"Saya Ada Bukti" - Penerbit Drama Tuntut Kerugian Masalah Ditimbulkan Farid Kamil



Ini satu lagi isu yang melibatkan pelakon Farid Kamil.

Kali ini ianya melibatkan kes yang mana Farid Kamil dikatakan akan mengambil tindakan terhadap pihak produksi drama Lafazkan Kalimah Cintamu yang sedang ditayangkan di Astro ketika ini.

Penerbit dan novelis popular tanah air, Siti Rosmizah Semail tidak teragak-agak untuk menyaman aktor, Datuk Farid Kamil yang didakwa melanggar beberapa syarat ketika penggambaran drama rantaian, Lafazkan Kalimah Cintamu.

Siti Rosmizah mendakwa, sikap tidak berdisiplin aktor terbabit menyebabkan beliau mengalami kerugian ketika menghasilkan drama arahan Jalena Rejab dan Along Kamaluddin itu.

Ini pendedahan penerbit ini:

"Saya mengalu-alukan sekiranya Farid ingin menyaman produksi, yang kononnya menyebabkan beliau tercedera ketika penggambaran. Saya mempunyai segala bukti dan gambar serta bersedia untuk menegakkan kebenaran di mahkamah.

"Farid mengadu kaki kanannya bernanah kerana air kotor yang digunakan untuk babak dalam drama pada 26 November lalu. Sebenarnya, saya guna khidmat bomba Wangsa Maju dan air diambil adalah air terjun, bukan air kotor seperti didakwa.

"Kenapa hanya kaki kanannya bernanah, sedangkan satu badan terkena hujan palsu yang dibuat itu? Saya dimaklumkan, kaki kanan Farid sudah mengalami gatal-gatal sebelum itu lagi.

"Jika benar dia ingin saman saya, saya pun ingin menuntut kerugian kerana masalah yang ditimbulkan olehnya,"

Siti Rosmizah menyatakan aktor berkenaan sudah menghantar beberapa tuntutan kepada pihak peguamnya.

Ini jelasnya lagi:

"Selain isu air kotor yang dibangkitkan, saya juga menerima tuntutan daripada peguam Farid yang mendakwa anak guamnya diminta membuat aksi lasak membahayakan nyawa ketika penggambaran drama Lafazkan Kalimah Cintamu.

"Sebenarnya tilam disediakan untuk adegan yang memerlukan Farid jatuh, jadi bagaimana pula boleh membahayakan nyawa? Mungkin saya baru lagi sebagai penerbit, namun saya guna dua pengarah yang sudah lama berkecimpung dalam bidang pengarahan.

"Saya tidak mahu memanjangkan isu ini dengan terus membuat kenyataan balas. Jika benar Farid ingin saman, saya sudah bersedia. Saya mempunyai latar belakang sebagai peguam, jadi saya sudah mengumpul segala bukti yang ada,"

Drama Lafazkan Kalimah Cintamu sedang hangat ditayangkan di Astro yang menampilkan Farid Kamil dan Nelydia Senrose sebagai teraju utama.

Farid Kamil kini mengundang tumpuan dari pihak media dan para peminatnya setelah terlibat dengan insiden mengamuk di balas polis dan mengambil bahan terlarang.

Kemudian semalam, Farid Kamil menjadi tumpuan kerana memuatnaik foto membuat laporan polis.

Sumber: Berita Harian

0 comments:

Post a Comment