"Dah Tiga Hari Tak Jumpa Suami.." - Yana Samsuddin

 
Sejak kes Datuk Farid Kamil menjadi tumpuan ramai, adiknya Fadzil Zahari menjadi orang paling penting untuk menyelesaikan isu melibatkan abangnya itu.

Adik ipar kepada pelakon kontroversi Datuk Farid Kamil, Yana Samsudin mengakui dia jarang bertemu suaminya, Fadzil Zahari sejak menguruskan kes terbabit yang bermula pada minggu lepas.

Yana Samsudin memberitahu dia dan suami hanya bertemu beberapa minit sehari sepanjang menguruskan kes membabitkan Datuk Farid Kamil.

Kata Yana lagi, suaminya itu terlalu sibuk menyelesaikan isu berkenaan dan kadangkala mereka berdua hanya berhubung menerusi telefon.

Ini komen Yana :

"Saya boleh kata, suami paling sibuk menguruskan hal itu. Awal pagi dia keluar dan lewat malam baru balik, sampai tak sempat nak berborak panjang.

"Fadzil mengambil tanggungjawab menguruskan kes abangnya sampaikan tidur malam dia tak henti-henti memikirkan keselamatan Farid.

"Oleh sebab itu, saya ada memuat naik status memberi sokongan kepada suami di Instagram dengan harapan supaya dia tidak rasa tertekan,"

Yana memberitahu lagi, sebagai isteri dia memberi sokongan yang openuh kepada suaminya dan juga keluarga Farid.

Malah dia melihat sendiri betapa Fadzil begitu tabah menguruskan segala hal melibatkan Farid Kamil.

Ini pendedahan Yana Samsuddin:

"Saya sebagai seorang isteri dan keluarga Farid sentiasa memberikan sokongan penuh.

"Orang terbabit ada di sana tetapi yang di luar menguruskan segala hal yang paling penat. Saya lihat sendiri betapa tabahnya suami saya sampaikan kurang tidur.

"Bahagian saya pastilah sokongan moral yang tidak pernah putus.

"Rasanya sudah tiga hari saya tidak bertemu suami saya. Tiap-tiap hari dia balik pukul 2 atau 3 pagi, tak mengapalah, pasti ada hikmah"

"Saya berterima kasih kepada individu sekeliling saya yang sentiasa memberikan sokongan dan mendoakan kami sekeluarga.

"Perkara sebegini baru pertama kali berlaku kepada kami dan adakalanya kami pun hilang arah.

"Semoga semuanya akan selesai dengan baik"

Itulah pendedahan Yana Samsuddin tentang betapa hebatnya kasih sayang Fadzil Zahari kepada adik beradiknya.

Memang beruntung Farid Kamil dapat adik beradik yang begitu supportive seperti Fadzil Zahari. Salute buat Fadzil!

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment