Penafian Terbaru Dari JAKIM Tentang Isu Jantina Nur Sajat
Sebelum ini pihak dari JAKIM dan usahawan popular Nur Sajat telah mengadakan satu perjumpaan untuk mengesahkan jantina sebenar Sajat.
Namun keputusan JAKIM tentang isu jantina Sajat masih belum dihebahkan dan ramai tertanya-tanya apakah statusnya.
Pihak JAKIM telah mengaturkan pertemuan itu setelah Sir Azri atau sebelum ini popular dengan gelaran Papagomo membuat aduan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir tentang Sajat yang merupakan seorang lelaki tetapi mendakwa dirinya seorang perempuan.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan pihaknya kini dalam proses untuk mengesahkan identiti sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.
Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, penjelasan itu dibuat bagi menjawab persoalan masyarakat susulan pertemuan bersama Sajat dan ibu bapa usahawan itu.
Mohd Izwan berkata, Jakim menafikan sekeras-kerasnya mengenai dakwaan menerusi sebuah video yang menuduh pihak Jakim menelefon Sir Azri dan memaklumkan jantina Sajat seorang lelaki.
Beliau menjelaskan, Jakim bersetuju terhadap beberapa proses yang perlu dilalui Sajat untuk pengesahan identitinya secara rasmi.
Ini komen dari Jakim:
"Proses ini akan mengambil masa panjang kerana ia melibatkan banyak pihak. Dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minimum,"
Selain itu katanya, perkara ini juga perlu disahkan oleh sekumpulan panel Pakar Kajian Syariah yang diurusetiakan Jakim.
Selasa lalu, Jakim menemui jalan penyelesaian dalam mendapatkan pengesahan mengenai identiti sebenar Sajat selepas mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik itu di Wisma Nur Sajat.
Difahamkan, hajat pihak Jakim untuk mengadakan pertemuan dengan Sajat ekoran cemuhan dan kecaman netizen sejak kebelakangan ini berhubung isu identiti Sajat.
Kemudian, Sir Azri mengejutkan ramai pihak dengan mengeluarkan video mengatakan JAKIM sudah mengetahui bahawa Sajat sebenarnya seorang lelaki.
Kata Sir Azri pihak JAKIM menyembunyikan hal ini kerana Sajat berasa amat malu.
Ini komen Sir Azri:
"Saya dapat panggilan telefon dari pihak JAKIM, yang mana pihak JAKIM mengatakan bahawa Sajat seorang lelaki. Jadi saya cakap, kenapa tidak diberitahu (kepada orang ramai)? Sajat meminta untuk tidak diberitahu kerana dia malu."
Dakwaan Sir Azri ini bagaimana pun telah dinafikan oleh pihak JAKIM.
Sumber: mStar
0 comments:
Post a Comment