Penjelasan Aida Yusof Kenapa Terbuka Hati Bernikah Semula Dengan Adi Putra


Satu berita yang baik telah berlaku kepada pelakon popular berasal dari Singapura iaitu Datuk Adi Putra dan juga bekas isterinya yang bernama Aida Yusof.

Pasangan ini telah disahkan telah bernikah semula pada 18 Januari yang lalu.

Tempoh bercerai selama sembilan bulan ternyata tidak dapat memadamkan kasih sayang pelakon Adi Putra kepada Zuhaidah Yusof yang lebih mesra disapa Aida.

Mereka berdua telah kembali bernikah dalam sebuah majlis tertutup di ibu kota pada hari Khamis lalu dan menyambung kembali hubungan cinta sejak 12 tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, Aida Yusof tampil menjelaskan bahawa dia berkahwin semula dengan Adi Putra kerana itu yang terbaik buat mereka berdua.

Bagi Aida Yusof, pintu hatinya tidak pernah menyimpan sebarang dendam buat Adi Putra walau pun telah melalui pelbagai dugaan sehingga bercerai buat sementara waktu pada tahun lalu.

Malah Aida Yusof mengatakan, mereka berdua sebenarnya langsung tidak ada sebarang pertelingkahan ketika tempoh bercerai.

Ini penjelasan dari Aida:

"Bernikah semula dengan Adi bukan soal memberi peluang kedua namun lebih kepada apa yang terbaik untuk kami.

"Hubungan kami berdua sentiasa baik dan tidak terjejas meskipun dalam waktu tidak bergelar suami isteri. Saya rasa itu ialah antara petunjuk dari Allah bahawa kami jodoh antara kami masih kuat"

Untuk pengetahuan, Adi Putra dan Aida Yusof berkahwin buat kali pertama pada 14 April 2006.

Sepanjang perkahwinan, pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata dan telah mengambil seorang anak angkat, Zara Adelia yang kini telah pun berumur enam tahun.

Menerusi satu status laman Instagram pada 23 Mac tahun lalu, Adi Putra yang popular menerusi filem KL Gangster itu memberitahu dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan isterinya.

Dikatakan Adi Putra telah memfailkan perceraian dengan Aida Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 3 Mac 2017.

Apapun, semoga perkahwinan kali ini lebih bahagia dan mengeratkan lagi hubungan antara pasangan ini. Selamat pengantin baru! -Berita Memey

Sumber: Kosmo

0 comments:

Post a Comment