Raja Farah Keguguran Sekali Lagi.. Kesiannya
Pelakon dan pengacara, Raja Farah mengesahkan telah mengalami keguguran buat kali kedua.
Kata pelakon ini, kali pertama dia keguguran adalah ketika beberapa hari menjelang sambutan Aidilfitri tahun lalu.
Yang terbaru, Raja Farah telah mengandung semula pada tahun ini, tetapi terpaksa redha setelah disahkan keguguran, dua bulan lalu.
Sedih dengan keguguran itu, Raja Farah akui sedia unutk mengambil 'cuti' berniaga jika dikurniakan rezeki untuk hamil lagi selepas dua kali keguguran.
Ini komen Raja Farah:
"Memang sedih sebab saya dan suami sudah bersedia untuk menambah ahli keluarga, namun nampaknya belum ada rezeki kami kerana hingga kini saya sudah dua kali keguguran.
"Doktor maklumkan, rahim saya agak lemah, sekali gus menjadi punca keguguran berkenaan. Apatah lagi sepanjang tempoh awal kehamilan, saya sangat aktif mengusahakan perniagaan kek kami,"
Bercerita tentang kandungannya pada tahun ini, pengacara CJ Wow Shop ini berkata, dia sendiri tidak tahu dirinya berbadan dua ketika mengalami keguguran kali kedua.
Ini pendedahan Raja Farah lagi:
"Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu sudah 'berisi' kerana tiada tanda-tanda mengandung. Jadi, saya aktif macam biasa, termasuk ke sana-sini menghantar tempahan.
"Andai ditakdirkan selepas ini saya dikurniakan lagi rezeki (hamil), saya akan ikut nasihat doktor untuk berehat seketika. Paling tidak, untuk trimester pertama,"
Raja Farah Raja Aziz yang kin telah berumur 30 tahun, telah mendirikan mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan bernama Iskandar Ismail, pada 6 September 2015.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Imran Iskandar. Anak mereka kini berumur 17 bulan.
Pada masa sama, Raja Farah akui turut merindui untuk kembali berlakon tetapi rela berkorban demi menjaga keluarga, terutama suami dan anaknya itu.
Apapun semoga Raja Farah berehat sepenuhnya dari keguguran itu. Dengan izin Tuhan, nanti adalah rezeki untuk menambah cahaya mata.
Sumber: BHarian
0 comments:
Post a Comment