"Aku Nampak Kelibat Dia" - Remy Ishak Kongsi Pengalaman Seram Nampak Pontianak


Pelakon hebat Remy Ishak kini sedang popular menerusi drama bersiri "Kekasih Paksa Rela" yang ditayangkan di TV3.

Lakonan hebat Remy Ishak memang tidak boleh disangkal lagi. Banyak produk lakonannya yang ternyata menyerlahkan bakat Remy Ishak.

Antara lakonan mantap Remy Ishak adalah menerusi filem Anak Halal, Cun, CEO dan Sejoli Misi Cantas Cinta.

Menerusi filem Cun, Remy Ishak berjaya membawa pulang trofi pelakon Filem Terbaik Anugerah Skrin 201.

Dalam perkembangan terkini nya, Remy Ishak akan muncul dalam filem terbaru genre seram berjudul The Legend of Pontianak.

Dalam menjayakan watak itu, Remy Ishak memang akan cuba sedaya upaya menghayati skrip filem tersebut, dan sememangnya Remy dikenali sebagai pelakon yang amat menjiwai watak.

Namun oleh kerana terlalu menghayati watak, ia menyebabkan Remy kini terlihat kelibat pontianak di mana-mana, seperti yang diceritakan oleh Remy sendiri menerusi satu tweet.

Ini komen Remy Ishak:

"Dalam penghayatan watak untuk filem baru judul ‘PONTIANAK’. Tak ada benda yang seronok dan best dalam hidup aku sekarang ni. 

"Script ni buat aku jahanam!  semua tempat aku nampak kelibat dia sekarang. Allah hu Allah!

Seram betul pengalaman Remy ini. Sampai nampak terus pontianak!

Pendedahan dari Remy Ishak itu mendapat pelbagai reaksi dari para netizen.

Seorang Netizen memberitahu, memikirkan tentang pontianak bagaikan satu isyarat buat makhluk itu dan menarik tenaga negatif.

Ini komen nya:

"Bila baca mende macam tu, minda bawah sedar hantar  signal kepada universe dan menarik negative energy + "that thing"

"Sebab tu dalam doa kena sebut benda elok-elok. Biar benda elok yang datang. Bila sebut/fikir benda tak elok, yang tu pun datang juga.

Ada yang meminta Remy berzikir, beristighfar dan ada juga yang meminta pelakon kacak itu mendekatkan diri kepada Tuhan untuk berlindung.

Namun ada juga mengatakan ia hanya strategi publisiti murahan.

Apapun semoga Remy Ishak berjaya menghayati watak dalam filem terbarunya itu, Filem tersebut menggandingkan Remy dengan pelakon sensasi Fazura.

Memang ramai yang dah tak sabar nak menonton filem berkenaan.

Sumber: BeautifulNara

0 comments:

Post a Comment