Kenyataan Penuh: Fathia Latiff Jelaskan Kenapa Suruh Iqram Dinzly Bunuh Diri


Pelakon Fathia Latiff akhirnya tampil menjelaskan kenapa dia menulis perkataan kontroversi kepada Iqram Dinzly.

Setelah dikecam teruk kerana menyuruh Iqram Dinzly membunuh diri, Fathia Latiff membuat kenyataan meminta maaf atas keterlanjurannya itu.

Fathia sebelum ini meninggalkan komen berbaur provokasi terhadap Iqram Dinzly ketika aktor itu membuat siaran insta live melalui Instagram, Selasa lalu.

Kata Fathia Latiff, insiden itu hanyalah salah faham dan dirinya tidak berniat jahat terhadap Iqram Dinzly. Dia juga menyatakan ayat yang ditulis itu adalah untuk menyedarkan Iqram dan juga sebagai reverse psychology sahaja.

Pelakon ini membuat kenyataan melalui entri terbaharu pada laman sosial peribadinya, kira-kira jam 10.45 malam tadi.

Ini kata Fathia:

"Salam untuk semua... Saya ingin meminta maaf atas pertuturan saya dengan Iqram, tempoh hari. Ini hanyalah salah faham memandangkan saya dan dia dalam keadaan baik.

"Saya tidak mempunyai niat buruk (mala fide) sama sekali kepada beliau. Sekali lagi saya minta maaf di atas sensitiviti isu ini,"

Ini komen penuh Fathia lagi:

"To @iqramdinzly and to the public, i am truly sorry that you had to contend my statement that was unfortunately misinterpreted the wrong way. It was never my intention to hurt, let alone insult you in any way. I said what I said with the intention and hope that you would wake up from whatever you were doing, and look at life differently. My intention was to dampen your sadness, rather than discouragement ( a reverse psychology). I admit my fault for not choosing my words wisely, which I can only blame myself for, and hope that you could look pass my silly remark and forgive. Truly, Fathia."

Fathia Latiff kini sedang bercuri di Berlin, Jerman bersama keluarganya. Pelakon ini telah mencetuskan kontroversi apabila meninggalkan empat komen yang disifatkan netizen sebagai melampau dan provokatif terhadap Iqram.

Antara komen Fathia berbunyi 'pergi bunuh diri' dan 'tak ada scene bunuh diri ke?' yang mencetuskan perdebatan netizen.

Berikutan kejadian itu, Iqram Dinzly telah berang lalu berkongsi video menempelak aktres jelita itu di laman sosial.

Iqram juga meyuruh Fathia untuk membunuh diri bersamanya.

Sumber: IG Fathia Latiff

0 comments:

Post a Comment