Akhirnya Fizz Fairuz Tampil Jelaskan Kenapa Beliau Layak Dikurniakan Gelaran Datuk

 
Pelakon popular Fizz Fairuz kini telahpun bergelar Datuk selepas dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang hari ini.

Suami kepada pelakon Almy Nadia itu telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Fizz Fairus yang berumur 38 tahun merupakan antara 197 penerima darjah kebesaran dan pingat dari pihak Istana Pahang.

Dalam satu kenyataan, Datuk Fizz Fairuz atau nama penuhnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, berharap orang ramai memahami mengapa beliau dikurniakan penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Fizz menjelaskan, penghargaan itu diterimanya kerana beliau banyak terlibat dalam pelbagai aktiviti pelancongan di negeri kelahirannya itu menerusi syarikatnya Rain Maker Creation Sdn Bhd.

Ini penjelasan dari pelakon ini:

"Saya anak jati Raub. Mungkin orang tidak tahu tetapi saya banyak buat kerja untuk promosi pelancongan dan budaya Pahang selain menjadi ikon JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Pahang.

"Saya harap mereka faham mengapa saya diberikan pengiktirafan ini,"

Datuk Fizz Fairuz menyedari kini beliau akan memikul tanggungjawab yang berat selepas membawa gelaran tersebut.

Isterinya Almy Nadia telah mengucapkan tahniah kepada suaminya menerusi laman media sosial pada hari Jumaat.

Ini tulis Almy Nadia semalam:

"Syukur Alhamdulillah penghulu segala hari. Amin. Proud of you Fizz Fairuz,"  

Rata-rata pengikut laman sosial selebriti itu mengucapkan tahniah kepada Datuk Fizz Fairuz dan juga Datin Almy Nadia.

Almy Nadia dan juga Fizz Fairuz telah berkahwin pada April 2014. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Nur Afrina Arianna, 3 tahun  Aurora, 1 tahun lebih dan seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya, 8 tahun.

Tahniah diucapkan kepada Datuk Fizz Fairuz. - BeritaMemey

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment