitu Sanzaru pada 2012.

Dia juga bertindak sebagai pengarah muzik video Wanita Terbahagia nyanyian kakak iparnya iaitu Bunga Citra Lestari selain muzik video Pulang yang dinyanyikan oleh Yuna dan Sonaone.

Sumber: Harian Metro

"Ini Pengajaran, Jangan Buat Kesalahan Macam Saya" - Hairul Azreen


Hari ini pelakon yang juga bekas juara Fear Factor iaitu Hairul Azreen telah dipanggil pihak polis kerana terlibat dalam satu kes tembakan tanpa lesen.

Suami kepada Hanis Zalikha ini telah hadir ke pejabat polis untuk memberi keterangan tentang kes ini setelah dipanggil pihak polis.

Hairul Azreen berada selama lebih dua jam memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di Seri Iskandar.

Kata pelakon ini, dia tidak menyangka video yang dirakam dua tahun lalu itu kembali menjadi viral pada tahun ini.

Pelakon berumur 30 tahun ini telah memohon maaf kepada semua pihak dengan tindakannya itu dan akan menjadikan apa yang dilaluinya itu sebagai pengajaran serta tidak akan mengulangi kesalahan seperti itu.

Ini komen Hairul Azreen:

"Ini pengajaran untuk saya kerana saya memang tidak tahu ia menjadi kesalahan.

"Sebelum ini saya banyak berlakon filem action (aksi), jadi saya ingin rasa sendiri bagaimana menembak menggunakan senapang sebenar"

Katanya, dia kini dibebaskan dengan jaminan polis selepas lebih dua jam memberikan keterangan kepada pegawai penyiasat.

Ini keterangannya lagi:

"Alhamdulillah, saya sudah berikan kerjasama dengan polis dan biarlah polis menyiasat kes ini.

"Cuma bagi saya, ini adalah pengajaran paling berguna serta tidak akan mengulanginya lagi dan berharap semua pihak tidak akan melakukan kesalahan seperti dilakukan saya,"

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah dalam sidang medianya pagi tadi memaklumkan siasatan polis dilakukan terhadap Hairul Azreen dan bapa saudaranya berusia 70 tahun membabitkan kes melepaskan tembakan tanpa lesen.

Katanya, ia selepas video berdurasi 49 saat menunjukkan aksi juara Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama itu melepaskan dua das tembakan ke udara tular di Youtube sejak beberapa hari lalu.

Ini kenyataan polis:

"Hasil siasatan awal berdasarkan keterangan diberikan bapa saudaranya mendapati bapa saudaranya itu ingin menembak kera di ladang sawit di belakang rumahnya.

"Hairul yang ketika itu pulang ke kampungnya ingin mencuba senapang itu dengan melepaskan dua das tembakan ke udara dan aksi itu disaksikan beberapa ahli keluarga dan rakannya"

Semoga isu ini menajdi pengajaran buat semua.

Sumber: Harian Metro

Kes Tembakan, Pelakon Hairul Azreen Dipanggil Pihak Polis

 
Pelakon popular Hairul Azreen telah dipanggil pihak polis untuk memberikan keterangan membabitkan kes melepaskan tembakan.

Kes ini berkaitan video menunjukkan Hairul Azreen melepaskan menggunakan senapang patah tanpa mempunyai lesen di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Parit Jerman, Sitiawan pada Julai 2016.

Siasatan polis dilakukan terhadap Hairul Azreen dan bapa saudaranya berusia 70 tahun.

Sebelum ini telah tersebar satu video berdurasi 49 saat menunjukkan aksi pelakon itu melepaskan dua das tembakan ke udara lantas menjadi viral sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, Hairul Azreen sudah mengesahkan untuk hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah selepas solat Jumaat hari ini.

Katanya, polis akan meneliti keterangan diberikan oleh juara Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama itu sebelum memutuskan untuk menahan remannya bagi membantu siasatan kes berkenaan atau dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurutnya, bapa saudaranya yang juga pemegang lesen senjata berkenaan sudah hadir ke IPD Perak Tengah semalam dan memberikan keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Ini kenyataan Polis:

"Hasil siasatan awal berdasarkan keterangan diberikan bapa saudaranya mendapati bapa saudaranya itu ingin menembak kera di ladang sawit di belakang rumahnya.

"Hairul yang ketika itu pulang ke kampungnya ingin mencuba senapang itu dengan melepaskan dua das tembakan ke udara dan aksi itu disaksikan beberapa ahli keluarga dan rakannya,"

Mohamad Zainal berkata, bapa saudara Hairul yang juga berkerja sendiri di kampung sudah menjadi pemegang lesen senapang berkenaan sejak 40 tahun lalu.

Katanya, polis merampas senapang patah berkenaan dan 29 butir peluru dimiliki bapa saudara Hairul sehingga siasatan selesai.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41, Seksyen 8 dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

Semoga kes ini menjadi pengajaran buat semua.

Sumber: Harian Metro

"Jangan Ragu-Ragu Dengan Cinta Ini" - Luahan Diana Danielle



Keluarga pelakon jelita Datin Diana Danielle menjadi tumpuan ramai ekoran kes yang melanda suaminya Datuk Farid Kamil.

Pelbagai spekulasi timbul ekoran kes yang melanda Farid Kamil bermula dari kes pelakon ini mengamuk di balai polis yang mengejutkan ramai pihak. 

Hari ini, pelakon berumur 26 tahun ini telah memuatnaik foto anak perempuannya iaitu Aurora dengan caption yang menyentuh hati.

Ini tulis Diana Danielle di laman Instagram miliknya:

"Aurora.. jangan ragu ragu dengan cinta ini.. jangan kau ragu ragu ku jadi pelindungmu.."

Di ruangan komen, ramai yang memberi kata-kata semangat kepada Diana Danielle dengan segala cabaran yang datang.

Selain itu, ada para follower yang memuji kecomelan Aurora yang kini sudah masuk 2 tahun lebih.

Semalam, Diana Danielle telah memuatnaik foto surah Kahfi dengan maknanya.

Ini perkongsian Diana Danielle:

Surah 18 Al-Kahf (Cave)

[1] Segala puji bagi Allah yg telah menurunkan kpd hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tdk menjadikan pdnya sesuatu yg bengkok (terpesong)

[2] (Bahkan keadaannya) tetap bnr lg menjadi pengawas turunnya Al-Quran utk memberi amaran (kpd org2 yg ingkar) dgn azab yg seberat2nya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kpd org2 yg beriman yg mengerjakan amal2 soleh, bhw mrk akn beroleh balasan yg baik. 

[3] Mrk tinggal tetap dlm (balasan yg baik) itu selama-lamanya. 

[4] Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kpd org2 yg berkata:" Allah mempunyai anak". 

[5] (Sebenarnya) mrk tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenai nya, dan tiada juga bagi datuk nenek mrk; besar sungguh perkataan syirik yg keluar dari mulut mrk; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. 

[6] Maka jgn2 pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan2 perbuatan buruk mrk, jika mrk enggan beriman kpd keterangan Al-Quran ini. 

[7] Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yg ada di muka bumi sbg perhiasan baginya, krn kami hendak menguji mrk, siapakah di antaranya yg lebih baik amalnya. 

[8] Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yg ada di bumi itu (punah-ranah) sbg tanah yg tandus. 

[9] Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bhw kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu shj yg menakjubkan di antara tanda2 yg membuktikan kekuasaan Kami? 

[10] (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan org2 muda pergi ke gua, lalu mrk berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dr sisiMu, dan berilah kemudahan2 serta pimpinan kpd kami untuk keselamatan ugama kami". 

[11] Lalu Kami tidurkan mrk dgn nyenyaknya dlm gua itu, bertahun-tahun, yg banyak bilangannya. 

[12] Kemudian Kami bangkitkan mrk (dr tidur nya), utk Kami menguji siapakah dr dua golongan di antara mrk yg lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mrk hidup (dlm gua itu).

Perkongsian Diana itu mendapat perhatian dari para followernya. Namun Diaan dilihat menutup ruang komen di gambar tersebut.

Apapun semoga Diana Danielle sekeluarga baik-baik sahaja.

Sumber: Instagram Diana Danielle.

Komen Ashraf Sinclair Tentang Sikap Yuna Yang Bakal jadi Adik Iparnya


Pelakon Ashraf Sinclair merupakan abang kepada bakal suami penyanyi popular Yuna.

Yuna dan Adam dijangka melangsungkan perkahwinan pada 28 Januari ini. Sebagai abang, Ashraf ada memberi pendapat peribadi tentang Yuna yang bakal menjadi adik iparnya.

Ashraf Sinclair melihat adiknya iaitu Adam Sinclair telah membuat keputusan yang tepat dengan memilih penyanyi Yuna sebagai isteri.

Pelakon yang juga suami kepada penyanyi Indonesia, Bunga Cintra Lestari ini menyifatkan Yuna seorang wanita yang sempurna dan mampu membahagiakan Adam serta keluarga.

Ini komen Ashraf Sinclair:

"Yuna seorang gadis yang penyayang dan mampu memberi kebahagiaan kepada Adam dan anak-anak mereka kelak.

"Saya bahagia melihat perhubungan ini dan mengalu-alukan kedatangan Yuna menjadi keluarga kami. Saya sebagai abang mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini.

"Soal persiapan perkahwinan, semuanya diuruskan oleh keluarga dan kami tak sabar menanti hari bahagia Adam,"

Ashraf berkata demikian ditemui ketika sidang media drama Do(s)a di Hotel Nouvella, Seri Kembangan, Selangor.

Sementara itu, Ashraf Sinclair turut menjelaskan kepulangannya ke Malaysia bukan sekadar meraikan perkahwinan Adam.

Malah, dia dan isteri turut dipenuhi dengan aktiviti seni sepanjang berada di Malaysia.

Ini perkongsian dari Ashraf Sinclair:

"Kepulangan saya bukan sahaja untuk meraikan hari bahagia Adam. Saya juga sedang menjalani penggambaran sebuah filem dan kini sibuk mempromosikan drama Dosa.

"Bunga pula ada sidang media konsert bersama dua penyanyi lain di sini nanti, kiranya kami bercuti sambil bekerjalah,"

Bercakap mengenai drama Do(s)a arahan Ifa Isfansyah, ia merupakan karya kolaborasi mega di antara produksi Malaysia dan Indonesia.

Drama lapan episod ini bakal disiarkan di Astro First saluran 480 bermula 14 Februari ini.

Selain Ashraf Sinclair, ia turut dibintangi oleh Datuk M.Nasir, Remy Ishak, Hisham Hamid dan Shenty Feliziana.

Kepada peminat Ashraf Sinclair yang merindui lakonannya, boleh lah menonton drama ini, confirm best! - BeritaMemey


Sumber: mStar

Kenyataan Media: Jihan Muse Selamat Lahirkan Anak Lelaki.. TAHNIAH!

 
Ini satu gembira yang baru sahaja diterima sebentar tadi.

Pasangan selebriti Jihan Muse dan Ungku Hariz telahpun selamat menimang cahaya mata pertama semalam.

Jihan Muse telah melahirkan anak lelaki dengan menjalani pembedahan Caesarean Sections di DEMC Specialist Hospital Shah Alam.

Anaknya dilahirkandengan berat 3.85kg pada pukul 10 suku malam semalam (25 Januari 2018).

Pengumuman ini dibuat oleh pihak pengurusan Jihan Muse iaitu Laugh Out Loud Entertainment.

Ini kenyataannya:

'BREAKING NEWS!

'#HiMommyJihan #MeleTOP #BabyKuJi

'KENYATAAN MEDIA

'Bismillahirahmannirahim

'25 Januari - Dengan izin yang maha Esa, kami dari Laugh Out Loud Entertainment mewakili Jihan Muse dan Ungku Hariz, ingin memaklumkan bahawa Jihan telah selamat melahirkan seorang putera sulung mereka seberat 3.85kg pada jam 10.15pm sebentar tadi secara pembedahan oleh Dr. Norleen di DEMC Specialist Hospital Shah Alam.

'Jihan Muse dan bayi kini dalam keadaan baik dan sedang berehat. Memandangkan ini adalah kelahiran sulung mereka, Jihan Muse bakal berehat dari apa-apa aktiviti hiburan selama 2 bulan untuk memberi tumpuan dan meluangkan masa bersama keluarga.

'Kami dari pihak pengurusan ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan sokongan dari ahli keluarga, rakan terdekat, rakan media dan para peminat. Terima kasih.

Itulah kenyataan media dari pihak pengurusan Jihan Muse tentang kelahiran anak sulung pasangan ini. Syukur kerana semuanya sudah selamat.

Jutaan tahniah diucapkan kepada Jihan Muse dan suaminya Ungku Hariz di atas kurniaan Tuhan ini. Selamat menjalani kehidupan penuh warna warni bersama anak tersayang.

Ramai para peminat yang tak sabar nak tatap wajah anak Jihan Muse dan juga Ungku Hariz ini nanti. Selamat bergelar ibu bapa! -BeritaMemey

Sumber: IG MeleTop

"Selagi Belum Kahwin Abang Boleh Try" - Respon Caprice Kepada Zizan

 
Penyanyi rap, Caprice merupakan antara artis yang lantang menyuarakan pendapatnya mengenai hal ehwal semasa di laman media sosial Instagram.

Caprice sering memuatnaik video yang menunjukkan pendapatnya apabila ada sesuatu isu viral yang berlaku di Malaysia.

Antara isu yang pernah disuarakan oleh Caprice ialah is K-Pop, isu Jurusalem, isu Aliff Syukri, isu Fathia Latiff, isu Kamal Adli dan Zahirah MacWilson, isu Farid Kamil dan banyak lagi.

Video-video ini dimuatnaik di Instgram dan Caprice popular menerusi trademark nya dengan slogan "Bang Bang".

Akibat kelantangannya itu, dia dilihat telah bergaduh besar dengan artis kontoversi, Fathia Latiff ekoran teguranya mengenai isu Sajat beberapa hari lepas.

Baru-baru ini, pelawak terkenal, Zizan Razak telah membuat satu video parodi meniru gaya serta loghat Bahasa Melayu Caprice ketika membuat live di Instagram.

Para netizen berpendapat Zizan Razak sengaja membuat video berkenaan untuk mengusik Caprice yang dilihat sering mengajukan ‘pick up line’ kepada Mira Filzah sejak kebelakangan ini.

Seperti yang diketahui ramai, Mira Filzah ketika ini sedang hangat digosipkan dengan Zizan Razak.

Namun, menerusi satu video, Caprice telah memberi respon dengan memberi pantun kepada Zizan Razak.

Ini videonya:



Ini pantunnya:

"Pergi ke pasar membeli serai, selagi belum kahwin abang boleh try"

Itulah respon Caprice kepada Zizan Razak. namun Caprice memberitahu dia hanya bergurau sahaja.

Selepas menonton video Caprice itu, Zizan Razak telah menulis komen kepada Caprice.

Ini tulis Zizan Razak:

"Hahahaha. My girlfriend setia"

Gurauan mesra antara Caprice dan Zizan Razak ini telah menjadi tumpuan para follower mereka berdua.

Rata-rata suka dengan gurauan kedua-dua selebriti ini dan masing-masing steady dengan gurauan tersebut.

Nama Caprice agak popular di kalangan para remaja setelah lagunya berjudul "Tak De Hal Bro" menjadi hit satu ketika dulu.

Caprice juga aktif membuat apps seperti Jihad In Education, SmartSurau, RAJIN app, Mengaji.com, Classruum.com. ~BeritaMemey

Sumber: Instagram Caprice

Anzalna Cantik Tapi Kedekut, Apa Kes? Jom Baca

 
Secara umum, orang ramai selalu beranggapan selebriti dan para artis popular akan berbelanja mahal untuk penjagaan wajah dan penampilan.

Namun berbeza dengan pelakon cantik Anzalna Nasir. Ini kerana isteri kepada Hanif Zaki ini langsung tidak gemar berbelanja mahal untuk produk kecantikan.

Anzalna juga mengakui, dia seorang yang tidak terlalu menitikberatkan penjagaan wajah.

Lebih mengejutkan Anzalna hanya menggunakan produk wajah berharga kurang daripada RM50. Anzalna hanya mengamalkan diet pemakanan semata-mata.

Kerana itu juga, baru-baru ini dia mengalami masalah kulit muka yang kelihatan jerawat teruk.

Ini pendedahan Anzalna:

"Selepas pulang daripada bercuti di London pada bulan April lalu, kulit muka saya dipenuhi jerawat dan masalah semakin teruk ketika pengambaran drama bersiri Dendam Aurora.

"Saya terpaksa mendapatkan rawatan spa wajah dan berjumpah doktor pakar kulit untuk penyelesaian kerana masalah kulit muka saya ketara kalau dilihat dalam rakaman kamera"

Lebih mengejutkan Anzalna mengakui dia seorang yang kedekut dan hanya menggunakan produk wajah berharga kurang daripada RM50.


Ini komen Anzalna lagi:

"Saya akui memang saya seorang yang kedekut dan kurang mengambil berat soal penjagaan kulit wajah. Produk yang saya beli pun kurang RM50 dan biasanya sekadar pencuci muka sahaja.

Pelakon berusia 29 tahun juga mengakui, dia sering tidur tanpa mencuci wajah terlebih dahulu dan punca kulit wajahnya rosak.

"Kadang-kadang saya tidur pun tanpa cuci muka dan solekan sampailah pori-pori kulit saya tersumbat"

Itulah sedikit sebanyak tentang pelakon Anzalna. Apapun lain orang lain caranya.

Anzalna yang kini berumur 30 tahun sememangnya dikenali sebgai seorang wanita yang mempunyai kecantikkan semula jadi.

Anzalna berkahwin dengan jejaka pilihannya, Hanif zaki pada tahun 2016.

Sumber: Hanasuva

"Saya Ada Bukti" - Penerbit Drama Tuntut Kerugian Masalah Ditimbulkan Farid Kamil



Ini satu lagi isu yang melibatkan pelakon Farid Kamil.

Kali ini ianya melibatkan kes yang mana Farid Kamil dikatakan akan mengambil tindakan terhadap pihak produksi drama Lafazkan Kalimah Cintamu yang sedang ditayangkan di Astro ketika ini.

Penerbit dan novelis popular tanah air, Siti Rosmizah Semail tidak teragak-agak untuk menyaman aktor, Datuk Farid Kamil yang didakwa melanggar beberapa syarat ketika penggambaran drama rantaian, Lafazkan Kalimah Cintamu.

Siti Rosmizah mendakwa, sikap tidak berdisiplin aktor terbabit menyebabkan beliau mengalami kerugian ketika menghasilkan drama arahan Jalena Rejab dan Along Kamaluddin itu.

Ini pendedahan penerbit ini:

"Saya mengalu-alukan sekiranya Farid ingin menyaman produksi, yang kononnya menyebabkan beliau tercedera ketika penggambaran. Saya mempunyai segala bukti dan gambar serta bersedia untuk menegakkan kebenaran di mahkamah.

"Farid mengadu kaki kanannya bernanah kerana air kotor yang digunakan untuk babak dalam drama pada 26 November lalu. Sebenarnya, saya guna khidmat bomba Wangsa Maju dan air diambil adalah air terjun, bukan air kotor seperti didakwa.

"Kenapa hanya kaki kanannya bernanah, sedangkan satu badan terkena hujan palsu yang dibuat itu? Saya dimaklumkan, kaki kanan Farid sudah mengalami gatal-gatal sebelum itu lagi.

"Jika benar dia ingin saman saya, saya pun ingin menuntut kerugian kerana masalah yang ditimbulkan olehnya,"

Siti Rosmizah menyatakan aktor berkenaan sudah menghantar beberapa tuntutan kepada pihak peguamnya.

Ini jelasnya lagi:

"Selain isu air kotor yang dibangkitkan, saya juga menerima tuntutan daripada peguam Farid yang mendakwa anak guamnya diminta membuat aksi lasak membahayakan nyawa ketika penggambaran drama Lafazkan Kalimah Cintamu.

"Sebenarnya tilam disediakan untuk adegan yang memerlukan Farid jatuh, jadi bagaimana pula boleh membahayakan nyawa? Mungkin saya baru lagi sebagai penerbit, namun saya guna dua pengarah yang sudah lama berkecimpung dalam bidang pengarahan.

"Saya tidak mahu memanjangkan isu ini dengan terus membuat kenyataan balas. Jika benar Farid ingin saman, saya sudah bersedia. Saya mempunyai latar belakang sebagai peguam, jadi saya sudah mengumpul segala bukti yang ada,"

Drama Lafazkan Kalimah Cintamu sedang hangat ditayangkan di Astro yang menampilkan Farid Kamil dan Nelydia Senrose sebagai teraju utama.

Farid Kamil kini mengundang tumpuan dari pihak media dan para peminatnya setelah terlibat dengan insiden mengamuk di balas polis dan mengambil bahan terlarang.

Kemudian semalam, Farid Kamil menjadi tumpuan kerana memuatnaik foto membuat laporan polis.

Sumber: Berita Harian

Akhirnya Buka Mulut! Ini Kenyataan Farid Kamil Tentang Hubungan Dengan Diana Danielle



Semalam, sekali lagi pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil menjadi tumpuan orang ramai.

Ini kerana gambar yang dimuatnaik oleh Farid menunjukkan dia telah membuat lporan polis.

Kemudian, pihak Polis mengatakan, farid Kamil hanya membuat laporan polis selepas dibebaskan dari tahanan reman kerana hal berkaitan dengan rumah tangga.

Kemudian ada yang mula membuat spekulasi dan ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yangberlaku kepada Farid Kamil dan juga isterinya Diana Danielle.

Hari ini, Farid Kamil memberitahu hubungannya dengan isteri iaitu Datin Diana Danielle tidak mempunyai sebarang masalah.

Farid  berkata dia bersyukur mempunyai isteri dan anak-anak, Muhammad, 5, dan Aurora, 3, disampingnya.

Ini kenyataan dari Farid Kamil:

"Hubungan saya dan isteri baik-baik sahaja dan tiada sebarang masalah antara kami.

"Saya bersyukur ada isteri dan dua orang anak yang sentiasa ada bersama saya,"

Farid Kamil ditemui sejurus selesai ikat jamin atas pertuduhan penyalahgunaan barang terlarang jenis THC di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini.

Pelakon ini ditemani adiknya iaitu Fadzil Zahari dan juga peguamnya.

Menurut Farid Kamil, dia juga sudah bertemu dua orang anaknya dan mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang memberi sokongan kepadanya.

Ini komen Farid Kamil:

"Saya sudah bertemu dengan anak-anak dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tidak henti menyokong saya,"

Dalam pada itu, Farid Kamil tidak dapat memberi penjelasan lebih lanjut mengenai laporan polis yang dimuat naik di laman Instagramnya pada Rabu.

Ini keterangan Farid:

"Maaf, buat masa ini saya tidak boleh memberi sebarang penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut kerana masih dalam siasatan,"

Menerusi laporan mStar Online pada Khamis, Farid mengaku tidak bersalah atas pertuduhan iaitu memasukkan THC ke dalam badan, pada 11 Januari lalu dan dibebaskan dengan jaminan RM3,000.

Mahkamah menetapkan tarikh yang sama dengan sebutan empat tuduhan jenayah yang dihadapinya iaitu 5 Mac depan sebagai sebutan semula kes ini.

Terdahulu, Farid juga didakwa dengan empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin pada 16 Januari lalu.

Sumber: mStar

Ini Respon Ibu Diana Danielle Setelah Mengetahui Punca Sebenar Farid Kamil Buat Laporan Polis



Semalam telah menajdi kecoh apabila ada mengatakan Farid Kamil telah membuat laporan polis.

Pihak polis mengesahkan bahawa pelakon ini ada membuat laporan polis setelah keluar dari tahanan reman dan ianya berkaitan hal keluarga dan rumah tangga.

Ibu mertua Datuk Farid Kamil iaitu Norsiah Ramli berkata dia tidak mengetahui punca sebenar menantunya membuat laporan polis pada petang Rabu.

Norsiah berkata, dia juga terkejut apabila membaca laporan portal berita dalam talian Kosmo! yang mengatakan Farid membuat laporan polis berhubung hal rumah tangga bersama isteri yang juga anaknya, Datin Diana Danielle.

Ini respon ibu Diana Danielle tentang hal ini:

"Saya baru tahu dan terkejut. Sumpah saya tak tahu apa-apa,"

Laporan polis tersebut dibuat berhubung hal rumah tangga dengan isterinya, Diana Dianelle.

Menurut sumber tersebut, pelakon dan pengarah, Farid Kamil memohon untuk membenarkan adiknya, Anis Anwar Zahari untuk masuk ke kediaman di Casa Tropicana, Damansara untuk mengambil barang peribadinya di sana.

Pelakon berkenaan turut memaklumkan di dalam laporan itu bahawa kedua-dua anaknya iaitu Muhammad dan Aurora berada dalam jagaannya pada malam laporan dilakukan.

"Tujuan Farid membuat laporan polis ini sebagai langkah berjaga-jaga supaya sebarang tindakannya termasuk membenarkan adiknya memasuki rumah tidak dianggap menceroboh.

"Mengenai anak-anaknya pula, laporan tersebut membuktikan dia tidak melarikan mereka daripada jagaan Diana,"

Laporan tersebut juga bukan dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara, sebaliknya di Balai Polis Pantai, Lembah Pantai pada 18 Januari lalu.

"Farid telah membuat laporan awal di Balai Polis pada 18 Januari lalu, namun kes itu dirujuk ke Balai Polis Damansara kerana berdekatan dengan kediamannya"

Itulah kisah sebenar yang berlaku. Apapun semoga semuanya baik-baik sahaja. -BeritaMemey

Sumber: mStar / Kosmo

"Apapun Terjadi, Abah Sayang Anak-anak Sampai Nafas Terakhir" - Luahan Zul 2By2

 
Sebelum ini, ada laporan mengatakan perkahwinan selebriti antara penyanyi dan komposer Zul 2By2 dan juga penyanyi, Isma AF sedang dilanda badai.

Perkara ini disahkan oleh Isma yang ada membuat kenyataan mengatakan sememangnya rumah tangga mereka berdua retak dan sedang bermasalah.

Pasangan ini sudahpun berkahwin selama hampir 20 tahun namun kini segalanya seperti berada di hujung tanduk.

Ini komen Isma tentang rumah tangga mereka:

"Saya sudah lama memendam rasa dan bersedih, jadi cukuplah sampai di sini. Selepas ini, saya ingin fokus pada diri sendiri dan anak-anak.

"Buat apa mengenangkan perkara yang menyakitkan hati sedangkan hanya saya seorang yang cuba menyelamatkan keadaan.

Sementara itu, menerusi laman media sosial Instagram,  Zul 2By2 tampil meluahkan apa yang terbuku dihatinya dan meluahkan rasa sayangnya terhadap lima orang anaknya di media sosial.

Menerusi entri di Instagram (IG), Zul telah berkongsi gambar bersama anak-anaknya dengan caption yang menyentuh hati.

Ini tulis Zul 2By2:

"Kau mawarku, juwita kalbu. Inilah rangkai nyawa ku. Lampu hati Beta. Mereka adalah segalanya dan apapun terjadi Abah sayang anak-anak Abah sampai nafas terakhir. Sayang mereka semua"

"Harta Ku Dunia & Akhirat. Tiada yang lebih berharga selain mereka.."

Rata-rata peminat mendoakan agar Zul 2By2 tabah menempuhi dugaan ini dan berharap supaya dia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan segera.

Ini antara komen yang ditulis oleh para followernya:

"@are_inn: Moga segalanya baik-baik saje. Moga kekal hubungan kasih sayang smpai bila-bila. Amin.

"@kamacaliff: Alhamdulillah Zul. Keep steady ya. Kita doa yang baik-baik.

"@haaaii02_: Semoga keluarga ini bersatu lagi seperti biasa. Amin.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 16 April 1998 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 20 tahun, Muhammad Haiqal Aydiel, 19 tahun, Seri Aida Merlissa, 17 tahun, Seri Ayreen Merlynda, 15 tahun, dan Seri Adryana Mercella, 11 tahun.

Sumber: Gempak.Com

Kenyataan Polis Tentang Gambar Datuk Farid Kamil Buat Laporan Polis

 
Petang tadi, di laman Instagram, Datuk Farid Kamil telah memuatnaik satu foto di depan balai polis dengan memegang report polis.

Farid Kamil menulis caption bahawa dia akan terus mebantu golongan yang teraniaya.

Ini caption dari Datuk Farid Kamil:

"Assalamualaikum... Terima Kasih atas iringan Doa-doa dari Kalian, semoga Allah swt akan terus Merahmati kita Semua.

"Insya Allah dengan kudrat yang masih tinggal ini saya akan terus memperjuangkan nasib orang-orang Teraniaya.

"Pinta saya supaya Kalian semua dapat mendoakan supaya perjalanan yang berliku ini dapat di tempuhi. Amin.

Setelah foto itu mendapat perhatian netizen, ramai yang tahu mengapakah Datuk Farid Kamil memuatnaik foto berkenaan. Adakah pelakon berkenaan ada membuat laporan polis petang tadi.

Menjawab persoalan itu, melalui laporan Harian Metro, Polis Selangor menafikan menerima laporan dari pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari pada hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan yang dibuat sendiri oleh pelakon berkenaan.

Ini kenyataan pihak polis:

"Tetapi dia (Farid Kamil) ada membuat laporan di Balai Polis Brickfields pada 18 Januari lalu bagi tujuan mengambil barang di rumahnya (di Damansara) saja,"

Itulah kata Ketua Polis Selangor di sidang media majlis pelancaran Kelab Pencegahan Jenayah Kolej Universiti Saito di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Sementara itu,  Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan di buat oleh Farid Kamil di Balai Polis Mutiara Damansara atau mana-mana balai polis di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Difahamkan laporan berkenaan adalah laporan lama yang dilakukan oleh pelakon berkenaan pada tahun lalu berhubung sebuah syarikat produksi filem.

Dari laporan  portal Harian metro, dikatakan report berkenaan dilakukan selepas syarikat berkenaan didakwa menggunakan air longkang sewaktu penggambaran dan pihak pelakon terbabit mahu memfailkan saman terhadap syarikat berkenaan.

Apabila hal ini ditanya kepada adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari, dia tidak mahu memberi sebarang komen tentang hal berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Ramai Mengamuk, Izren Azminda Dan Suami Tercalon Sebagai Couple MeleTop


Siapa yang tak tahu dengan rancangan hiburan MeleTop.

Boleh dikatakan rancangan ini merupakan antara program hiburan paling popular di Malaysia apatah lagi dengan gelagat pengacara mereka iaitu Nabil dan Neelofa.

Baru-baru ini, MeleTOP telah mengumumkan nama-nama selebriti yang tercalon bagi semua kategori yang dipertandingkan di Anugerah MeleTOP Era 2018.

Paling mencuri tumpuan adalah menerusi kategori 'Couple MeleTop'.

Ini apabila pasangan kontroversi, Izreen Azminda dan suaminya iaitu Ude Wahid telah dicalonkan untuk anugerah Couple MeleTOP.

Namun, pencalonan tersebut mendapat kritikan dan kecaman dari para netizen kerana menganggap pihak MeleTOP tidak menghormati perasaan isteri pertama Ude iaitu Intan Liana.

Di laman Instagram MeleTop, ada satu gambar yang menunjukkan senarai 20 pasangan selebriti yang tercalon bagi Anugerah Couple Meletop untuk tahun 2018 termasuk Izreen Azminda dan juga Ude Wahid.

Netizen menganggap tindakan pihak MeleTOP ini seolah-olah tidak menghormati hati dan perasaan isteri pertama Uda.

Selain itu, netizen juga turut mempersoal mengapa MeleTOP tidak mencalonkan pasangan popular Fattah Amin dan Fazura bagi kategori tersebut.

Ini antara komen orang ramai:

@nurhelenaaa: "Tapi kenapa izreen azminda tercalon. kesian isteri lagi satu. Macam mana lah perasaan dia tengok nanti. itu je hmm cakap je

@marsya_el: "Meletop you are so rude.... macamana couple Izreen ngan si Ude tu wujud dalam ni... lepas ni yang isteri number dua pun boleh la masuk pencalonan tanpa pikir perasaan bini satu lagi... kot ya pun nak buat anugerah kenapa tak ada hati dan persaan.... dah la pengumuman kawin bulan 11 dapat pencalonan terus masuk... apa motif... i dont have issue with actress tu tapi ko sebab anugerah prestij jaga la perasaan orang beb.... johan ngan ozlynn jauh lebih layak.... banyak lagi la retis lain.

@pretty_perfect_lashes: "Hello Meletop !!! Tahukah anda bahawa Ude Wahid ni ada isteri pertama iaitu Intan Liyana .. tidakkah pihak produksi Meletop merasakan yang anda telah mengusik sensitivity seorang isteri pertama kepada Ude?

@oven_petak: "couple meletop ade Izreen Azminda?

@bisikan_rahsia2796: "Yang Izreen tu rasanya tak patut tercalon kot, takut yang pertama terasa.. kalau nak calonkan pun, calonkan dua-dua skali

@izuandasy17: "Dah kenapa ada Izreen azminda tu? Meletop ni kadang-kadang tak sensitif isu semasa. Belajar hormat perasaan orang dari gila nak kejar rating.. Macam menggalakkan pulak!

Itulah antara luahan rasa tak puas hati terhadap pencalonaan Izreen Azminda dan suaminya dalam Anugerah meleTop. Nampaknya, memang ramai yang panas hati apabila Izreen tercalon. -BeritaMemey

Sumber: IG MeleTop.