Pengumuman Perkenalkan Pengacara MELODI Yang Baru
Penghujung tahun 2017, rancangan hiburan popular Melodi telah membuat pengumuman bahawa pengacara mereka iaitu Awal Ashaari dan juga AG telah mengundurkan diri.
Setelah 6 tahun, Awal Ashaari yang sudah sinonim dengan rancangan itu, akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti dari menjadi hos Melodi yang bersiaran setiap hari Ahad jan 12.30 tengah hari.
Kini, memang ramai yang tertunggu-tunggu siapakah hos baru rancangan hiburan dan gosip popular di TV3 ini.
Hari ini, segalanya terjawab apabila pihak produksi Melodi mengumumkan dua selebriti popular sebagai hos baru Melodi.
Mereka berdua ialah pelakon popular Janna Nick dan pelawak Ajak Shiro.
Pasangan ini bakal menggalas tugas sebagai hos baharu program hiburan Melodi bermula Ahad ini.
Pengurus Besar Kumpulan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Zurina Othman berkata, Janna Nick dan Ajak Shiro memenuhi kriteria yang diperlukan untuk menarik penonton rancangan hiburan itu.
Ini komennya:
"Bukan mudah bagi kami untuk menentukan barisan pengacara baru Melodi yang sudah menjadi jenama kukuh dalam hati penonton untuk memastikan Melodi sentiasa mendapat sentuhan baharu dengan perkembangan trend terkini.
"Kami yakin Janna Nick yang namanya semakin melonjak naik mampu menarik lebih ramai penonton muda.
"Manakala Ajak pula mempunyai potensi dalam bidang pengacaraan dan kami enggan melepaskan peluang keemasan ini untuk bekerjasama dengan selebriti yang versatil ini,"
Rancangan yang sentiasa mempunyai rating yang tinggi ini, bersiaran setiap hari Ahad pukul 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang di TV3.
Tiga segmen baharu yang bakal diperkenalkan dalam program infotainment itu ialah Cerita Sini, Habis Sini, Kecoh Netizen dan Melodi Prihatin.
Sebelum ini, Melodi telah dikendalikan oleh Awal Ashaari dan Muhammad Azmir Selamat atau lebih mesra di sapa AG.
Ramai pengacara yang hebat pernah menjadi hos rancangan ini seperto Ogy Ahmad Daud, Zizan Razak, Raja Azura, Fara Fauzana, Saiful Apek dan ramai lagi.
Sumber: mStar
0 comments:
Post a Comment