Ibu Diana Danielle Pula Beri Kenyataan, Buat Pengesahan Tentang Rumah Tangga Anaknya


Sekali lagi ini berta tentang isu yang melanda pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil.

Kali ini ibu kepada Datin Diana Danielle iaitu Norsiah Ramli membuat kenyataan yang ditujukan tentang pendedahan adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari.

Ibu mertua Farid Kamil ini mengesahkan anaknya masih tinggal sebumbung dengan suami, Datuk Farid Kamil sehingga kejadian menimpa semalam.

Kata Norsiah, dia pelik dengan kenyataan adik Farid, Fadzil Zahari mengatakan abangnya tertekan kerana tidak dibenarkan berjumpa anak-anak, Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3.

Ini penjelasan Norsiah:

"Saya sedih apabila keluar kenyataan mendakwa Farid merindui anak-anaknya. Kenyataan itu seolah-olah saya menjadi penghalang Farid bertemu anaknya sehingga menyebabkan dia tertekan. 

"Tiada sebab untuk saya berbuat demikian kerana mereka adalah darah dagingnya. Saya hanya memegang amanah menjaga cucu dan tidak pernah mencampuri urusan peribadi Farid serta Diana,"

"Diana dan Farid masih tinggal sebumbung dan hubungan mereka baik saja. Rumah mereka hanya satu tingkat di atas rumah saya.

"Jika Diana pergi kerja, anak-anak ditinggalkan dengan saya. Malah saya turun naik lif untuk mengambil barang mereka,"

Norsiah akui minggu lalu Diana dan anak-anak tidur di rumahnya kerana dia balik lewat malam dari latihan projek filem.

Ini komen Norsiah lagi:

"Cuma Farid tidak ada menghubungi atau melawat. Saya tidak pernah terfikir untuk melarang atau menghalang Farid dari bertemu anak-anaknya sejak dulu.

"Jika nak jumpa atau rindu, anak-anak ada di rumah saya dan dia boleh datang bila-bila masa. Itu yang saya terkejut apabila dia dikatakan rindu anak-anak sehingga mengalami tekanan.

"Saya juga bekerja dari rumah dan memang banyak masa di rumah"

Kata Norsiah, pembantu rumah memaklumkan Farid nampak gembira apabila bertemu dengan Aurora yang sangat rapat dengannya.

Norsiah juga mengesahkan hubungannya dengan anak-anak amat rapat.

"Anak-anak juga sempat bermain dan tidur di rumahnya minggu lalu. Hubungan Farid sangat rapat dengan anak-anak sejak dulu.

"Cuma apabila Diana keluar bekerja, baru anak-anak tinggal di rumah saya"

Telah kecoh apabila Farid Kamil ditahan selepas dikatakan menampar anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya dan pagi ini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan.

Majistret Zaki Asyraf Zubir mengeluarkan perintah reman terhadap pelakon dan pengarah berusia 37 tahun itu bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Mengenai penahanan reman menantu, Norsiah menyerahkan kepada pihak berkuasa dan enggan mengulas lanjut perkara itu.

Ini komen Norsiah lagi:

"Saya serahkan kepada pihak berkuasa buat siasatan dan saya tak nak masuk campur,"

Itulah penjelasan dari ibu kepada Diana Danielle tentang hubungan anaknya dengan Farid Kamil serta cucu-cucunya.

Dari kenyataan Norsiah, semua baik-baik sahaja.

Sumber: Harian Metro

0 comments:

Post a Comment