Penjelasan Ezza Yusof, Tunang Remy Ishak.. Dedah Perkara Sebenar


Baru-baru ini ada pihak menyebarkan kisah dan fakta tentang tunang kepada pelakon popular Remy Ishak iaitu Ezza Yusof.

Antara fakta yang ditulis ialah Ezza Yusof merupakan seorang ibu dan mempunyai seorang anak.

Apabila kisah ini menjadi viral dan tersebar secara meluas di laman media sosial, Ezza Yusof akhirnya tampil mendedahkan perkara sebenar.

Tunang kepada pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof menjelaskan dia sebenarnya belum pernah berkahwin sebelum ini.

Malah, Ezza menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai anak seperti yang tersebar di laman media sosial ketika ini.

Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof berkata, kanak-kanak lelaki dalam foto yang tersebar di sebuah blog hiburan adalah anak saudaranya.

Ini komen dari Ezza Yusof:

"Di sini saya ingin memperbetulkan beberapa perkara tentang diri saya, saya tidak pernah berkahwin dan kanak-kanak lelaki itu bukan anak saya. Dia anak saudara saya,"

Apabila drama lakonan Remy Ishak berjudul Kekasih Paksa Rela menjadi viral di TV3, ada blog yang menulis fakta menarik tentang tunangnya iaitu Ezza.

Namun ada yang tersilap info dan mengatakan Ezza merupakan ibu kepada seorang cahaya mata.

Ezza akhirnya tampil membetulkan info yang mendakwa dia mempunyai seorang cahaya mata kerana sering memuatnaik foto kanak-kanak berkenaan.

Ezza memohon pihak berkenaan untuk membetulkan fakta tersebut sebelum timbul sebarang fitnah.

Ini komen Ezza lagi:

"Saya harap mana-mana pihak berkenaan dapat betulkan kenyataan berikut sebelum ianya tersebar menjadi fitnah,"

Di harapkan dengan penjelasan Ezza Yusof ini, segala yang tersebar dapat diperbetulkan. Sememangnya wanita ini tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak lagi.

Untuk pengetahuan, pelakon Remy Ishak telah mengikat tali pertunangan dengan Ezza yang merupakan seorang ahli perniagaan pada Mei tahun lalu.

Sehingga kini, Remy mengatakan belum ada tarikh yang ditetapkan untuk bernikah dengan Ezza Yusof. Apapun semoga mereka berdua cepat cepat kahwin, ramai peminat tak sabar nak lihat perkahwinan mereka berdua ini. -BeritaMemey

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment