Yuna Sah Bergelar Isteri Kepada Adam Sinclair.. TAHNIAH !!


Penyanyi bertaraf antarabangsa Yuna akhirnya kini telah pun menamatkan zaman solonya sebentar tadi.

Yunalis Mat Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna yang kini berumur 32 tahun telah selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, Adam Yuosof Mohamed Sinclair yang berumur 34 tahun.

Pernikahan berlangsung tepat 7 petang tadi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Pasangan sama cantik sama padan ini dinikahkan oleh Jurunikah Majlis Agama Bentong, Ustaz Azmi.

Adam Sinclair amat dilihat amat tenang dan hanya memerlukan  sekali lafaz ketika upacara akad nikah.

Yuna yang manis dalam persalinan rekaan Hatta Dolmat menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 11 dulang.

Sementara itu, jumlah mas kahwin dan wang hantaran telah dirahsiakan.

Majlis pernikahan ini diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri kira-kira  300 tetamu terdiri dari ahli keluarga dan rakan terdekat dari Malaysia serta Amerika Syarikat.

Ini sedikit komen dari Yuna apabila sah bergelar isteri:

"Terima kasih atas doa dan sokongan daripada semua pihak,"

Yuna dan Adam Sinclair akan mengadakan sidang media khas esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bagi berkongsi lanjut tentang pernikahan mereka.

Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi pada Ahad ini di hotel ternama di kota raya, Kuala Lumpur.

Diimbas kembali, Yuna dan Adam bertunang pada 5 Ogos lalu di kediaman ibu bapa Yuna yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Untuk yang tidak mengenali Adam, jejaka ini merupakan adik kepada pelakon popular Ashraf Sinclair.

Adam yang berumur 33 tahun merupakan seorang pengarah dan pernah memenangi trofi Festival Filem Malaysia menerusi kategori Filem Pendek Terbaik iaitu Sanzaru pada 2012.

Dia juga bertindak sebagai pengarah muzik video Wanita Terbahagia nyanyian kakak iparnya iaitu Bunga Citra Lestari selain muzik video Pulang yang dinyanyikan oleh Yuna dan Sonaone.

Sumber: Harian Metro

0 comments:

Post a Comment