"Kau Diam, Tak Payah Sibuk" - Redza Rosli Tentang Isu Ayda Jebat


Ketika ini pelakon Redza Rosli sedang menjalani menggambaran drama terbitan Shila Rusli dan suaminya Jinggo.

Drama bersiri ini berjudul Isteri Untuk Diiktiraf yang membariskan Redza Rosli dan Elvina Mohamad sebagai pelakon utama. 

Beberapa hari lepas, ada cerita yang menjadi bahan bualan di Internet mengenai pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang sering datang ke set penggambaran drama Isteri Untuk Diiktiraf.

Ada yang mendakwa ia kerana Ayda Jebat terlalu cemburu dengan Redza Rosli yang kini dikatakan mempunyai hubungan rapat.

Ayda Jebat dikatakan cemburu dengan Redza akan rapat dengan pelakon wanita lain, sehinggakan menyukarkan pihak yang ingin berurusan dengan Redza.

Penyanyi dan pelakon popular ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan tetap menyatakan dia dan Redza Rosli hanya bersahabat baik dan bukannya bercinta.

Terbaru, produser drama Isteri Untuk Diiktiraf, Sheila Rusly memuat naik satu caption di laman media sosial Instagram mendakwa merasa hairan mengapa ada pihak yang membangkitkan isu kedatangan Ayda Jebat di set penggambaran drama itu.

Dia sebagai produser dan suaminya Jinggo selaku pengarah drama itu pun tidak mengatakan apa-apa.

Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram memberi komen bahawa dia menerima DM pertanyaan sama ada pelakon wanita utama Isteri Untuk Diiktiraf ialah Ayda Jebat dan bukannya Elvina Mohamad.

Dia mendakwa, kekerapan Ayda di set penggambaran menyebabkan orang ramai keliru siapa sebenarnya pelakon utama drama itu.

Ini menyebabkan Shila Rusli dan Jinggo meluahkan rasa tak puas hati dan meminta individu berkenaan jangan membuat kenyataan bagi pihak oproduksi kerana dia bukannya sesiapa.

Kemudiannya Redza juga dilihat berang dan menyuruh individu itu dia dan tak perlu masuk campur.

Ini fotonya:


Garang betul Redza Rosli ni mempertahan Ayda Jebat. Hehe. Betul juga tindakan Redza dan juga Shila Rusly tu. Kesian Ayda Jebat, takkan nak datang set pun tak boleh kan.

Semoga drama bersiri ini akan menjadi hit dan sukses nanti.

Sumber: BeautifulNara

0 comments:

Post a Comment