Ya Allah Sedihnya.. Remaja Meninggal Dunia Ketika Mencari Kerja

 
Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun disahkan telah meninggal dunia ketika sedang mencari kerja di sebuat pusat perniagaan di Bahau, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Jempol iaitu Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, mangsa bernama Amiratul Hakimah Ismail.

Amiratul Hakimah merupakan seorang remaja yang berasal dari Kampung Kasau dekat Batu Kikir.

Remaja ini telah datang ke pekan terbabit bersama seorang rakannya mencari kerja pada 12.30 tengah hari.

Berdasarkan kenyataan pihak polis, mangsa dan rakan dihantar oleh ibu bapanya ke pusat perniagaan berkenaan sebelum pasangan rakan terbabit telah pergi ke pasar borong berdekatan untuk membeli barang keperluan.

Ini kenyataan polis:

"Mangsa mengadu kepada rakannya mahu pitam ketika mahu keluar dari pusat perniagaan itu tiba-tiba rebah, namun sempat dipangku rakannya itu.

"Rakan mangsa kemudian mengejutkannya dan apabila sedar mangsa mengadu mahu muntah dan meminta untuk duduk di atas kerusi di hadapan premis. Ketika duduk mangsa tercungap-cungap dan terus tidak sedarkan diri,"

Ketua Polis, Muhd Nur Hishamuddin berkata, orang awam yang melihat kejadian dikatakan telah cuba membantu.

Ada yang menghubungi pihak ambulans. Sejurus kemudian, pegawai perubatan yang tiba mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan buat masa kini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.


Sumber: Metro

0 comments:

Post a Comment