Alaaa Sweetnya.. Kekasih Sifatkan Afifah Nasir Satu Dalam Sejuta, Syukur Ada Kekasih Seperti Afifah
Pada tahun lepas, nama Afifah Nasir menjadi panas setelah terlibat dalam satu kontroversi bersama rakan pelakon Aliff Aziz.
Kontroversi mereka berdua tercetus apabila isteri Aliff Aziz, Bella Astillah, dilaporkan menemui Afifah Nasir dan Aliff Aziz di sebuah pusat karaoke di Cheras.
Kemudian, pergelutan dikatakan berlaku antara suami isteri itu, yang menyebabkan Bella Astillah membuat laporan polis.
Kisah ini merupakan antara kontroversi paling hangat pada tahun 2017.
Walapun terpalit dengan kontroversi, kekasih kepada Afifah Nasir, Wan Ariff Wan Azhar, tetap menyokong Afifah sepenuh hatinya.
Kata Wan Ariff, dia telah menyifatkan aktres itu seorang yang cukup istimewa dan tiada wanita lain seperti dirinya.
Menyambut ulang tahun ketiga percintaan mereka, baru-baru ini, Wan Ariff telah meluahkan rasa cinta dan syukur kerana memiliki Afifah sebagai kekasih walaupun pelbagai dugaan ditempuh tahun lepas.
Ini tulis Wan Ariff:
"Tahun 2017 terlalu mencabar buat kami berdua. Seperti perhubungan pasangan lain, kami melakukan kesilapan, tetapi saling memaafkan dan memberi semangat antara satu sama lain.
"Sepanjang perhubungan ini, dia (Afifah) menunjukkan sisi dirinya yang tidak dapat dilihat orang lain di luar sana.
"Dialah wanita satu dalam sejuta dan saya bersyukur memanggilnya sebagai pasangan saya,"
Luahan ini ditulsi oleh Wan Ariff di laman Instagram miliknya.
Walaupun tidak pandai menunjukkan rasa cintanya kepada pelakon berkenaan, namun jauh di sudut hati, Wan Ariff sebenarnya terlalu mencintai Afifah Nasir.
Menerusi entri terbabit juga, Wan Ariff memuat naik foto bersama Afifah ketika mereka menikmati makan malam meraikan detik indah itu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Kemudiannya, Afifah Nasir turut berkongsi kisah cintanya dengan Wan Ariff dan menyifatkan jejaka itu terlalu istimewa buat dirinya.
Ini tulis Afifah Nasir:
"Dia seorang insan yang penuh kejutan. Selalu berahsia setiap kali membawa saya keluar makan malam. Terima kasih kerana mempercayai saya dan sentiasa membuatkan diri ini berasa terlalu istimewa.
"Kita berkongsi hampir setiap perkara dan tiada sekali pun saya meragui dirimu.
"Awak sangat matang dalam menguruskan sesuatu perkara. Saya takkan meminta pasangan yang lebih baik daripada dirimu. Terima kasih atas pemberian bunga ini,"
Romantik betul kedua pasangan ini. Semoga mereka berdua merancang untuk bersatu sebagai suami isteri. Dah boleh dah tu.
Sumber: mStar
0 comments:
Post a Comment